Saya hairan pasal PTPTN. Kenapa nak hapuskan hutang PTPTN?
Sepatutnya isu tersebut tak timbul. Jika kita lihat terma pinjaman semua peminjam yang mendapat First Class Degree akan mendapat durian runtuh-iaitu pinjaman PTPTN mereka ditukar kepada Biasiswa!
Ini adalah insentif kepada pelajar agar berusaha untuk mendapat keputusan yang terbaik.
Setakat ini pengecualian bayaran balik PTPTN telah diberikan kepada 2445 pelajar bumiputera dan 9319 pelajar bukan bumiputera. Jumlah pengecualian melibatkan RM339 juta!
Jadi kepada pembaca nilaikanlah mungkin pencadang yang mencadangkan tak perlu bayar pinjaman PTPTN tu asalnya pelajar yang dapat Third Class degree kot - sebab asyik berdemo dan berguling di atas jalan :)
2 comments:
begitulah sebailangan orang kita-sedeh kalau melihat statistik PTPTN yg do convert kepada Biasiswa-orang kita maseh terlalu jauh ketinggalan berbanding kam lain
menang sorak kampung tergadai
Orang sekarang ramai yang tidak mahu berfikir panjang. Kebanyakan tak suka membaca dan mencari kebenaran (bukti) tetapi hanya mengulang apa yang orang lain cakap. Siap tokok tambah lagi.
Post a Comment