Monday, December 7, 2009

doa pecah perut - bukti wahhabi mengganas lagi!

Bila saya melihat sendiri "video doa pecah perut" ke atas DS Najib barulah saya bersedia untuk menulis artikel ini. Ciri-ciri bahawa seseorang itu wahhabi telah dinyatakan dalam artikel saya sebelum ini...malah sekarang makin ramai yang mengakui bahawa mereka bermahzab Shafie sedangkan menjalankan fahaman wahhabiyah mereka.Semoga Allah melindungi kita dari terpesong akidah oleh fahaman yg jelas celaru ini!

Perjuangan ahlul sunnah wal jamaah sedang bermula dan buktinya beberapa guru pondok ahlul sunnah wal jamaah-contoh seperti Tok Guru Ayah Lah, Ahli Majlis Tertinggi (AMT ) Persatuan Ulama Pondok Kelantan telah bangkit untuk menentang "kekeliruan" yang dilakukan oleh seorang "tok guru" politik di Kelantan. Begitu juga tindakan JAIS sebenarnya adalah untuk membendung kefahaman wahhabiyah di Selangor yang semakin marak semenjak PR berkuasa di Selangor-sila rujuk beberapa forum neutral mengenai perkara ini! Beberapa blog juga telah bangkit untuk menerangkan perkara kekeliruan ini supaya umat Islam di Malaysia tidak terpesong akidah!

Tujuan sebenar artikel ini ditulis untuk menyedarkan pembaca mengenai keganasan mereka yang berfahaman wahabiah ke atas umat Islam dari ahlul sunnah wal jamaah. Bahawasanya keganasan mereka sudah menjadi darah daging dan sebenarnya menjadi sejarah wajib Wahhabiayh sebagaimana 2 tanah haram dirampas dari umat Islam ahlul sunnah wal jamaah.

Saya mempunyai seorang kenalan turki yang berniaga dan menjadi kontraktor di Malaysia. Jadi dari dia saya mengetahui bahawa datuk beliau adalah salah seorang yang mati shahid di Madinah kerana mempertahankan 2 tanah haram iaitu Makkah dan Madinah dari fahaman wahhabi.

Lanjutan itu saya membuat beberapa kajian dan beberapa biografi peribadi ulama ada menerangkan keganasan wahhabiyah ini yang mana buktinya dipanjangkan dalam artikel di bawah.

http://al-ghari.blogspot.com/

Bila dikaitkan fahaman Wahhabiy dengan fahaman pengganas tentu beberapa pihak berkecil hati. Lantas, hati mereka meronta-ronta menunjukkan simpati kepada fahaman ini. Tetapi apabila kita merujuk sejarah, kita dihidangkan dengan peristiwa yang amat menyayat hati. Iaitu peristiwa pembunuhan kejam Wahhabiy ke atas tentera turki Uthmaniyyah, pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan penyembelihan ulamak.

Walaupun butiran fakta dari Turki dan Arab Saudi sukar didapati, namun para alim ulamak yang menyelami peristiwa berdarah ini merekodkan sejarah hitam berkenaan dalam biografi peribadi mereka. Sebagai tatapan, renungan dan pengajaran buat semua : betapa bahayanya Ekstremis Agama.
Terdapat beberapa fakta sejarah tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abdul Wahhab dan kroninya Muhammad Bin Suud. Setelah kedua tokoh ini kembali kerahmatullah. Legasi pelampau Wahhabiy diteruskan pula oleh anak-cucu-cicit mereka dengan pendekatan yang sama. Bahkan lebih dahsyat dari mereka berdua. Semasa gerakan Wahhabiy menyerang Kota Thaif, Makkah dan Madinah, golongan ini melakukan jenayah perang dengan membunuh dan menyembelih para alim ulamak dan umat Islam yang menentang mereka. Antara ulamak yang dibunuh gerakan Wahhabiy adalah seperti berikut :


1- Mantan Mufti Makkah yang bermazhab al-Syafi'ie iaitu Syeikh Abdullah Zawawi. Beliau telah disembelih dengan kejam dihadapan rumahnya sendiri oleh kumpulan pengganas Wahhabiy. Atas alasan mantan Mufti ini bertanggungjawab membenarkan umat ini melakukan kegiatan syirik secara berleluasa.


2- Syeikh Abdullah Abu Khair al-Qadhi juga turut dibunuh oleh tentera Wahhabiy kerana dituduh bersekongkol dengan Mantan Mufti dalam menganjurkan kesesatan dan kesyirikan.
3- Syeikh Jaafar al-Syaibi dan beberapa ulamak lain juga dibunuh dengan kejam oleh puak pengganas Wahhabiy. Kononya ulamak ini menganjurkan bid'ah, sesat dan khurafat dalam masyarakat.

