Friday, March 4, 2011

Orang bukan Islam tak boleh jadi peguam syarie

Orang bukan Islam tak boleh jadi peguam syarie - dipetik dari BERNAMA/Utusan

 
KUALA LUMPUR 4 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie bagi mengelak timbulnya kecelaruan di kalangan umat Islam.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu telah merumuskan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu menguasai al-Quran dan hadis serta menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

"Peguam syarie juga perlu menguasai bahasa Arab, ilmu usul fiqh dan fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah S.W.T agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada keimanan kepada Allah S.W.T dan demi kemasalahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

"Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie,” katanya ketika berhujah berhubung permohonan Victoria Jayaseele Martin untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. - Bernama

Komen penulis
-Tahniah Tan Sri Sulaiman Abdullah kerana jujur memperjuangkan Islam dan mewakili Majlis Agama Islam dalam kes ini yang menjadi satu gateway bagi bukan Islam menjadi peguam syarie- hairan apa motif mereka sebenarnya?

- Untuk makluman Tan Sri Sulaiman Abdullah menggugurkan dirinya dari menjadi peguambela Anwar Ibrahim atas sebab "kesihatan"




No comments: