Friday, November 12, 2010

Uh blogger upahan rupanya

Uh Blogger upahan rupanya. Mungkin juga cyber trooper UMNO

Pelik tapi benar, itulah keluhan rakan Fb dan blogger. Macamlah blogger semua menjaja cerita yang diupah!

Keluhan itu bukan datang dari orang biasa tapi cicit dan keturunan ulama terkenal seperti Tok Kenali, dan ulama lain juga, serta juga mereka yang belajar ugama secara bersanad di pondok pondok.

Apapon kami tak gentar, bila menentang kekufuran dan penyelwengan ugama  dikatakan cyber trooper UMNO. Malah beberapa figura yang saya kenali anti Wahhabi dan menentang secara terbuka Fahaman  Wahhabi pon difitnah cyber trooper juga.

Tapi ujian kami tak seteruk Rasulullah, ujian kami tak seteruk Tuan Guru Abdullah Samaah yang pondok pengajiannya dikunci, dia dihina dan sehinggakan menantunya pon ditindas, ujian kami tak seteruk Ustaz Mohd Nor Deris yang telah menerima ungutan dan terpaksa membuat laporan polis.

Bagi saya , alhamdulillah Allah telah mengurniakan saya rezeki yang baik dan luas setelah saya redha dengan ujian Illahi. Sesen pon saya tak pernah dapat wang upah dari hasil menulis.

Menulispon kadang mencuri masa yang terluang di antara kerja pejabat dan selalunya saya menulis waktu malam bila terbangkit dari tidur atau mendapat ilham sehingga tangan mengeletar....dan berhenti apabila semuanya telah selesai saya tulis dalam blog.

Itulah sebabnya saya tak mahu diupah kerana jika saya diupah maka saya tidak ikhlas dan mungkin ilham yang juga berupa rezeki takkan datang dengan mudah. Begitu juga saya takkkan menulis jika diarah kerana apa yang saya tulis ikhlas untuk membangunkan masyarakat Islam yang dinamik bagi persediaan kedatangan era kegemilangan semula Islam. Perkara ini telahpon dijelaskan oleh Nabi Muhamamd dalam hadisnya 1400 tahun dulu.

Apapon kadang menulis juga memerlukan  kos, dan para blogger cuba mengurangkan kos yang digunakan untuk perjalanan dan tempat penginapan  dengan mengiklankan ruang blog. Ads4Bucks


                                                                     

1 comment:

n said...

blasah jer...hahaha