Wednesday, April 25, 2012

Ijtihad Syeikh Ahmad Al Fathani dalam pemerintahan di Malaysia

UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; iaitu menekankan kepada penguasaan ilmu dan kepandaian meliputi segala bidang serta strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan untuk membina tamaddun bangsa Melayu yang muafakat dengan syarak.

Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)

http://www.mediafire.com/?p1pbua5xp27qp1k Ketuanan Melayu mengikut Ulama Nusantara

PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962).
Namun pada masa kini,  PAS telah lari dari ijtihad itu dengan membenarkan golongan wahabbi, kaum muda, pluralisme, syiah dan hizbut tahrir yang ditentang habis-habisan oleh Sheikh Ahmad Al-Fathani dan Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili bertapak dan berkembang biak menguasai saf kepimpinan parti.
Demi sesuap undi kaum Cina; maka PAS sanggup berdiam diri apabila DAP mula berani mencampuri hal-ehwal agama Islam. Manakala PKR pula dibenarkan memperjuangkan kesamarataan hak lain-lain agama dengan agama Islam
Berkata Syeikh Abdullah Fahim bahawa:- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredhaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

Dalil sandaran kenapa UMNO sebagai party pemerintah tak laksanakan Hudud

"Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan (hukum hudud), dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya, nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh -sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah; belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada ilmu siasat dan ilmu syara’ hingga dapat mendirikan seperti barang yang iaitu zahir" (Syeikh Ahmad Fathani - Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah)

Masalah mencari saksi mukmin dalam melaksanakan hukum hudud masa kini

  • fitnah berlaku bila ada kecacatan saksi...melainkan ada pengakuan dengan tiga kali bersumpah  dengan nama Allah...oleh itu, hakkim boleh menolak hanya  (berdasarkan kecacatansaksi ) iaitu ketiadaan saksi yang  sempurna...

  • tambah lagi di zaman sekarang amat susah untuk mendatangkan saksi yang mukmin...dan amat susah untuk mendapatkan pengakuan bersalah si pelaku...oleh itu, hakim tidak mempunyai pilihan selain menggugurkan tuduhan dari menjatuhkan hukuman yang adil ...kerana takut fitnah...

  • Lihat SAKSI dan QARENAH si Pelaku dalam Kajian kes terkini mengenai pertuduhan UMNO bahawa PAS adalah "Parti Ajaran Sesat"  :

  • Dalam Melaksanakan sesuatu hukum, apa yang diperlukan ialah (1)  Pengakuan si Pesalah dan ( 2). Saksi Yang adil (3) Qarenah si Pelaku (PAS). Mari kita lihat Qarenah si Pelaku (PAS) dibawah: 
  • UMNO Terengganu Telah menuduh PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Sehingga kini Tiada PENAFIAN  RASMI  dari PAS, dan   Tiada Bukti secara bertulis dan lisan bergambar diserahkan oleh PAS bagi MENAFI  Pertuduhan tersebut. 
  •  Pas telah memberi tempuh 3 hari kepada Menteri Besar Terengganu untuk menarik balik kenyataan atau saman di mahkamah. Qarenah PAS  sehingga sekarang dah hampir tiga bulan, PAS selaku Badan Berdaftar tidak mengambil sebarang tindakan! Rakyat bertanya "boleh jadi PAS merupakan suatu ajaran sesat, sebab Qarenahnya secara rela hati membiarkannya".

    Dalil Sandaran UMNO mengutamakan Pentadbiran yang cekap bagi memelihara kepentingan ugama

    " Wajib atas sekalian mukallaf memelihara dirinya dan orang-orang yang di bawah perintahnya, pada kulliyat, iaitu : beberapa perkara yang dibangsakan pada sekalian hukum-hukum agama Allah yang terbit daripadanya – iaitu agama, diri, harta-benda, nasab, akal fikiran dan kehormatan. Bahawa untuk memelihara kesemuanya itu dengan memelihara watan. Bahawa tiap-tiap kebajikan adalah dengan pentadbiran yang baik pula" (Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Jumanah at-Tauhid)
    .........................................
    Rakyat dan umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan, iktijad mana yang menjadi pilihan. Apakah kita hendak memilih  Iktijad Syeikh Ahmad Al Fathani (UMNO) bagi mengelakkan mudharat yg lebih besar ke atas umat Islam berdasarkan rujukan kitab lama atau apakah kita nak memilih iktijad Syeikh Ahmad Mandili (PAS) yg menulis sendiri sendiri kitab karangan .

    Apakah pilihan umat Islam di Malaysia juga berdasarkan Performance /Pentadbiran Cekap yang memelihara ugama Islam (UMNO) atau apakah apakah pilihan umat Islam semata mata jumud politik dan bersifat ASSOBIYAH (berlebihan ke atas party politik -iaitu sikap penyokong tegar PAS yang pantang ditegur)

    Pilihan terletak ditangan anda selaku pengundi di PRU13 nanti!.

     Rujukan
    Kitab As-Siyasatu wat Tadbir,
    Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882),
    Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889),
    Hadiqul Azhar War Rayahin (1890)

    Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)
    Pendirian Agama Islam (1956),
    Islam : Agama dan Kedaulatan (1959),
    Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan
    Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962).
    Fakeh Khalifah Saka

    Haji Mohamad  Jusoh





    1 comment:

    Majlis Ayahanda Negeri Sembilan said...

    Assallamualaikum Tuan, terima kasih diatas papar yang terbaik ini, Insyaallah saya akan mengikuti perkembangan dari masa kesemasa demi kebaikan Agama, Bangsa, Negara yang dicintai, Amar Makruf Nahi Mungkar./.