Peristiwa ini telah direkod berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M. Fakta berhubung kekejaman Wahhabi ini boleh di dapati dalm kitab sejarah yang berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan As-Sayyid Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa'iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad : Iraq, cetakan 1345H.
Bayangkanlah, jika mereka sanggup menyerang dua kota suci semata-mata mabukkan kuasa politik dengan membunuh ulamak dan umat Islam..maka siapakah kita dihati mereka?Jika dilihat kepada kronologi Jamaah Islamiyyah (JI), Abu Bakar Basyir, Abdullah Sungkar, Azhari Husin, Nordin Mohd Top dan lain-lain juga menggunakan metod yang hampir sama untuk merealisasi fahaman mereka. Dan tidak mustahil jika golongan ini menguasai tampuk pemerintahan negara, mereka akan menggunakan prinsip 'divide and rule' yang sama sebagaimana Syeikh Muhammad Wahhab. Iatu berjihad hanya menggunakan senjata walaupun melibatkan pertumpahan darah umat Islam. Nau'zubillah min dzalik.

Sejarah hitam ini juga menyebabkan 'pendakwah Wahhabiy' takut untuk digelar Wahhabiy. Lalu mereka mencari pelbagai jenama untuk logo perjuangan mereka. Maka lahirlah : Salafi (SalahPi) Salafiyyah, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Golongan Sunnah, protaz, kaum muda, Muslim Progresif dan macam-macam ada. Nasihat saya, anda tak perlu keliru dengan jenama. Sebaliknya anda perlu fokus kepada intisari fahaman dan pemikiran mereka.

Setelah anda dihidangkan dengan fakta ilmiah tentang kekejaman Wahhabiy..apakah anda masih simpati kepada golongan ini. Soal rasa..lidah tak boleh bohong. Soal fakta..anda perlu terima dengan terbuka. Anda tidak perlu fanatik dan bertaqlid buta. Sebaliknya..anda perlu sedar bahawa Islam sesekali tidak mengambil kebenaran dengan kekerasan. Jika pada pendapat anda sesuatu hukum itu adalah bid'ah sesat, syirik @ khurafat..mungkin masih ada pendapat ulamak lain yang menghukum bertentangan dengan anda. Jika ketentuan hukum dibuat berdasarkan ijmak..kita sepakat mengiyakannya. Fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk Islam dan umatnya. Wassalam.


5 comments:

Rhino Rin said...

I think we should repeat this doa. J.Jun, this is my way of saying amiin.
By your Name O Allah, please accord divine assistance to the meek.
By your Name O Allah, please cloud up the ways of DAP the gog and magog of my country.
By your name O Allah, please plug up the conduits of DAP the gog and magog of this land.
By the Name of Allah the god of all Messiahs and Prophets may your deceptions falls on you yourself O DAP the gog and magog of this nation.
By the sovereignty of your most Excelent Names O Allah may DAP the gog and magog of this soil be crippled, disabled or paralyzed.
By the Greatest of Your Names, please stop this DAP, this scourge, these sons of gog and magog.
Amein.
-----------------
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan diri.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... gelap seluruh sudut mu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP Juj Ma'juj Malayusia.

Dengan Nama Tuhan bagi sekelian Nabi dan Rasul a.s.w.s.; perdaya dirimu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Demi keagungan Asma-u-lhusna Mu, Engkau lumpuhkanlah DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan haq Ismul 'Adzam Semuga Allah sekat segala jalan DAP Juj Ma'juj Malaysia

pakcik said...

"Everything (that exists) will perish except His Holy Face"-Holy Quran;28:88

Ingatlah amaran/pesanan Allah dalam ayat di atas.

Sesiapa yg tak mengenal-Nya, tidak fana' dlm Wajah/Zat-Nya..akan musnah binasa.

wallahua'lam

Anakbukitgantang said...

Salam

Tuan Rhino Rin,

satu doa yang sepatutnya semua orang Islam amalkan - jika sayangkan akidahnya dan perpaduan Islam

Tuan "Pakcik"

Peringatan yang amat baik. Muhasabah diri sendiri senantiasa.

Rhino Rin said...

Salam Tuan AnakBukitGantang,

Ketika itu saya merasa cemas akan nasib bangsa dan negara ... hingga terlupa memberi salam. Harap ampun dan maaf.

Kalau tak silap saya Bukit Gantang Perak adalah masyhor kerana pondok-pondok pengajiannya. Ramai ulama'-ulama' besar negara bertunas dari sana.

Salam juga kepada Tuan Pakcik;

Ungkapan tuan "wa likulli haalikun illa wajhah ..." mengingatkan saya kepada kepada seorang pakcik yang pernah saya dampingi, yang pernah membimbing orang ramai pada JalanNya dan ...

Ungkapan penutup pakcil itu amat menggerunkan ... ya ... illa wajhah.

PUTRA MERDEKA said...

salam,
terima kasih atas posting yang berguna bagi menambah kekuatan untuk menolak fahaman sesat wahabbi ini