Thursday, October 14, 2010

Soalan Parlimen-Skandal Surat Sokongan Ronnie Liu dan Pemalsuan Tandatangan Tertuduh

Questions Time: 13 October 2010
October 14, 2010 by weechookeong


Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apa tindakan yang di ambil untuk menyiasat laporan polis yang di buat keatas EXCO Selangor YB Ronnie Liu atas dakwaan pemalsuan tandatangannya dalam skandal Surat Sokongan, sehingga Lee Kee Hiong, bapa saudara beliau Lee Wye Wing dan syarikat WSK Services antara nama yang di ketengahkan.


Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Home Affairs to state what actions were taken to investigate the police report lodged by Selangor Exco member YB Ronnie Liu alleging forgery of his signature in the Letters of Support scandal, resulting in the names of Lee Kee Hiong and her uncle, Lee Wye Wing, and WSK Services being highlighted.


Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,


Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.


Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, kes ini telah disiasat di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan (Pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan 471 Kanun Keseksaan (menggunakan suratan palsu sebagai tulen). Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindak selanjutnya.

Komen pembaca :-

sampalee



"How come dap leaders are not asking the question,since the party DIRECT ronnie to make the police report.If perjury is established,poor yb not only stand to loose his exco post,but a life long pention too.Ronnie loyalty must be first with the voters".

komen ABG-
To condem the ruling coalition (BN-led government) is easy. But to live up to their promise of transparency, fairness and equal rights have misfired. Ouchhh....

2 comments:

abu mohsein said...

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.irv ) - Dari bumi bermaruah dan bermartabat, tanah penuh puspawarna perjuangan dan pengorbanan ini menggemakan suara lantang dari seorang presiden kerdil yang digeruni dunia mustakbirin. Di sinilah presiden Iran Dr Ahmadinejad menyampaikan pesanan kemenangan menentang Israel.

Presiden Iran berucap di selatan kota Bint Jubail yang pernah menyaksikan pertempuran sengit antara Hizbullah dan Israel selama peperangan 33 hari pada Jun dan Julai 2006 dan parti politik bersenjata tajaan Iran ini mencapai kemenangan yang gilang gemilang.

"Anda adalah pahlawan yang menjaga maruah Lubnan", kata beliau kepada penduduknya. Tambah Ahmadinejad lagi, "Anda telah buktikan bahawa tiada kuasa angkuh yang dapat menewaskan anda. Pejuang dari bangsa Lubnan lahir dari keimanan kepada Allah, mereka mampu berdiri menghadapi mana-mana serangan Israel seperti pesawat tempur, kereta kebal dan kapal".

Ucapan Presiden Iran ini bertempat di Beint Jubail yang terletak kira-kira empat kilometer dari utara sempadan yang dijajah. Ia merupakan sebuah tempat yang penuh kenangan dan simbol perjuangan dalam sejarah kebangkitan warga Lubnan menentang keangkuhan regim Israel. Di sini juga Setiausaha Agung Hizbullah pernah menyampaikan ucapan 2 hari setelah berakhirnya penjajahan Zionis di selatan Lubnan pada tahun 2000.

"Zionis berhasrat memusnahkan perkampungan ini, namun betapa utuhnya ia berdiri. Seluruh dunia perlu tahu, lambat laun Zionis akan pupus dan Beint Jubail tetap masih hidup", tambah beliau.

"Perjuangan warga Lubnan berasal dari keimanan dan kesabaran, hari ini kegigihan perjuangan insan telah bertukar menjadi teladan yang perlu diikuti", katanya sambil menekankan bahawa perjuangan adalah simbol kemenangan warga Lubnan dan rantau itu.

"Tidak diragukan lagi, musuh anda gentar dengan perpaduan. Perpaduan adalah simbol ketahanan, kesetiaan dan kemenangan. Kami bersyukur kepada Allah kerana warga Lubnan telah menunjukkan semangat perpaduan dan kesabaran yang membawa mereka ke arah kemenangan".

"Biarkan dunia tahu bahawa Zionis telah merancang serangan ke atas kegemilangan Bint Jubail, mereka terlalu percaya bahawa ia akan mengecewakan warga Lubnan. Saya mengistiharkan bahawa Beint Jubail masih hidup dan akan berkekalan, biarlah dunia mengetahui bahawa Zionis akan bersara dari kewujudannya, penjajah Zionis tidak mempunyai pilihan lagi selain pulang ke ibu pertiwi masing-masing".

Presiden Iran turut melawat Qana yang pernah menyaksikan pembunuhan ramai warga Palestin hasil dari kekejaman Zionis. Presiden Iran ini menyatakan beliau sentiasa menyokong bangsa di rantau tersebut sambil menegaskan bahawa syuhada Qana masih hidup di mana musuh-musuhnya diambang kematian. "Saya mengucapkan salam sejahtera ke atas Qana, tanah yang penuh ketabahan dan perjuangan", katanya lagi. "Hari ini Qana masih hidup dan ia adalah bukti kebangkitan menentang jenayah mentaliti Israel", tambahnya.

abu mohsein said...

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ahmad al-Tayyib, presiden Universiti al-Azhar Mesir menegaskan tindakan beberapa saluran televisyen yang mengkafirkan Syiah tidak dapat diterima dan ditolak. Kata beliau, "Di dalam al-Quran tidak ada sebab yang mengkafirkan Syiah".

Al-Tayyib berkata, "Saya solat di belakang Syiah dan tidak ada al-Quran lain di sisi Syiah seperti kabar angin".

Tegas beliau lagi, "Tidak seorang pun ahli Tafsir Ahlusunnah yang berkata bahawa Syiah mempunyai al-Quran yang lain".

Syaikh al-Azhar memaklumkan beliau berhasrat menziarahi Najaf jikalau berkesempatan melawat Iraq setelah pembentukan kerajaan baru negara ini.