Wednesday, June 23, 2010

wahabi oh wahabi

Dua minggu lamanya saya tidak update blog kerana menunaikan umrah. Dua minggu juga saya mencari ilham dan petunjuk Ya Rabbiul Alamin, Sang Khaliq, Pencipta Alam. Pun begitu saya maseh update Facebook saya dan maseh mengikuti perkembangan ugama-politik tanah air dari bumi Hijaz; Madinah dan Makkah.

Sesungguhnya masa rehat yang diberikan itu cukup untuk saya melihat pelbagai polemik dan isu melalui kacamata orang luar.

Sepanjang menunaikan umrah saya jejaki stesyen keretapi yang telah ditutup di Madinah di mana puluhan ribu tentera Turki Uthmaniyah dihantar mempertahankan bumi Hijaz dari puak Wahhabi. Ramai juga yang mati shahid menurut kawan saya yang berbangsa Turki. Juga saya dapat merasakan tekanan seorang Islam Ahlul Sunah Wal Jamaah apabila selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi tidak boleh dibuat dengan suara yang kuat kerana akan dituduh bida'ah oleh puak Wahhabi.

Begitu juga doa yang panjang-panjang di larang dibaca di Hijr Ismail atau belakang Maqam Nabi Ibrahim A.S kerana dikatakan cukup dengan solat, dan perbuatan berdoa itu suatu yang bida'ah. Banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan hati ini tersentak dan menangis kerana seolah-olah umat Islam tidak dibenarkan berselawat ke atas semulia-mulia manusia. Malah gua Tsur dimana Baginda Rasullullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar semasa perang di sekitar Madinah juga ditutup dengan konkrit bagi mengelakkan ada jemaah yang mengambil kesempatan bersolat dan berdoa didalamnya. Namun, bau harum keringat dan darah Baginda Rasulullah maseh tercium seharum kasturi oleh saya dari jarak 10 kaki dari mulut gua tersebut dan maseh terpahat dalam memori bau saya. Dan doa qunut tidak dibaca Imam sewaktu solat subuh...... Bumi Hijaz saya tinggalkan dengan hati yang hiba, dan pengorbanan Baginda Rasulullah serta para Sahabat dalam berdakwah mengembangkan Ugama Islam terpahat di hati ini......membuatkan saya membara untuk mempertahankan ugama Islam.
.............................

Saya belek berita dari Malaysia dan terkejut dengan pengumuman satu cawangan UMNO di ibukota bahawa Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mengumumkan kemasukan beliau dalam UMNO.

UMNO bukan partai yang tandus kepimpinan Islamnya, malah banyak tokoh Islam dan waris ulama besar Tanah Melayu dalam UMNO. Sayangnya UMNO tidak mengetengahkan mereka sebagai Tokoh Islam. Contohnya Tan Sri Muhyidin Yassin. Selain itu banyak juga pemimpin akar umbi di Kelantan dari waris keturunan ulama pndo terbilang...sayang, permata yang ada tidak digilap, kaca pula yang nak ditempa....

Membawa Dr. MAZA masuk ke dalam UMNO seperti memberikan suntikan toksin kepada pemulihan UMNO. Dr. MAZA yang pernah didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Selangor oleh JAIS berfahaman Wahhabi dan ini adalah liabiliti kepada UMNO. Islam. Kesan kemusnahan umat Islam yang berpunca dari Wahhabi juga dirasai di Malaysia di mana PAS yang ditubuhkan oleh golongan muda/salafi kini berfahaman Wahhabi. Sifat Wahhabi menuduh orang lain kafir hanya kerana perkara yang furuk/perbedaan cabang kecil dalam ugama yang tak menjejaskan Tauhid, menyamakan  Allah dengan sifat makhluk dan menyatakan Allah bertempat dan berjisim adalah salah dari segi akidah.


KAUM MUJASSIMAH
Tambahan lagi tatkala ini kemusnahan yang dibuat oleh Wahhabi di Palestine amat teruk -perpecahan di kalangan umat Islam

Tambahan lagi fatwa terbaharu University Al Azhar yang berpendapat bahawa Wahhabi bukan Salafi tapi mujassimah, oleh itu memusnahkan Islam dan dikira KAFIR!

