Saturday, February 12, 2011

Dhirhan Mahazir yang terlibat dalam peperangan twitter dengan Tony Pua adalah penganalisis pertahanan!

Nasehat untuk Tony Pua;

Lain kali kalau tak tahu DIAM!

Jika tidak kebodohan anda akan terserlah!

Kata Tsun Tsu untuk Tony Pua: "jika sudah termasuk dalam lubang najis, duduk diam diam, lagi dikorek, lagi awak akan tenggelam dalam lubang tersebut"
...............................................
KUALA LUMPUR 11 Feb.- Para penganalisis pertahanan menolak dakwaan seorang anggota Parlimen pembangkang bahawa usaha kerajaan mendapatkan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dengan kos RM6 bilion adalah 870 peratus lebih daripada apa yang dibayar negara-negara lain untuk kapal yang sama.

Penganalisis pertahanan dan keselamatan Dzirhan Mahadzir berkata, perbandingan yang dibuat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dalam satu portal berita tempatan, adalah berdasarkan kepada kapal-kapal yang jauh berbeza.

" Jumlah kerajaan itu adalah dalam lingkungan anggaran yang berpatutan mengenai kosnya dengan keupayaannya dikatakan menyamai bagi SGPV-LCS ( kapal rondaan generasi kedua - kapal tempur pesisir pantai)," katanya di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Pua dalam laman web itu.

Editor Asian Defence Journal Mohd. Ghazemy Mahmud, berkongsi pandangan yang sama bahawa kos yang tinggi dalam mendapatkan enam LCS itu adalah rasional, jika diambil kira keupayaan dan kecanggihan kapal-kapal itu.
 
" Walaupun kapal-kapal itu berasaskan kepada reka bentuk korvet , ia sebenarnya dikenali sebagai LCS dan peralatannya jauh lebih canggih, berkemampuan dan lebih unggul daripada enam kapal-kapal rondaan luar pantai (OPV) yang terdahulu dan oleh itu, kosnya lebih tinggi," katanya.
 
Ghazemy berkata, disebabkan pembinaan kapal laut itu yang semulajadinya rumit dan kompleks, adalah mudah ia terkeliru berhubung jenis kapal-kapal laut dan kos sebenar.
 
"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.
 
Jelas beliau, pembelian itu adalah sebahagian daripada keseluruhan program yang dirancang lebih daripada sedekad lalu di mana Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) mahu membina 17 kapal perang jenis korvet bagi menggantikan kapal-kapal rondaan buatan British yang dibeli pada tahun 60an dan 70an.
 
Dzirhan, seorang koresponden bagi Janes Defence Weekly memberitahu, pembelian enam LCS itu bukan sahaja meningkatkan bilangan kapal-kapal armada bagi menghadapi cabaran abad ke-21, kapal-kapal yang dirangka dengan pengesan dan radar juga akan memberikan TLDM kemampuan pemantauan kelautan yang moden bagi mengesan dan mencegah kegiatan lanun dan keganasan.



" Dengan kemampuannya yang dirancang bagi penangkis udara, penangkis permukaan dan penangkis perang kapal selam, kapal-kapal itu akan dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi menghadapi ancaman sedemikian (lanun, keganasan dan pertikaian wilayah) semasa perang," katanya.



Berhubung isu bahawa pembelian kapal-kapal itu tidak dijalankan melalui bidaan yang kompetitif berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Dzirhan berkata Pua mendapatkan fakta yang salah.



Dzirhan menambah, sebelum itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bahawa kapal-kapal itu akan dibina oleh Boustead Naval Shipyard dengan kerjasama enam limbungan kapal luar negara.



"TLDM telah memohon untuk sebut harga dan cadangan yang dikumpul dari syarikat-syarikat asing pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2009.



" Sebenarnya, ia telah dilaporkan sejak itu beberapa kali mengenai fakta ini dan bahawa kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan luar.



'' Penelitian sebut harga dan cadangan juga dijalankan mengenai sistem persenjataan kapal-kapal, radar, peralatan elektronik dan sensor yang kesemuanya bersumber daripada pelbagai pembekal asing," katanya.



Bagaimanapun, semuanya dijalankan secara tertutup, "bukan hanya kerana kerajaan mahukannya sedemikian, tetapi juga kerana syarikat-syarikat juga tidak mahu cadangan dan tawaran harga mereka diketahui oleh pesaing mereka," jelas beliau.



Dzirhan berkata, pengalaman dalam pembinaan kapal-kapal dan pemindahan teknologi dan kepakaran, akan membolehkan industri pertahanan tempatan membangunkan keupayaan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk berdikari sendiri dalam pertahanan. - BERNAMA

8 comments:

Sudir said...

Alamak kasik la font yang ko guna..

Anonymous said...

Sila layari Youtube untuk mendapat gambaran sebenar mengenai LCS yang dimaksudkan oleh Panglima TLDM. Lihatlah kecanggihan USS Independence versi LCS 2.

Neutronboy said...

Saya petik dari MK,

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Yg ni pula LCS mana?

Anakbukitgantang said...

hurm banyak yg lebih pandai dari dhirhan mahadzir penganalisis pertahanan nampaknya

lebih percayakan Tony Pua yg jelas bekerjasama dengan musuh negara

Tak ingat bahawa jangka masa 7 tahun memungkinkan APPRECIATION harga

dahn benarkan kapal pesisir pabtai yg di quote harga oleh Tony pua itu benar? Kita bercakap pasal kapal perang!

Yang ini quotatio harga mana?

nampaknya ada yg lebih pandai dari Panel Lembaga Tender dalam memilih yang terbaik untuk Malaysia dari segi teknikal yg menepati spesifikasi, harga yang terbaik (tak semstinya yang termurah), tukaran matawang asing dan kadar appreciation harga aset berdasarkan harga semasa, permintaan dunia dan kadar inflasi

p/s saya pon pernah jadi panel pemilai tender- tahu bagaimana prosedur yg harus diikuti

please layari MOF dalam prosedur /tatacara tender

Neutronboy said...

Saya quote di Malaysiakini.

Sebab tuh saya pelik ade 2 harga berbeza. Adakah ia kapal yang sama atau kapal yang berbeza?

Yang Tak Bebal said...

Malaysiakini tak boleh dijadikan benchmark sebab dia adalah portal musuh negara

Adalah amat malang tak mahu mempercayai Panglima TLDM sendiri yang tahu spesifikasi /expert dalam perkara ini berbanding mempercayai Tony Pua yang tak tahu membeza antara kapal peronda pesisir pantai dengan dengan kapal perang

Amat malang juga mempercayai kredibiliti Malaysiakini yg sahih diupah agen luar negara untuk menyah- stabilkan politik Malaysia demi menakluki semula Malaysia

Neutronboy said...

Oh 1 ni peronda lagi 1 kapal perang.

Hmm ok ok terima kasih...

Anakbukitgantang said...

Kerajaan digesa dakwa, saman Tony Pua
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kerajaan didesak supaya mendakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di bawah Akta Hasutan kerana memfitnah Kementerian Pertahanan dalam isu pembelian Kapal Tempur Pesisir (LCS) sehingga menimbulkan perasaan benci di kalangan rakyat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Kementerian Pertahanan dan ATM memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP itu kerana sudah jelas segala tuduhan yang dilemparkan dalam isu LCS adalah satu pembohongan.

Katanya, tindakan tegas itu perlu diambil memandangkan peluang sudah diberi kepada Tony untuk mendedahkan bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi sehingga kini beliau gagal tampil dengan sebarang bukti.

Sambil menyifatkan Tony contoh pemimpin DAP yang pengecut kerana hanya berani menabur fitnah, beliau mahu pihak yang cuba mempolitikkan isu pertahanan berdasarkan fakta yang salah tidak dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kerja DAP dan Tony Pua inilah...mengkritik dan memfitnah tanpa sebarang bukti. Bila dicabar kemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM tiba-tiba menyembunyikan diri, tetapi sebelum ini bukan main lantang bersuara seolah-olah dia jaguh dalam aspek pertahanan tetapi hakikat sebenar cukup memalukan.

“Ini soal keselamatan, dedahkanlah kepada SPRM jika benar kapal itu mahal 870 peratus daripada kapal negara asing kalau benar dia patriotik dan bukan sekadar menjadi jurucakap kepada pihak tertentu bagi membongkar rahsia kekuatan pertahanan kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Tony mempunyai agenda tersembunyi ekoran keengganannya melaporkan kepada SPRM berhubung dakwaannya bahawa kos membina enam buah kapal LCS lebih mahal daripada yang dibayar negara lain.

Dakwaan wakil rakyat DAP itu ekoran keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membolehkan impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengoperasikan kapal perang termoden bagi mengawasi keselamatan perairan negara terutama di Laut China Selatan menjadi kenyataan.

Apabila siap kelak, LCS akan menjadi aset tempur tercanggih dalam inventori TLDM kerana dilengkapi sistem pengurusan tempur termoden, sistem peperangan elektronik, radar tiga dimensi, sonar penjejak kapal selam, peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana, peluru berpandu anti kapal jarak jauh serta torpedo.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Tony perlu berani mengemukakan bukti terhadap segala tuduhan jahatnya itu dan bukan hanya sekadar berani ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila mengetahui langkahnya sudah tersilap.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan individu pertama mencabar Tony supaya mengemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM percaya wakil rakyat DAP itu tidak memiliki sebarang bukti bagi menyokong tuduhannya selain mendakwa pengetahuannya dalam bidang pertahanan negara juga lemah.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas Tony agar ia menjadi ingatan kepada semua pihak supaya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan, apatah lagi ini bukan kali pertama dia memfitnah Kementerian Pertahanan dan ATM. Ini perbuatan jahat yang dibuat secara bersiri.

“Saya lihat dia ada agenda tersembunyi apabila berterusan memburukkan ATM dan Kementerian Pertahanan. Mungkin dia cuba menggagalkan usaha kerajaan membangunkan kekuatan pertahanan negara agar keselamatan Malaysia lebih lemah berbanding negara lain,” dakwanya.