Persoalan yang bermain dalam benak hati setiap kakitangan kerajaan bila seorang penjawat awam diberikan cuti sakit berterusan selama 14 hari.
Klinik swasta tak dibenarkan memberikan MC atau sijil sakit lebih dari 3 hari berturut turut.
Bagi klinik milik kerajaan pula jika diberikan selama 14 hari berturut turut ianya juga jelas melanggar kod etika seorang doktor.
Seseorang pesakit boleh diberikan cuti sakit berterusan jika SAHIH dia sakit seperti keguguran dan kemalangan
Bagaimanapun bagi yang mengalami manic depression atau masalah kemurungan, cuti hanya boleh diberikan setelah disahkan oleh doktor pakar. Lihat salinan cuti sakit tersebut di bawah
Saya tak mahu membicarakan isu ini dari segi politik. Saya hanya mahu berbicara mengenai etika doktor yang menandatangani surat cuti sakit ini dan etika seorang penjawat awam.
Cerita lanjut di SINI
Apakah klinik kerajaan yang memberi cuti sakit di dalam kes suami cikgu Mala mempunyai doktor pakar untuk mengesahkan masalah kemurungan yang dihadapi oleh si pesakit yang kebetulan suami seorang calon di PRK Tenang?
P/S Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu menyiasat dan menghukum penjawat awam yang tidak beretika berdasarkan kepada Perkara Tatatertib dan Surcaj bagi Penjawat Awam.
No comments:
Post a Comment