Wednesday, November 24, 2010

Menilai "Munajat" di Mekah, tuntutan " royalti petroleum" dan siapa yang berhak menikmati harta kekayaan bumi Jawi.

Munajat di Mekah untuk Wang Ehsan Petroleum

"Tok Guru"  Nik Aziz menunaikan fardhu haji di Mekah  dengan membawa 40 Tok Guru Pondok. Belanjanya  adalah 1/10 dari budget kerajaan negeri Kelantan iaitu RM 400, 000. Berita lanjut  mengenai  misi khas itu di blog Zul Kulim dan Arif Omar di sini  Munajat


Allah memberi rezeki kekayaan bumi kepada pemerintah yang berhak menerimanya

"Negara ini akan menjadi aman dan mendapat keredhaan Allah jika ia dipimpin oleh orang yang mempunyai banyak pengetahuan Islam dan mempunyai pegangan kepada kitab suci al Quran dan as Sunnah".- Almarhum Sultan Idris II


Saya tak mahu bercakap banyak disini tentang hasil munajat cuma cukuplah saya menegur golongan politikus yang  rakus untuk mengambil kekayaan negeri yang bukan haknya. Cerita mengenai  "hak"  harta kekayaan negeri hanya boleh dinikmati oleh pemerintah yang alim, zuhud dan tawaduk iaitu "mereka  yang berhak" ada dikumpulkan di merata rata bumi Jawi yang merujuk kepada Nusantara: Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, Champa, Mindanao dan Indonesia. Literasi bertulisnya di sini
Tongkat Tok Ku Paloh Ke Brunei dan 
minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.Kelantan

Itulah rahsianya... Tanah Jawi ini bumi bertuah... mana ada gempa bumi, gunung berapi... Di bumi Jawi ini teletaknya khazanah yang terkaya... emas, minyak dan lain lain... Tapi semua ini hanya akan timbul apabila Raja yang zuhud dan taqwa memerintah... yang mengikut cara Nabi Nabi  memerintah... sesungguhnya Bumi Jawi ini amat kaya dengan khazanah bumi, disinilah di panggil  Tanah Semenajung  Emas dan disinilah dalam kitab literasi Yunani, Sanskrit dan Vatican dikatakan adanya khazanah Nabi Sulaiman, King Solomon's Treasure... yang hanya akan timbul bila pemerintah yang berhak memerintah negeri...


Saya tak mempertikaikan kediaman "Tok Guru", tapi wajarkah RM 400,000 digunakan untuk mendoakan sesuatu yang bukan "hak milik"  mu?

Berkenaan "hak Kelantan" untuk menikmati hasil kekayaan bumi waktu ini sewajarnya kita rujuk kembali kesah perjuangan Islam yang diselewengkan; apakah "Tok Guru" dan parti yang menjadi "pemerintah Kelantan" sekarang berhak menikmati harta kekayaan bumi Allah jika Nabi Muhammad S.A.W pun dikatakan budak kampong dan dihina, Allah dikatakan  bersila lendik malah kalimah Allah juga tidak ekslusif? Baca di kuasa-tiang-kepada-cita-cita- PAS

Bagi pembaca yang belum membaca-silalah baca  petikan yang afdal dari  http://www.docstoc.com



· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah


· Tok Ayah Zid Kedai Lalat


· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita


· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah


· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd


· Jom Kenali Dr Maza & Co


· Ahlul Bait Yang Dicerca

dan  http://www.4shared.com

 CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT


· Rasulullah Budak Kampung


· Maulid Tandingi Krismas


· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)


· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)


· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)

· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)


· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi


· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi


· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi


Pesanan penulis yang paling akhir juga wajar di ambil tindakan

"Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.- FAKEH KHALIFAH SAKA  "


Keajaiban Kaabah- mengeluarkan radiasi positif dan menyembuhkan penyakit


Kaabah meradiasi  energi positif dan menyebabkan mereka yang bertawaf dan beribadah memuuji Allah   sehat dan bertenaga.  Ada banyak kes di mana individu yang sakit boleh berdiri dan yang sehat bertambah sehat. Nik Aziz  berkerusi roda di Mekah -membelakangi  foto adalah Mukhriz Mahathir

Kaabah berada pada titik tekanan paling istimewa di bumi. Kedudukan kaabah berada pada titik  paling penting di bumi dan bertentangan dengan Baitul Makmur di mana malaikat bertawaf, berdzikir dan senantiasa memuji Ya Dzal Jalalil Wal Ikram, Allah Tuhan Sekalian Alam dan Maha Pencipta. Malah binaan kaabah mulai dibina oleh Nabi Adam a.s, dan diteguhkan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Berkenaan radiasi positif kaabah, kesan positif radiasi dapat dilihat secara fizikal kepada mereka yang bertawaf berdzikir memuji Illahi sentiasa bertenaga. Banyak kesah mereka yang sakit bertawaf dan beribadah mengelilinginya pulih dari penyakit dan termakbul doanya. Kajian secara saintifik mengenai kedudukan kaabah dan kesan positifnya  ini boleh dirujuk di link youtube Radiasi Kaabah 


Kajian Perbandingan ciri Sultan/Pemerintah yang zuhud, alim dan tawaduk- dapatan kajian bertulis (written literature) ilmuan Islam sepanjang tebing Sungai Perak

Maka saya mengajak semua pembaca berfikir, bahawa hasil kekayaan bumi yang dikurniakan Allah hanya berhak diberikan kepada raja dan pemimpin yang berjiwa zuhud, alim dan tawaduk. Inilah rahsia pemerintahan raja raja Islam yang zuhud dan tawaduk zaman silam seperti dalam artikel saya terdahulu di ciri-sultan-pemerintah-islam-sebenarnya

Sebagai mengikut perkembangan zaman dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, maka pemerintahan sesebuah negeri sekarang memerlukan Menteri Besar "menasehati" Raja Raja Melayu Islam di bumi Jawi ini. Alhamdulillah  Kelantan mempunyai Sultan Muhammad V yang zuhud, alim  dan berjiwa rakyat. Bagaimanapon apakah memanda menterinya mengikut wasiat ketua Tok Wali 7 Tanah Melayu  Syeikh Jamaluddin Al Kubra dan Tok Wali Syed Kadok/ Syed Kuning Kelantan dan menyanjung tinggi Kitab Kuning ugama yang menjadi panduan Tok Guru Pondok Islam Ahlul Sunah Wal Jamaah (ASWJ) berkurun kurun lamnya di bumi Jawi ini? Baca semula artikel kuasa-tiang-kepada-cita-cita- PAS dan masehkan waris mereka mengikuti fikrah Islam ASWJ atau sudah berubah mengikut pergerakan reformasi ugama ala Golongan Muda a.k.a Wahhabi seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut . Rujuk juga reformasi Nik Aziz mewahabikan  Kelantan dan Malaysia di Reformasi Golongan Muda/ Wahhabi di Malaysia

Wajarkah "pemerintah Kelantan" sekarang yang terlalu berpihak kepada fikrah Wahhabi mendapatkannya? Wajarkah 40 orang tok guru pondok dibawa masuk campor dalam hal ini?

Raja dan pemerintah  yang memerintah negeri dengan adil, zuhud dan tawaduk akan menyebabkankan negeri tersebut aman dan mendapat keredhaan Allah- dan kekayaan negeri melimpah ruah kerana Allah mengizinkan rezeki dinikmati oleh hambaNya yang berhak. Itulah rahsia keberkatan sesebuah negeri!.

Di Mekah berkerusi roda,  tiba di Malaysia  boleh berdiri dan berjalan - gambar di KLIA




Rujukan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/11/ciri-sultan-pemerintah-islam-sebenarnya.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/04/minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/08/tongkat-dari-terengganu-ke-brunei.html

http://www.docstoc.com/
· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah

· Tok Ayah Zid Kedai Lalat
· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
· Jom Kenali Dr Maza & Co
· Ahlul Bait Yang Dicerca

http://www.4shared.com/
· Rasulullah Budak Kampung
· Maulid Tandingi Krismas
· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)

· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

http://www.youtube.com/watch?v=HiXEWhJ_7gY

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_2714.html

http://arifomar.blogspot.com/2010/09/munajat-di-mekah-biar-betul-yop-yb.html

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/11/gambar-nik-aziz-berkerusi-roda-dalam.html

No comments: