Friday, January 7, 2011

Isu Air di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur-tawaran Kerajaan Selangor rendah!

Tawaran itu lebih rendah dari tawaran  Splash sebelum ini untuk menggabungkan aset air negeri itu dengan kos RM10.75 bilion-OSK


KUALA LUMPUR, 7 Jan. - OSK Research menganggap tawaran terbaru melebihi RM9 bilion bagi membeli empat pemegang konsesi air negeri itu sebagai kurang menarik.


Laporan berita berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah membuat tawaran baharu untuk membeli keempat-empat pemegang konsesi itu.

Pemegang konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (Abass).

Cadangan itu bertujuan membeli 100 peratus saham syarikat-syarikat ini pada harga RM64.62 bagi setiap saham PNSB, RM20.78 bagi saham Syabas, RM5.95 bagi saham Splash dan RM9.39 bagi saham Abass.


"Melihat daripada harga tawaran melebihi RM9 bilion itu, harga ini hampir menyamai, tetapi lebih rendah daripada tawaran Splash sebelum ini untuk menggabungkan aset air negeri itu dengan kos RM10.75 bilion

Baca lanjut  Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments: