Thursday, July 18, 2013

Nasi Ulam orang Melayu




Nasi ulam orang Melayu penuh dengan herba . Rahsia yang kita tak Nampak ialah orang Melayu sangat dekat dengan alam. Malah alam itu adalah rumah kedua orang Melayu.
 
Saya membesar dengan nenek saudara saya. Pah Yonglah  yang mengajar saya tentang herba, alam, mistik, sejarah dan budaya orang orang dulu.

Dapur bagi orang Melayu bukan sahaja tempat tungku bara api tapi juga mencakupi laman di sekeliling rumahnya. Seringkali jika kita ke kawasan kampong tradisi kita dapat melihat pokok pokok  herba ditanam di sekeliling rumah . Selalunya kawasan dapur yang lecak akan ditanam daum kesum, daun pudina dan kangkung. Sementara para di tingkap dapur akan diletakkan daun kucai  dan cili padi. Ayam dan itik pula bebas makan dari kangkung dan nasi yang ditaburkan dari celahan kayu dapur yang sengaja dipasang jarang bagi memantau ternakan di keliling dan bawah rumah ...sebenarnya orang Melayu dah lama amalkan konsep mesra alam dan kitar semula!
 
Resipe orang Melayu juga sebenarnya sangat sehat kerana menggunakan banyak herba. Hari ini saya akan berkongsi resipe nasi ulam utara yang dibuat menggunakan herba yang boleh ditanam di laman rumah.
 
 
BAHAN-BAHAN:

1.  nasi yang dimasak dan telah disejukkan
2. udang kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk sampai halus (boleh diganti dengan isi ikan panggang)
3.  kerisik ditumbuk kasar
4. halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan ketiga-tiga bahan ini)
5. cili padi atau lada hitam untuk perasa pedas (tumbukkan bersama asam keping dan garam sampai lumat, masukkan sedikit belacan)
6. bawang merah dimayang halus (pilihan individu)
7. ulam (bersihkan ulaman, gulungkan, dan hiris halus seperti cara membuat bunga rampai
 

Pilihan ulaman terpulang kepada individu dan bagaimana mendapatkannya. Kuantiti dan jenis ulaman tidak terhad, lagi banyak lagi menambah kesedapan nasi ulam ini. Contoh ulam-ulaman yang sering digunakan :

-daun selom
-daun kesum
-daun kunyit
-pucuk kadok
-pucuk pegaga
-daun sekentut
-pucuk daun kari
-pucuk limau purut
-daun selaput tunggul
-dan sebagainya
CARA MEMBUAT:
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam 

 

 
 
 
 

No comments: