Thursday, August 18, 2011

Ziarah sahur dengan Polis Putrajaya

Pagi tadi, 18 Ogos 2011, Program JOM Ziarah Sahur Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah diladakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Sasaran MBKPj pagi ini adalah anggota polis yang bertugas pada shift malam bagi menjaga keselamatan warga Putrajaya yang berada di IPD, balai polis Presint 9, balai polis Presint 11, beat force, anggota bermotorsikal, peronda, MPV, detektif dan yang berada di kaunter.



Hadir Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan & Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sambung lagi sahur  di sebuah restoran di Presint 9 bagi yang dapat bersama di IPD Putrajaya kerana tugas di luar


Jumlah keseluruhan anggota polis yang bertugas pada pagi tadi saja adalah hampir 90 orang dan rombongan MBKPj dan UMNO Bahagian Putrajaya adalah seramai 40 orang. Program JOM Ziarah Sahur malam ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Hishamudin Yahya
 
Berita lanjut di SINI

2 comments:

YY said...

Malam ni satu program lg sahur dgn bomba pulak.

http://yuseriyusoff.blogspot.com

Anakbukitgantang said...

nak join...:)