Tuesday, February 11, 2014

Kisah pasangan yang didakwa kerana memukul anak di Stockholm Sweden

 
Saya tak tahu sejauh mana benar kesah pasangan ini seperti yang diceritakan oleh mantan jirannya. Apapon pasangan kepada pegawai kedutaan (PTD) , pegawai Tourism, pegawai attaché tentera  dan pegawai PETRONAS yang dibawa ke luar negara wajar diberikan pendedahan budaya  dan kaunseling agar tidak mengalami kejutan budaya (cultural shock) , penyakit jiwa sama ada depressionobsessive compulsive behaviour dan agresif melampau .
 
Kisah sebegini bukan baru bagi komuniti expatriate di mana si isteri hilang pertimbangan. Pernah saya  terjumpa si isteri yang mengalami depression teramat sangat di Vietnam kerana melahirkan anak cacat dan tak diterima oleh suami dan keluarga suami. Tambahan lagi si suami membawa isteri hidup terasing dari komuniti Malaya yang lain . Mereka duduk di rumah villa kerana tak mahu pencemaran ugama mereka -al maklumlah duduk di service apartment ramai juga expat mat salleh yang bersidai (sun bathing) di tepi kolam renang dengan pakaian  renang yang alamiah seperti bayi baru lahir  ! Jadi bila si siteri sakit kemurungan tiada support dari komuniti expat Malaya, dan akhirnya sakit si isteri  yang sedikit  menjadi lebih parah.
 
 
Kisah ini dipetik dari eksklusif-bekas-jiran-pasangan-Malaysia tanpa meminda sebarang ayat. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.
 
 
Kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ini sudah berlarutan agak lama dan rakyat Malaysia sendiri keliru dan teragak-agak untuk mengecam tindakan pihak Sweden yang menahan reman pasangan terbabit dalam tempoh yang begitu lama.


Semalam, tersebarnya sekeping gambar print screen pendedahan berani bekas jiran senegara pasangan tersebut di Sweden yang mendedahkan pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden.

Ikuti pendedahan di bawah:


"Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum. 

Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say,

"this is muslim way"

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids. 

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman."

Sejauh mana benarnya pendedahan di atas, hanya mereka yang terlibat saja tahu cerita sebenarnya. Sama-sama kita berharap pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Malaysia dengan selamat. - My Media Hub

3 comments:

Anonymous said...

Dari awal aku dah agak, pukul anak bukan sebab solat. Orang lain pun posting oversea gak tapi takde lah nak dera anak kejam mcm tu. Pergi oversea dah 2 country tp akal masih bawah tempurung. Dlm mana2 Intl School pun ada UN Child Rights yg melindungi hak kanak-kanak. Budak zaman sekarang ni, kita pujuk dia dan kita sama2 buat....dia akan ikut..eg...sama sama jumaah dan mengaji.

Anak dlm peliharaaNya...kun faya kun diizinkan Allah, terlerai semua perbuatan dera.

Anonymous said...

walaupun Islam adalah agama yang benar tetapi sifat sombong dan bangga diri tu adalah sifat syaitan yang boleh menghapuskan seseorang.

seperti contoh iblis yang satu ketika dahulu ketua malaikat tetapi tidak mahu sujud kepada Nabi Adam maka dia tersungkur...

jadi toksah dok berlagak sombong sangat kalau ada jawatan ketua negara,ketua tourism or yang berpangkat sekelip mata boleh hilang semua tu

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Kepada Anonymous February 12hb 2014 jam 7.13AM, sedikit pembetulan.

Azazil @ Iblis adalah Ketua Jin dan bukan Ketua Malaikat2 Allahu Ta'ala.

Sayyidina Jibril Alaihis Salam masih Sayyidul Malaikat Allah.

Harap maklum dan berhati hati bilamana meriwayatkan sesuatu berkaitan Ad Deen kita. Insya Allah.

Tentang cerita pasangan ibubapa warga Malaysia yang sedang di tahan pihak berkuasa Sweden itu, kita semua cuma mendapat berita dari pihak pihak yang belum dikenalpasti kesahihan malumat mereka maka se eloknya kita tunggu sahaja laporan media yang sahih.

Insya Allah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.