Saturday, February 6, 2010

Bila enjin jet hilang ....

Pelik tapi benar,

Bila enjin jet hilang heboh satu Malaya harga enjin jet puluhan million....diberitakan ianya sekitar RM 50 million....hatta ada satu akhbar perdana telah membesarkan harga enjin jet...dari harga sebenarnya .........yang diketahui akhirnya hanyalah berharga M 300,000 + setiap satu unit

Kredibiliti akhbar dah jadi liabiliti, kerana dakwaan didapati menyimpang....
Malah bagi mereka yang belajar akauntansi atau kewangan pon tahu bahawa atas faktor susut nilai (depreciation) harga semasa enjin jet adalah jauh lebih rendah dari harga waktu enjin tersebut dibeli sepuluh tahun lalu!

Harga sesuatu item yang mengalami wear and tear akan mengalami susut nilai setiap tahun. Ini kerana item tersebut sudah tentu mengalami proses rosak, lusuh dan memerlukan pembaikan. Dari segi performance pula item atau enjin tersebut tidaklah dalam keadaan terbaik sebagaimana sewaktu ianya mula dibeli......

Ini amat berlainan dari harga harta tanah (real estate) atau emas yang mengalami appreciation atau kenaikan nilai . Itu sebab amat munasabah untuk melaporkan harta tanah bagi kawasan perumahan elit yang boleh naik nilainya 150% ataupon lebih dari harga asal yang dibeli puluhan tahun dulu

Contohnya sesiapa yang membeli rumah semi D di Tropicana pada tahun 1998 akan beruntung kerana harta tanah di tempat tersebut telah melambung tinggi ......nilaian semasa harga rumah bagi Semi D di Tropicana sekarang mencecah RM 800,00 sehingga 1 juta berbanding RM 200,000 + waktu kawasan itu mulai dibuka 12 tahun lalu

Oleh itu saya tertanya kenapa fakta yang salah diberikan oleh satu akhbar arus perdana tersebut? Adakah dalam akhbar tersebut juga sudah menyusup musuh dalam selimut yang sengaja nak menjatuhkan kredibiliti Kerajaan hari ini?

..........................................................................................................
Kambing Hitam atau ada gerakan hitam dalam ATM?

Selepas itu wujud pula gesaan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kehilangan enjin jet tesebut..malah ada beberapa pihak tak puas hati dan mengatakan 2 orang yang ditangkap hanyalah kambing hitam!

Pada tika ini akhbar pro pembangkang beriya mengatakan 2 orang yang dibicarakan tersebut hanyalah muka depan (front ) kepada tali barut sebenarnya.

.........................................................................................................
Bahana budaya menuduh dan pemikiran sempit akhbar

Minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai adanya maklumat pertahanan negara yang bocor kerana ada pemberi maklumat dari dalam ATM sendiri. Maklumat tersebut diberitakan bocor ke tangan Attache Pertahanan kedutaan negara tertentu.

Dari dulu lagi saya dah jangka enjin jet yang hilang kerana ada unsur subversif dalam ATM....

Saya ingin menarik perhatian pelajaran yang boleh kita dapati dari hilangnya jet pejuang Mesir semasa peperangan dengan Israel pada tahun 1960-an dulu.

Dengan mempelajari dari sejarah kita tahu bahawa Mesir kalah perang dengan Israel kerana pihak musuh dah dapat menjangka kapasiti kekuatan pertahanan negara itu.

Saya ingin bertanya sejauh manakah kesetian pembangkang untuk Malaysia? Kenapa tiada suara gesaan dari pihak pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau siasatan dalaman ATM bagi menyiasat perkara tersebut?

Atau adakah pembangkang sudah bersekongkol dengan kedutaan negara tertentu untuk melemahkan pertahanan Malaysia dari dalam..melalui media dan unsur subversif dalam ATM?

Ingatlah pembangkang bukan setakat membangkang, tetapi mencadang alternatif yang lebih baik supaya kepimpinan sedia ada sentiasa berinovasi untuk berdaya saing..jika pembangkang menjadi penjahanam lebih baik usah ada pembangkang!



No comments: