Sunday, February 7, 2010

Akta Pembangunan Petroleum 1974 bukan satu satunya rujukan untuk Kelantan menuntut royalty petroleum

Datuk Hafarizam dipetik oleh Berita Harian berkata "Hak Kelantan mendapat royalty minyak perlu dikaji dari pelbagai peruntukan undang-undang"

Undang -undang yang terlibat adalah seperti berikut:

1- Perlembagaan Persekutuan

2-Kanun Tanah Negara

3-Peruntukan Seksyen 4 Petroleum Development Act (PDA) /Akta Pembangunan Petroleum 1974

4-Ordinan Kuasa Kuasa Perlu Darurat 1969

5-Akta Pelantar Benua 1966

6-Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UCHLOS)

Untuk berhak menuntut royalty, telaga minyak yang dicarigali dan didapati mengeluarkan minyak PERLU BERADA DALAM KAWASAN 3 BATU NAUTIKA DARI PERSISIRAN PANTAI KELANTAN bagi LAYAK ditafsirkan sebagai BERADA DALAM KAWASAN PERAIRAN NEGERI

Jika telaga minyak didapati keluar dari 3 batu nautika, iaitu melebihi 150 km sehingga 200 km ianya dikira sebagai berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (maksudnya berada dalam perairan Malaysia dan royalty layak dikutip oleh Kerajaan Persekutuan)

Baca penjelasan Datuk Hafarizam yang menyeluruh di sini

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100206235555/Article/index_html

Oleh itu wajarlah bagi semua pembaca menghormati undang undang dalam negara dan antarabangsa yang berkaitan serta mengkaji implikasi undang undang sebelum mengambil sesuatu tindakan demonstrasi ataupon menyaman Kerajaan Persekutuan hanya kerana penterjemahan undang undang yang sempit. Tindakan tersebut bukan sahaja mengaibkan kita tapi akan hanya menjatuhkan maruah kita sebagai bangsa yang bertamadun.

No comments: