Saturday, April 7, 2012

Face Off antara Siti Norhaliza vs. Rozita Che Wan

Tak habis habis gossip cinta ketupat tiga segi antara Rozita Che Wan-Dato K-Dato Siti Norhaliza

Siti seperti biasa akan berikan jawapan yang safe dan diplomatik-hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dalam hatinya

Saya cuma nak bandingkan manisnya kalau artis artis kita bertudung. Lagi cantik kalau bertudung penuh.

Ini jawapan penuh Siti berkenaan isu cinta ketupat tiga segi :-

17 tahun beliau berada dalam dunia hiburan dan pelbagai dugaan yang menimpa dirinya, namun bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dia tetap kebal bak perisai. Baru-baru ini telah tersebarnya khabar angin yang mengatakan suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai 'Datuk K', didakwa mahu berkahwin dengan pelakon jelita berstatus janda anak dua, Rozita Che Wan.

Khabar angin tersebut telah sampai ke telinga Siti dan reaksi Siti apabila mendengar khabar angin tersebut seperti tidak berasa apa-apa.

"Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul," kata Siti kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 33 tahun turut memberitahu sebagai isteri, beliau lebih kenal siapa suaminya dan tidak ada sebab untuknya curiga dengan suaminya. Malahan Siti pula berasa kesian dengan Datuk K apabila rakan-rakannya bertanyakan tentang khabar angin tersebut.

"Dia nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya," ujarnya lagi.

Mengulas laporan akhbar Jumaat lepas yang mengatakan Rozita Che Wan mahu berkahwin dengan Datuk K, pelakon yang berasal dari utara tanah air menafikan sekeras-kerasnya dan dikatakan mahu menyaman penyebar fitnah tersebut kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

"Susah hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas. Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah S.W.T. Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa agar dosa penyebar fitnah ini diampunkan kerana dosa orang fitnah itu lebih besar daripada membunuh," katanya lagi.

Pada masa sama, Siti memberitahu bahawa tidak terdetik langsung untuknya membenci Rozita, kerana beliau sedar bahawa aktres tersebut juga menjadi mangsa keadaan.

"Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga,"jelas Siti.

Sementara itu, Siti baru sahaja meraikan ulang tahun ke 17 tahunya menjadi anak seni pada 1 April lalu, dengan tahun ini Siti menjanjikan pelbagai projek bakal dibuat antaranya konsert jalanan di Kuala Lumpur, rakaman album Melayi, Inggeris dan di Indonesia dan juga melancarkan rangkaian produk terbaru SimplySiti. -Utusan

8 comments:

Anonymous said...

Nasihat kepada CT kalau betul pun gossip ini apa msaalahnya dengan CT,orang lelaki tidak boleh tunggu lama tanpa zuriat.CT tidak dapat membuktikannya,hanya boleh memberi suara yang merdu,mungkin Cek Ta boleh memberi zuriat kepada K.Sabarlah CT.

Anonymous said...

WHAT GOES AROUND COMES AROUND....THATS THE PRICE WHEN WE ACHIEVED HAPPINESS IN SOMEBODYS' TEARS.

Anonymous said...

Tak ada zuriat bukan alasan kahwin satu lagi cos selamani yang kahwin cerai semuanya dah ada zuriat.Apa orang putih kata if a man can cheat his first wife it is not unusual he can repeat again especially yang berkemampuan dan di bolehkan oleh agama ....kahwin satu lagi.

Anonymous said...

wahai siti...ini namanya hukum karma, dulu kita buat orang, hari ni orang buat kita pulak...harap siti paham kehidupan dunia ni yer..

Anonymous said...

Tak kisah aaa kalau Datuk K nak kahwin 2 ke 3 ke dia mampu, bukan time dia mengorat pun dulu kerana bet dgn kenkawan? Dan Siti pulak sedikit sebanyak merobohkan rumahtangga orang? Biasalah lelaki ada wang dan harta, mereka ni suka main main test market dgn wanita atau gadis naif mcm Siti, kalau Siti bermadu pun dgn bekas isteri Datuk K pun lebih mulia dari "merelakan" perpisahan mereka, jadi Siti kena terima tempias dan akibat dari perbuatan Siti. Semua ada hikmah disebalik apa yang berlaku redha aja.

Anonymous said...

hari nie kita ambik hak orang,esok org plak ambik hak kita..rasakan apa yg pernah dirasai oleh isteri dato k dlu..lgpon Che Ta 10 x ganda meletopp dri Ct..sabo jew larrr..

Anonymous said...

Rasanya lebih baik melihat wanita yang nampak liar dari segi penampilan dan pergaulannya, daripada yang berlagak suci dan baik di depan khalayak tetapi dihatinya tidak semulia tingkah laku yang dilakonkan!! Dulu konon tak mau ambik gmbar ngan retis lelaki tapi tau2 nak kawin sampai hati plak ambik laki orang!!! Mcm tue kh diva??? Lantak laa sapa yang minat kat minah jendul perosak kebahagiaan orang nie!!!!!! Meluat betul, yer cik taa to nampak sosial tapi dier tak ambik suami orang!!!!

Anonymous said...

Tue harga yang harus ko bayar wahai minah jendul