Sunday, March 4, 2012

13 May 1969- Rahsia yang Tuan Guru Haji Abdullah Sammah An Najmi simpan


Tentu ramai yang tertanya apa kaitan TG Abdullah Sammah, Nik Aziz, PAS dan 13 May 1969.

Sebenarnya setelah berlaku 13 May 1969, PAS, di bawah kepimpinan Datuk Asri  telah bermesyuawarah dengan ulama pondok dan keputusannya demi perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu, PAS perlu BERSATU dengan UMNO. Tuan Guru Abdullah Samaah adalah salah seorang golongan ulama pondok yang dirujuk oleh PAS ketika itu.

Kini PAS telah mufarakah dengan UMNO. Nik Aziz yang mengambil alih kepimpinan dari Datuk Asri telah berdendam tidak mahu bersatu. Atas sebab itu TG Abdullah Sammah menyeru semua umat Islam menolak PAS kerana keputusan-keputusan PAS lewat ini;
- PAS telah mengetepikan  peranan yang dimainkan ulama pondok
-PAS telah mengganti peranan ulama pondok dengan menaikkan ulama PAS sendiri yang jelas adalah lantikan politik 
-PAS telah membuat fatwa sendiri dalam isu yang berkait dengan  akidah seperti Kalimah Allah yang akhirnya membuka jalan kepada terbukanya floodgate kepada penggunaan bible dalam Bahasa Melayu.
-Tindakan PAS yang jelas menentang polisi mendaulatkan Islam serta mempertahankan  Pemerintah Islam dengan menyokong gerakan liberalisme dan pluralisme ugama seperti BERSIH dan bersekongkol dengan DAP dalam isu MURTAD telah  memudaratkan umat Islam.
-Hari ini PAS telah dilemahkan oleh parasit dalam PAS yang berpegang kepada manhaj Wahhabi, Syiah dan Hizbut Tahrir.

Rujuk video di bawah.



No comments: