Monday, December 28, 2009

amalan politik sihat vs. urustadbir cekap

Saya membaca beberapa komen mengenai MB Kedah Datuk Azizan mengenai cara berpolitik beliau dalam blog Mummy Rokiah dan Yeop Perak

Alhamdulillah beliau tidak terikut-ikut gaya politik tidak sihat Pakatan Pembangkang. Dari isu menganyang TH Hadi kerana isu Unity Government, kepada isu menganyang Nik Aziz mengenai kronisme anak beranak -menantu - anak sedara dalam PMBK dan tajaan Haji sehingga kepada isu BTN, beliau dilihat berdiplomasi dan mengamalkan budaya berpolitik berhemah berbanding MB Pakatan Rakyat lain yang dilihat amat celaru dari segi urustadbir imej politik mereka.

Pun begitu, ada beberapa jenis urustadbir yang perlu diambil kira, selain dari urustadbir politik ( menangani persepsi pengundi). Urustadbir yang lebih penting ialah urustadbir aset dan stakeholder negeri Kedah.

Walaupun beliau dilihat berjaya mengekalkan imej bersih dari segi politik, namun urustadbir aset dan stakeholder negeri seperti balak, air , ekonomi dan pengurusan bencana ke atas rakyat masih dinilai amat tidak cekap.

Mungkin Kerajaan Negeri tiada sumber wang kerana wakil rakyat asyik sibuk di pentas ceramah bukannya sibuk memikirkan bagaimana nak memajukan dan mensejahterakan rakyat negeri agaknya.

Terkini adalah penafian pihak pengurusan Negeri Kedah mengenai bantuan kepada mangsa tsunami.

Rakyat kenalah pandai menilai, yang mana political management dan yang mana well being management (urustadbir stakeholder negeri) . Jika nasi sesuap atau atap tempat berteduh tiada, apakah masih baik good political management tersebut? Bila menilai seseorang pemimpin atau party, bersiap sedia jangan mudah terpengaruh dengan "halo effect" hanya kerana beberapa perkara yang dilihat baik kepada seseorang pemimpin.

What seems right might not be the best.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

2 comments:

pakcik said...

Benar, rakyat tidak harus terpedaya.seperti juga rakyat tidak harus terpedaya dgn 'kebaikan' dan 'jasa' BN kpd rakyat. kerna harus dibezakan BN (sebagai parti) dan sebagai kerajaan pemerintah. apa pun parti yang memerintah, pembangunan wajib dijalankan kpd rakyat-dan BN tidak harus meng'credit' jasa itu kpdnya.sama sekali tidak.ini modal basa basi pilihanraya.

anakbukitgantang said...

ehmm, apapon rakyat perlu lebih bijak memilih antara yang menjalankan tadbirurus dengan baik dari yang asyik berpolitik- bosan lihat politicking tahap terlampau di Selangor kan?