Saturday, April 27, 2013

kompilasi fatwa sesat PAS

 
Dari blog Din Turtle, semoga ini menjadi sempadan kepada umat Islam. Ijtihad party tak sama dengan AKIDAH. Untuk makluman AKIDAH umat Islam di Malaysia ialah Islam ASWJ mazhab Syafie. Tiada dalil dan nas menghalalkan umat Islam menentang Penerintah Islam. Semoga manfaat kepada kita semua.

6 comments:

Anonymous said...

Mcmana dgn Ust muda wahabi Fathul Bari yg dicalon di sanglang?

Hajjah takmo komen ke..katanya hajjah kan penentang kuat wahabi?

Anakbukitgantang said...

Ustaz Fathul Bari - saya dah nasehatkan dalam artikel terdahulu supaya declare sama ada di Wahhabi tegar seperti Nik Aziz/Hadi Awang atau Wahhabi yang keliru-Saya katakan Fathul Bari keliru kerana dia menggunakan Hadis Sahih Bukhari dan beberapa kitab yang digunakan oleh ulama muktabar dahulu kala.

Oleh itu sekali lagi saya minta Fathul Bari utk declare kefahaman dia sekali lagi -apakah dia sudah menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah atau maseh lagi Wahhabi yang keliru.

Anakbukitgantang said...


Heboh semasa pilihanraya ulama ulama dicaci maki hanya kerana dia berlainan ijtihad pandangan politiknya- kajian saya di kalangan teman pendakwah dan di facebook mebdapati bahawa Almarhum Syeikh Uthman Al Muhammedi dan Tuan Guru Abdullah Sammah teruk diiniayai dan dicaci pro Wahhabi kerana mereka tersalah ijtihad dan bertaklid buta atas pemimpin politik yang menjadi ulama suk.

Saya share semalam kuliyah saya dengan Ustaz Shamsul yang mengajar dengan ilmu bersanad.

Ulama WAJIB dihormati - Jika ada orang bertanya apakah saya akan menghina ulama kerana dia berlainan ijtihad politik -Jawapan saya itu hak seorang ulama untuk berijtihad...SEMUA ULAMA WAJAR DIHORMATI... Takutilah dan jauhilah dari menyakiti ulama biarpon dia menyokong dan membimbing umarak / seperti Almarhum Syeikh Hj Uthman Al Muhammedi dan Tuan Guru Hj Abdullah Sammah Najmiah sebagaimana kamu takuti dan jauhi dari menyakiti ulama pro pembangkang seperti Tuan Guru Hj Salleh Sik.

Bagi mereka yang menyakiti para wali dan ulama seperti ini mereka akan mendapat bala dan laknat Allah.

Bagaimanapon pada pertanyaan mengenai ulama suk (ulamak yang menyeleweng akidah seperti membawa fahaman Kwaridj Mujassimah Wahhabi dan Syiah) wajar pendedahan dibuat kerana sesiapa yang bertaklid buta ke atas ulama sesat ini akan sesat juga. Kata Ustaz, bagi ulama suk ini yang memecahbelahkan umat Islam dengan fitnah maka fitnah juga yang akan datang kepadanya.

Untuk ulama suk seperti pemimpin politik yang telah dideahkan dalam artikel lepas-tanggunjawab kita ialah mendedahkan kesesatan yang dibawa agar tiada orang Islam yang tersesat akidah kerana bertaklid buta ke atas mereka.

Anonymous said...

Kenapa Hajjah delete komen saya?
-Takkanla Hajjah tak kenal lagi Fathul Bari punya aliran?nak minta dia declare sebagai bukti?banyak dah bukti2 dalam you tube ceramah2 dia, jauh beza dengan apa yg Hajjah faham tentang ASWJ(maaf, saya taknak kata FB Wahabi atau bukan Wahabi).
-Lucu lah sangat bila hajjah tuduh TGNA dan TGHH Wahabi tegar kerana berlaianan politik dgn Hajjah, manakala yg FB Hajjah minta dia declare (sebab dia sealiran politik dengan Hajjah)?
-Apakah FB sahaja guna Hadis Sahih dan kitab ulama muktabar?Ulama lain TGNA dan TGHH guna juga....
-Biar berbeza pendapat politik, tapi jangan sampai benci.
-Orang sufi jangan ada benci!!!!
JANGAN MUDAH SESATKAN ORANG!!!!!

Anakbukitgantang said...

komen anda melambangkan anda tak faham isu AKIDAH- saya dah jawab isu akidah Nik Aziz dan Hadi Awang adalah WAHHABI-kerana itu mereka SESAT dan dalaha ulamak suk (ulamak yg JAHIL) dan tak sewajarnya di hormatai-kata ustaz saya-0mereka wajib didedahkan penyelewengan agar umat Islam tak SESAT spt mereka-artikel saya hari ini adalah dirujuk

Anonymous said...

sesat atau tidak mana-mana ulama anda akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti terhadap apa yang anda kata.mudah-mudah saja sesatkan orang hanya kerana tak sealiran politik dengan anda.