Monday, October 22, 2012

Institusi Pondok di mertabatkan- dan TG Abdullah Sammah antara penasehat Yayasan Pondok 1Malaysia

Akhirnya pembelajaran ugama secara bersanad dan bertalaqqi melalui Institusi Pondok mendapat pengiktirafan Kerajaan.

Pengiktirafan ini penting dalam usaha saf kepimpinan Islam ASWJ Malaysia  bagi membendung merebaknya ajaran sesat Wahhabi, Syiah dan Liberalisme ugama yang makin rancak dibawa oleh party-party  politik tertentu sejak PRU12. Bukan rahsia lagi bahawa Liberalisasi ugama yang pertama ialah Syiah yang dibawa oleh Abdullah Bin Saba' (pemimpin Yahudi di Madinah) dan diikuti seterusnya oleh  Wahhabi yang dibawa oleh Ibn Tamiyyah  (berketurunan Yahudi dari Nadj).

Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) telah mendapat persetujuan YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilancarkan penubuhan yayasan itu pada 8 November ini.


Tuan Guru Haji  Abdullah Samaah dan Syeikh Uthman Al Muhammedi antara penasehat Yayasan.


Serentak itu juga Perdana Menteri akan melancarkan logo, website dan buku direktori pondok-pondok di Malaysia terbitan sulung YPP1M di majlis yang berlangsung di Masjid Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Penasihat Kehormat yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan terlibat bagi menjayakan majlis gemilang YPP1M ini, yang baru ditubuhkan Ogos lalu.

Katanya, segala persiapan rancak diadakan termasuk JAKIM menyediakan 'booth' pameran di pekarangan masjid itu mulai jam 9 pagi sehingga 6 petang.

"Lebih 1000 warga pondok dari seluruh negara dijangka hadir pada majlis ini yang turut menyaksikan tiga tokoh pondok dan tiga pondok pengajian serta 10 pondok-pondok terpilih akan menerima hadiah melalui anugerah Tokoh Pondok, Pondok Contoh dan Anugerah Kasih.
"Semua hadiah ini akan disampaikan oleh Datuk Seri Najib selepas beliau selesai menunaikan solat Asar berjemaah dengan warga pondok, pelajar dan orang ramai di masjid itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Tuan Guru dan Warga Pondok di Dewan Persidangan ICU, Bangunan Perdana, Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Pengerusi dan Pemegang Amanah YYP1M adalah  Haji Juhaidi Yean Abdullah.  Penasihat Kehormat YYP1M ialah Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ahli Penasihat, Prof Dr Uthman El Muhammady, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abd Halim dan Tuan Guru Haji Abdullah Saamah.
 
Dipetik dari

 

4 comments:

Anonymous said...

tahniah kerajaan atas usaha ini. Cuma utk bloger ni saya rasa kurang setuju lah dengan catatan sedara pasal ibnu tamiyyah. Dia ni ulamak agong yg berusaha utk buang perkara bidaah dlm masyarakat islam arab. Dan beliau tidaka ada kena mengena dgn wahabi. Sila rujuk dgn ustaz fathul bahri. Wallahualam

Anakbukitgantang said...
This comment has been removed by the author.
Anakbukitgantang said...

Mungkin komen yg sesuai di rujuk mengenai Ibn Tamiyyah ini dari Fatwa Al Azhar. Begitu juga Imam Syafie dan Imam Hanafi (gurunya) berkata barang siapa yg menjisimkan Allah (fitrah Wahhabi yg suka menyamakan sifat Allah seperti sifat Mahkhluknya spt "Alah duduk silo lendik atas Arasy"-Nik Aziz)maka dia sudah SESAT.

Pembawa ajaran Wahhabi ciptaan Ibn Tamiyyah dan amat terkenal ini ialah Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din -atas sebab itulah TG Abdullah Sammah mencabar berdebat dgn mereka isu AKIDAH-

Semoga dgn tertubuhnya Yayasan Pondok IMalaysia akan dapat membendung ajaran SESAT dari menular ke dalam masyarat Islam

Taipan said...

2 Anon,
October 22, 2012 9:44 PM

Sorry beb,gua tanya skit...
Lu bani 'Wahhabi' tegar ke?
Lain mcm jer bunyi sampai lu mengagongkan ulamak.