Friday, June 10, 2011

kesah kaum di Singapura dan sequel tayangan di Malaysia

Di Singapura kaum Melayu dipecahkan kepada sub etnik seperti Arab, Bugis, Jawa dan Melayu. Manakala anak anak Melayu Eurasian yang lahir pula akan dikategorikan sebagai Eurasian tanpa memasukkan bangsa si ibu yang Melayu.


Jadilah Melayu di Singapura satu bangsa yang tidak bersatu dan tak tahu hak hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara tersebut.


Maka Singapura berbangga kerana populasi Melayunya rendah. Inilah taktik PAP dinegara itu untuk mengHALALkan dakwaan bahawa Melayu hanya berpopulasi 15 peratus sahaja di pulau Temasek itu.


Di Malaysia agen PAP iaitu DAP dah memulakan serangan. Bermula dari Agenda memansuhkan istilah "kaum" dalam kad pengenalan dan borang permohonan lain yang didalangi oleh gerakan BERSIH yang mana adalah matlamat utama Interfaith Council (IFC). IFC pula  dan mendapat dana dari Kongres  Amerika Syarikat melalui Democracy Fund, kini gerakan BERSIH bukan lagi di jalanan tapi ia ia diberikan emosi yang personal supaya dapat mendekati hati pengundi Cina, India dan Melayu yang murtad.


Saya tidak menuduh Hannah Teoh sebagai bodoh kerana tindakannya amat calculative. Dalam ilmu political marketing, Hannah Teoh telah menjadikan kes dirinya yang bersuamikan seorang India (apakah secara kebetulan?) - mendapat anak "Cindia" dan rayuannya untuk mendaftarkan status kaum anaknya sebagai "anak Malaysia" sebagai sambungan wadah perjuangan BERSIH- yang mana matlamat utamanya untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan menerima pluralisme dan liberalisasi ugama


Tanpa pengenalan "Kaum" di kad pengenalan akan mudahlah gerakan BERSIH dan IFC untuk memurtadkan sebanyak mungkin orang Melayu Islam kerana kini kaum sudah tidak terkait dengan ugama dan tidak dimaklumkan dalam kad pengenalan!


Lihat balik video Agenda Yahudi di Malaysia Bahagian 2 , BERSIH dan IFC disini



dan

1 comment:

Mohd said...

Hannah Teoh patut di ISAkan shj kerana cuba memainkan isu perkauman.