Saturday, November 13, 2010

Bila Rakyat Berhati Sultan Sedangkan Sultan Berhati Dan Berjiwa Rakyat

Pepatah orang dulu  dulu ada mengatakan bahawa "Di mana Bumi di pijak di sana langit di jungjung"

Pepatah pasca PRU12 disebuah negeri yan bersempadan KL, NS dan Perak pula "di mana bumi di pijak pijak  disana aku berani mendongak langit"

Difahamkan juga rakyat jelata dah berani melanggar titah Baginda Sultan dan berusaha menghalang Sidang Media di adakan seperti dilaporkan RBF

Mungkin sudah ada rakyat jelata sekarang dan berhati dan berjiwa Sultan sedangkan Sultan pula berhati dan berjiwa rakyat.

Ikuti Kesah rakyat berjiwa Sultan dan Sultan Berjiwa Rakyat petikan dari BERNAMA/ Utusan  

Sultan Selangor batal hadiri ulang tahun Yayasan Selangor



SHAH ALAM 12 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada 15 November ini.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata, keputusan itu dibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.

Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari.

Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya - Bernama

No comments: