Sunday, May 20, 2012

Kenapa Ketua Menteri DAP ini belum membersihkan namanya?

Kenapa menteri ini belum lagi membersihkan namanya?

Hari ini bermulanya perbicaraan kes saman malu RM30 juta Umno Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng yang mendakwa Umno terlibat dengan kebakaran pejabat DAP (sumber sini).
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Chan Lilian & Kim Guan Eng
Petang semalam Chan Lilian, seorang petugas pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dipanggil polis untuk memberi keterangan berkaitan tweetnya yang mengatakan penganut Kristian dianiaya.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Baguslah juga SPRM telah menerima aduan tuduhan rasuah bersabit ganjaran RM50,000 yang ditawarkan Tunku Aziz oleh Penang Institute, badan yang dipengerusi Guan Eng.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Sebaliknya akhbar itu mengambil sudut pusing 180-darjah dan bersahaja dengan tajuk beritanya, Fellowship offer still open, Penang Institute tells Tunku Aziz‘.
Bagaimana pula dengan PDRM menyiasat kes Hannah Yeoh didakwa memfitnah Lee Chee Leong, timbalan Menteri Dalam Negeri?
Berita ini juga tiada apa-apa tindakan susulan oleh The Star.
Kalau begini susahlah. Nanti seluruh jemaah menteri bakal terpalit lumpur hanya kerana seekor kerbau yang dikatakan kotor masuk kandang.
Dah lah mantan presiden MCA dan bekas menteri MCA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan skandal PKFZ.
Betapa bobroknya MCA! Dan sekarang ini bertambah buruk imej MCA dengan seorang timbalan menterinya dilemparkan tuduhan salahlaku oleh Hannah Yeoh. Perkara rasuah, fitnah dan menghasut semua jenayah berat yang tidak harus dipandang enteng oleh The Star.
MCA Kelana Jaya membuat laporan polis terhadap Hannah
Petikan:
“Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong had denied allegations that the roadshows conducted by MCA was the party’s drive to offer citizenship and permanent residency to foreigners.
“Met by The Malay Mail at his office in Putrajaya yesterday, Lee said that such drives were intended for those who had yet to receive their citizenship.
“‘There are still many people born in this country but have yet to receive citizenship,’ he told The Malay Mail.
“DAP Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh questioned whether MCA and the Home Ministry were desperate to gain votes in the coming general election that they resorted to offering permanent residency and citizenship to foreigners by organising the roadshows.”
– Laporan The Malay Mail (20 April 2012)
Rajinnya Malay Mail berjalan jauh sampai ke Putrajaya untuk mewawancara timbalan menteri MCA itu.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak serajin Malay Mail.
NST juga tekun memberikan liputan apabila laporan polis dibuat terhadap Adun Subang Jaya oleh cawangan MCA Kelana Jaya.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak setekun NST.
Petikan:
“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh was called in by the police to assist in investigations over an allegation that she had slandered the MCA.
“The DAP representative arrived at the SS17 police station here at 10.15am yesterday to give her statement. She was accompanied by Puchong member of parliament Gobind Singh Deo and co-chairman of Bersih, Datuk S. Ambiga.”
– Laporan The New Straits Times (22 April 2012)
Saya pun amat hairan kenapa Star tampak begitu lemah dari segi ‘news sense’ yang dimiliki para wartawan dan pengarang-pengarangnya dalam usaha mencari berita.
Star ini sebenarnya sebuah suratkhabar ke sebilah gunting?
… dalam lipatan
Sebenarnya ia mustahil untuk membaca berita kritis tentang DAP dalam The Star sebab jarang ada.
MCA Kelana Jaya mendakwa Hannah Yeoh telah membuat masukan blog, pesanan Twitter dan kenyataan akhbar yang memfitnah timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Pengerusi cawangan Ong Chong Swen menafikan dakwaan Hannah yang membayangkan MCA telah membeli pengundi hantu. Ong juga telah mengutuk tindakan Hannah itu.
Gobind Singh Deo, peguam Hannah, memberitahu TVSelangor bahawa PDRM bertindak berat sebelah kerana memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program MCA tersebut.
Media lain melaporkan Lee Chee Leong adalah “seorang pembuli” yang menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang menteri untuk membuli lawan politik.
Media pro-pembangkang turut memanjangkan spekulasi bahawa kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. Lantaran itu, media dan orangramai menganggap tuduhan terhadap menteri MCA tersebut memang benar dan berasas.
Namun begitu Lee Chee Leong tidak ditemuramah suratkhabar milik partinya untuk menidakkkan dakwaan-dakwaan (palsu) tersebut.


Hannah telah ditemani ke balai polis oleh S. Ambiga, pengerusi jawatankuasa pemandu Bersih.
Ambiga mendakwa bahawa senarai pemilih adalah kotor dan sebanyak 3.1 juta nama pengundi barangkali tidak sahih.
Gerakan Bersih juga mendakwa rapat umum yang diadakan pada April 28 baru-baru ini disertai 300,000 orang penyokong yang mempercayai bahawa senarai pemilih berkemungkinan mengandungi lebih 3 juta nama pengundi hantu.
Sehubungan ini, MCA dilihat pada kacamata awam sebagai sebuah parti yang mendaftarkan pengundi hantu. Menteri MCA dilihat umum sebagai menyalahgunakan kuasa (yakni bersubahat dengan amalan rasuah). MCA dan menterinya dipandang jijik ekoran dakwaan yang dibuat Hannah Yeoh.
Tanggapan buruk orangramai terhadap MCA telah mendorong cawangan Kelana Jayanya untuk mengadu kepada polis demi mahu membersihkan nama menteri itu. Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Syak wasangka terhadap Lee Chee Leong dan sekaligus partinya akan terus berdegar. Kalau prasangka buruk terhadap MCA tidak mampu dikikis, pasti ia akan hilang kepercayaan bukan sahaja kaum Cina tetapi kaum-kaum lain.
Bila MCA lingkup dalam PRU kelak, saya yakin The Star akan berlumba-lumba melaporkan berita ini di muka depan.
______________________________________________________________________________________________
Mutakhir: Guan Eng defends banning Utusan in Penang, calls it ‘party organ’ (The Malaysian Insider, 18 Mei 2012)
The Star juga ‘party organ’, tapi bukan MCA punya.

Sumber Helen Ang

No comments: