Saturday, March 3, 2012

sudah sudahlah bergaduh tu!

Bangun pagi pagi, saya melihat beberapa entry blog. Mata saya terpinga melihat beberapa blogger pro establishment tuduh menuduh sesama sendiri pasal sebab musabab di sebalik persaraan awal seorang panglima TLDM.

Saya tak mahu menyentuh nama nama blogger tersebut yang mana amat terkenal.

Cukuplah saya katakan mesej utama saya ingin saya sampaikan ialah hentikan PERGADUHAN tersebut.

Ianya tidak baik bagi reputasi para blogger terlibat dan pihak yang terbabit.

Biarlah segala sesuatu dilakukan dibelakang tabir ......dan saya ingatkan kembali kita semua berjuang kerana ugama, bangsa dan tanah air. Jaid bila perjuangan itu IKHLAS tak timbul sifat mazmumah seperti dengki, riyak, iri hati, sombong...... dan suka ghibah.

Perkara ini amat penting agar perjuangan kita mempertahankan Islam dan kedaulatan Raja Melayu (dan ketuanan Melayu) itu tercapai. Sekarang adalah saat GETIR ...dan saat itu juga ujian demi ujian datang dari syaitan yang sentiasa menghasut agar sesama manusia bergaduh.Oleh itu saya menyeru semua pihak terlibat supaya membuat gencatan senjata.

Semua niat yang baik dan dilakukan dengan cara yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan Allah.

Akhir sekali jadilah kita seperti Sultan Muhammad Al Fateh, iaitu sebaik baik pemimpin dan Raja. Dan baginda berjaya menakluki kota Konstantinopole seperti diriwayatkan dalam Hadis Nabi SAW kerana mempunyai sebaik baik tentera.....saatnya kita muhasabah diri sendiri.

1 comment:

anakbangsa said...

setuju....kita punya satu matlamat.iaitu memastikan kemenangan kita pd pru 13.jgn kita bergaduh sesama sendiri kerana syaitan2 di luar sana menanti peluang menjatuhkan kita.ikhlaskan diri dlm perjuangan kerana hanya kemenangan dgn hati yg ikhlas berjuangan memberi kita kepuasan .