Tuesday, February 26, 2013

10 sebab kenapa Tawaran pengambil alihan operasi AIR Selangor tidak munasabah

Untuk menilai sama ada Tawaran Selangor untuk mengambil alih  OPERASI SYABAS dan syarikat air lagi tidak menyalahi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak melanggar syarat Perjanjian Konsesi, sesuai dari segi komersil dan teknikal, maka disediakan sesi SOAL JAWAB di bawah;

 
Soalan 1 - Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor perlu membuat tawaran utk ambil alih perkhidmatan air ? .
 
Jawapan
Pindaan Perlembagaan telah dibuat pada Jadual 9 dimana urusan bekalan air adalah termaktub didalam “Senarai Bersama” (Concurrent List ) pada 2004 (DR 30/2004)
Oleh itu sebarang pengambilan semula oleh Kerajaan Negeri adalah bertentangan dgn Perlembagaan.
Selaras dgn pindaan Perlembagaan WSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta 655 (July 2006) pada tahun 2006 dan berkuatkuasa pada Januari 2008 …selain kuasa Kerajaan Pusat didalam pemberian lesen kpd syarikat2 air, ianya juga memberi peruntukan kpd pindaan Perlembagaan diatas.
SPAN pula ditubuhkan melalui Akta 654 (Julai 2006) untuk mengawal selia selaras dgn WSIA.
Pengurusan Asset Air Berhad (Agensi Pusat or GOC) di tubuhkan pada May 2006 , bertujuan sbg Agensi Pusat utk membiaya & membangun asset2 utama bekalan air (ampangan, loji, paip utama dan lain2 kerja yg berkaitan) dan juga pembetungan.
 
Persoalan atas motif " Tawaran tak munasabah" Selangor ialah :-
  • Bagaimana proses pengambilan ini akan di lakukan kerana ianya bercanggah dgn Perlembagaan.
  • Mengapa bekalan air saja diambil tetapi tidak kpd sektor pembetungan….secara teknikal kedua2 nya berhubung kait dari segi Pengurusan Sumber Air yg masih dibawah Senarai Negeri.
  • Tawaran Pengambil alihan tersebut ditujukan  kpd siapa….sepatutnya Tawaran dibuat kpd Pemegang Saham semua Syarikat Konsesi Air, secara “Willing Buyer & Willing Seller” basis tanpa campurtangan Kerajaan Pusat.
Soalan 2- Bagaimanakah pengambilan ini akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.?
  • Kerajaan Negeri mengatakan pengambilan ini akan di lakukan oleh KDEB iaitu State GOC yg melibatkan dana sejumlah RM 9.65 B (itu kalau pun kalau prinsip Willing Seller & Willing Buyer di terima oleh semua pihak.
Persoalannya
  • Dimana KDEB akan memperolehi dana sebanyak ni kerana urusan kewangan & pinjaman adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Jadual 9….Kerajaan Negeri tidak layak utk menjamin KDEB utk membuat sebarang pinjaman yg besar.
  • Apakah kedudukan kewangan KDEB membenarkan urusan pendanaan sebesar ini?

  • Water Treatment Operator mungkin untung, tapi Syabas selama ini terpaksa menanggung kerugian dan kerugiannya nya di tanggung oleh Puncak Niaga, kerana Syabas hanya ujud dari segi operasi saja….adakah Kerajaan Negeri akan mengambil alih PNHB, i.e PLC….dan modus operandi pengambilan PLC memerlukan pendekatan yg berbeza.
  • Secara keseluruhannya “business model”, skrg tidak berdaya maju melainkan tariff di naikkan, bagaimana Kerajaan Negeri akan mengatasi issue “Bankability” ini..??

    Bersambung..... 8 Jawapan  kenapa Pengambil alihan ini mustahil untuk di lakukan , InsyaAllah
 
Petikan Akhbar Tawaran Kerajaan Selangor

Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the restructuring of the Selangor water services industry is crucial in ensuring that the people of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya get efficient, effective, and sustainable water services at reasonable rates.
In explaining the restructuring, he said under the Water Services Industry Act 2006, the water assets of states would be transferred to Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) at book value.

As such, he said the acquisition of the water assets would be funded by PAAB while the state government would fund the acquisition of the equity of the water concessions, he said in a statement today.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mb-says-restructuring-plan-is-to-ensure-efficient-water-service/ ..

No comments: