Majlis bermula pada jam 5 petang. Bagaimanapon saya hadir jam 6.45 petang. Berikut adalah catatan kawan yang turut hadir yang saya kongsikan bersama;
"Allahumam Solli 'Ala Sayyidina Muhamamdin Wa 'Ala Aalihi Wa Sahbihi Wa Sallim".
Se usai bacaan Qasidah, majlis diteruskan dengan tausyiah dan Haul Syeikh Abdul Qadir Jaelani oleh waris Syeikh Abdul Qadir Jaelani daripada Makkah al-Mukarramah, Allamah As-Syeikh Habib Umar Bin Hamid Al-Jaelani. Tiap-tiap tahun pun memang Habib Umar yang akan beri tausyiah serta Haul Sayyidi Syeikh Abdul Qadir.
Kalau hendak diikutkan, Syeikh Afeefuddin sebagai penganjur juga adalah keturunan Syeikh Abdul Qadir Jaelani, tapi sangkin hormatnya Syeikh Afeefuddin terhadap tetuanya, beliau sentiasa memberi laluan untuk bacaan Haul diberikan kepada Habib Umar Bin Hamid.
Antara intisari tausyiah Habib Umar menyatakan akan kelebihan-kelebihan Syeikh Abdul Qadir dan kecintaan Syeikh Abdul Qadir terhadap ummat Nabi Muhammad SAW. Antara lain, Habib Umar juga menyatakan di zaman ini kecintaan itu sebenarnya sudah hampir punah. Kerana itu kejahatan bermaharaja lela di mana-mana. Dengan kesedaran itulah, Habib Umar telah membacakan satu hadis mengenai kecintaan antara sesama ummat, kemudian Habib Umar terus mengijazahkan para hadirin akan hadis tersebut. Katanya, semoga dengan hadis tersebut dan doa yang dibacakan dalam hadis tersebut akan membuatkan ummat Islam di zaman ini bertambah kecintaannya terhadap Rasulullah SAW, para Auliya'us Soliheen sekali gus juga menambahkan kecintaan terhadap ALLAH SWT.
Hadis tersebut berbunyi...
Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :
"ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik"
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.
Maka, setelah Habib membacakan hadis tersebut, Habib terus meniru ucapan Baginda Rasulullah SAW dengan mengucapkan kepada para hadirin, "Ana Uhibbukum" yang bererti, Saya Mencintai kamu semua. MasyaALLAH! Satu ucapan yang sangat mahal telah keluar dari mulut seorang Habib, pencinta Rasulullah SAW. Ini baru betul kalau hendak dipanggil Ulama' pewaris Nabi. Hanya dengan kecintaan dan kasih sayanglah dapat membunuh kejahatan, kefasadan, kerosakan dan kehancuran.
Usai bacaan hadis tersebut dan pengijazahannya, Habib Umar terus mendoakan agar bumi Malaysia yang berTUAH ini terus berkah dan di jauhi dari segala macam bencana. Semoga doa Habib Umar saban tahun tersebut terus di Makbulkan ALLAH SWT agar kita di Malaysia terus dijauhi dari bencana dan Murka ALLAH SWT. Juga agar kecintaan ini terus mekar dalam kalangan ummat akhir zaman. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Arab dengan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah oleh Syeikh Usaman Canon dari California, US. Antara intisari dari tausyiah Syeikh adalah mengenai saranan menjauhi perkauman dan berpuak-puak. Syeikh menegaskan, Islam tidak sama sekali akan bangkit selagi sifat berpuak-puak masih ada dalam setiap diri ummat Islam tersebut. Jadi Syeikh menyeru agar ummat Islam membuang sifat tersebut, ditambah dengan menanamkan sifat kecintaan dan kasih sayang sesama Muslim agar Islam dapat kembali dimartabatkan. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Inggeris tanpa diterjemah.
Seterusnya, majlis memberi laluan kepada ketua Mufti dari India (maaf saya tak ingat namanya) untuk memberikan tausyiah dalam jangka masa 5 minit. Tausyiah Mufti tersebut dimulai dengan ucapan kesyukuran kerana menjadi ummat Nabi Muhammad SAW, kemudian tausyiah diteruskan dalam 5 minit menceritakan mengenai kebesaran Nabi Muhammad SAW serta kewajipan kita mencintai Baginda SAW. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Arab tanpa ada penterjemah
Sumber -di ambil dari Catatan sahabat blogger Brado Kapak
No comments:
Post a Comment