Kaum Mujassimah atau kaum yang "menyerupakan" menisbah sifat Allah dengan sifat makhluk. Kuam Mujassimah juga dikatakan kaum yang "menghinakan" kerana mereka suka menghina-hina pandangan umat Islam yang lain. Sifat yang mnerosakkan Islam dari dalam ini sebenarnya mainan Yahudi dalam penubuhan asal fahaman Wahhabiyah. Di Malaysia, jelas sifat ini banyak didapati di kalangan Wahhabi dan penyokong parti PAS. Rujukan kaum Mujassimah ini di sini http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/22/sejarah-ringkas-kaum-musyabbihahmujassimah/

FATWA AL AZHAR

Fatwa Al Azhar mengenai Wahhabi dan sifatnya yang bersifat mujassimah dan dianggap kafir ada dalam sedutan blog Aqidatul Tanzih di sini

FATWA RASMI AL-AZHAR TERBARU BERKAITAN AGAMA WAHHABI DAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH YANG DIFATWAKAN SEBAGAI BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MEREKA BUKAN SALAF SEBENAR BAHKAN IBNU TAIMIAH DAN WAHHABI ADALAH MUJASSIMAH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MEMBAWA AKIDAH SESAT IAITU ALLAH DUDUK ATAS ARASH. AKIDAH ISLAM SEBENAR ADALAH ALLAH ADA TANPA TEMPAT TIDAK MEMERLUKAN ARAH DAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA. FATWA UNIVERSITI AL-AZHAR JUGA MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA WAHHABI BUKAN ISLAM BAHKAN MEMERANGI DAN MEMUSUHI ISLAM- FATWA RASMI AL-AZHAR MESIR MELALUI SYEIKHUL AKBAR TERBARU JAMIAH AL-AZHAR.




Bukti video ada di dalam blog berkenaan.



dan di sini


Ada di kalangan pembaca Fb dan penyokong tegar partai PAS membahaskan bahawa Syeikh Qadrawi menyokong Wahhabi dan Ibn Tamiyyah. Bukti ini disangkal oleh Syeikh Qadrawi di sini


Sewajarnya UMNO  kaji balik kemasukan Dr MAZA. UMNO sudah ada selling point terbaik dan boleh dijadikan differentiation dalam marketing politic sebenarnya. Sebaiknya terangkan kepada umat Islam bahawa UMNO adalah satu satunya partai yang mengikut Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan pelaksanaan Islam pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama ini adalah komitmen UMNO kepada umat Islam di Malaysia dan menjadi ikutan sedunia dalam  menarajui sisitem perbankan, Unit Amanah dan Insuran berasaskan Syariah (Syariah Compliance dan Syariah Friendly).






6 comments:

Anonymous said...

Salam sdr bkt gantang,

terima kasih atas penerangan tuan sheikh yg panjang lebar tentang betapa bahayanya dr maza dikaca mata tuan yg dpt saya rasakan kebencian yg sangat meluap.
Alhamdulillah saya di beri kesempatan oleh Allah taala unt mencari rezeki dibumi arab baru-baru ini dalam sektor pembinaan.
Sepanjang saya disana, sbg seorang jurutera saya berpeluang bercampur dgn pkerja-pekerja arab yg bekerja dari buruh binaan, pengendali mesin pembinaan, kerani sehinggalah sebesar pangkat seorang arab itu.
Sepanjang pengalaman saya disana, saya dpt simpulkan satu perkara utama bahawa bangsa arab adalah suatu bangsa yg berkelakuan sgt kasar. Baik dr segi percakapan, pergaulan mau pun pendirian.
Jadi dpt saya simpulkan yg pertama sekali betapa besarNya kuasa Allah taala menurunkan islam di bumi arab itu sendiri dan betapa susah dan sengsaranya para rasul & nabi berdakwah dgn bangsa yg begitu kasar sekali peribadinya.
Kita bernasib baik mempunyai seorang cerdik pandai seperti dr maza yg berketurunan melayu yg kita sedia maklum merupakan suatu bangsa yg paling tinggi budi bicaranya.
Oleh yg demikian , saya sarankan duduklah bersama dgn dr maza dalam suatu muzakarah umum dan berbincang secara ilmiah agar terungkai segala yg tersirat maupun yg terbenam di lubuk hati tuan sheikh drpd membuat kenyataan yg dapat memecah belahkan lagi org-org melayu yg beragama islam tak kira samada umno atau pun bukan umno.
Bayangkanlah apa akan jadi pada mereka yg tidak faham dgn tuduhan tuan sheikh terhadap dr maza, mereka akan terus hilang dlm arus atau suasana yg tuan-tuan berpolitik ini.
Apa salahnya duduk dalam satu majlis ilmu bersoal jawab sesama cerdik pandai islam bagi merungkai segala pandangan. Selalunya mereka yg tidak mahu berbuat kpd jln kebaikan itu adalah mereka yg mempunyai niat yg kurang baik, mungkin berasa terlebih arif dr pihak yg lain.
Pada kami di pihak ketiga, tuan-tuan sekelian lebih mementingkan diri dari islam itu sendiri kerana sikap masing-masing yg sentiasa berkeras hati seperti bangsa arab.
Kita bukan bangsa arab, kita adalah kelumpok melayu yg halus budi pekertinya, lembut hatinya dan baik tutur katanya.
Sudahlah sheikh, cukup lah berpolitik, demi kebaikan agama, bangsa dan negara, berpakatlah secara baik dan sucikanlah hati masing-masing demi menegakkan syiar islam dan kepentingan melayu kerana itu lebih afdal dam mulia disisi Allah swt. hentikan caci mencaci sesama islam, perbetulkan segala yg tersirat dan pasangkan niat yg suci demi Allah, nescaya Allah akan mengurai segala yg tersirat di kedua belah pihak.

Anakbukitgantang said...

Salam,

1- saya kaui Umat Islam Melayu di Malaysia amat berbudi bahsa dibandingkan dengan bangsa Arab

2- Mengenai tokoh kesayangan anda, tok guru kami telah cuba 2 kali bermuzakarah dengan Dr Maza TAPI TIDAK DILAYAN. Malah beliau berdolah dalih seribu alasan untuk muzakarah sehingga PENDAKWAANNYA DIBUAT OLEH JAIS. Utk makluman jua-tok guru saya bekerjasam dgn beberapa pegawai JAIS bagi menwujudkan MUZAKARAH tapi GAGAL kerana Dr MAZA enggan hadir.

3- Mengenai peranan Wahabi memecahbelahkan umat Islam di Malaysia-lihat Amanat Tuan Guru Hj Hadi dan lihat laporan yg pernah saya siarkan dalam blog ini mengenai Amata Tuan Guru Hj Abdullah Bin Sama'ah, Tok Guru Pondok Geting

Petikannya ada di sini

Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi.... |
Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.
... See More... See More
Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat islam berhati-hati dgn wahabi samaada pas atau umno..... takbir!!!!

4-Mengenai peranan wahabi membunuh banyak ulama ahlul sunnah wal jamaah boleh dilihat dalam artikel dan link blog ini . Salam

Anonymous said...

assalamualaikum saudr anak bukit gantang...

terlebih dahulu maafkan saya andai saya kelihatan seperti kurang maklumat berkaitan isu ini...

saya selalu juga membaca artikel2 oleh dr maza di website beliau...tetapi saya tidak terperasan pendapat dri tulisan beliau yg boleh menggelarkan beliau sebagai wahabi...

maka saya ingin meminta jasa baik saudr untuk menyenaraikan beberapa isu yg melibatkan pendirian dr maza sebagai wahabi...

hanya isu utama sahaja pon cukuplah kerana saya ingin mencari artikel yg menyebabkan masyarakat mengaitkan beliau sebagai wahabi...

sesungguhnya saya sangat tidak suka untuk melabel2 sesama saudara muslim sesuka hati...sebab itulah sy ingin tahu adakah benar2 dr maza ini berpendirian wahabi..sekian...

terima kasih...

pakcik said...

Salam semua,

maafkan saya mencelah sedikit.

sebenarnya, kita semua terkhilaf pada isu yg sangat penting, maksud saya, kita tersilap mengenalpasti musuh yg sebenarnya.

Musuh yg sebenarnya ialah Yahudi, dgn pelbagai organisasi spt Freemasons, Illuminati, Global Elite dsb. tentu sekali puak2 ni mendapat nasihat dan konsultasi Iblis laknatullah.

Dan ada bukti sejarah Freemasons telah mensponsor golongan wahabi utk menghancurkan Islam dari dalam.

Malang bagi golongan2 dlm wahabi yg tak sedar tentang ni dan ikut membabi buta 'syeikh'2 mereka mcm Albani, Rasul Dahri, Maza dsb (kemungkinan pemimpin2 mrk ni pun tak sedar yg mereka sdg menjadi 'kuda tunggangan freemasons).

Pada saya pemimpin PAS spt Nik Aziz dan Hj Hadi memang dipengaruhi Wahabi peringkat awalnya (masa muda-muda, maklumlah darah masih panas), tapi akhir2 ni alhamdulillah nampaknya mrk telah berada di jalan ASWJ arus perdana.
Sama spt Pak Hamka yg juga kuat pengaruh wahabi pada mulanya, akhirnya insaf dan mencintai tasawuf di akhir hayatnya..

Jadi pada saya, kita pecahkan sentimen parti dan bangsa di sini. bersatulah menentang musuh kita yg nyata-yahudi dan iblis dan keturunannya..

wallhua'lam

Anonymous said...

Wahabi tu 'ejen' yahudi. sama lah dengan firqah-firqah yang lain, kecuali ahlul sunnah wal jamaah. Yang dikatakan ejen yahudi bukan bermaksud ejen yang biasa kita dengar tetapi bermaksud mereka itu terpengaruh dengan doktrin ciptaan yahudi dan memperjuangkannya.

Anonymous said...

".......Mereka yang memperjuangkan ideologi itu adalah dikeranakan ada kepentingan diri, yang mungkin ada perkara pada dirinya yang tersilap, tapi apabila menggunakan hujah dari ideologi itu dirinya kelihatan betul dan baik........."