Mula mula pinggirkan dan halau umat Islam dengan meletakkan elemen yang tidak boleh diterima umat Islam iaitu babi dan kuil . Lepas ni bina lagi satu gereja lebih besar dari Pusat Konvensyen di Bukit Jalil. Jika menang PRU13, akan adakah tragedi rampasan masjid dan ethnic cleansing terhadap umat Islam di Malaysia? Jadikan tragedi Bosnia dan Palestin sebagai pengajaran dan ingatan kepada umat Islam di Malaysia.
Pada hari ini saya bangun dengan berita sedeh yang dipaparkan di crawler tv, pemerintah zionist Israel berkeras untuk membina penempatan haram di Tebing Barat yang ditakluki pada tahun 1960-an.
Saya dapat melihat secara ironisnya perkaitan yang menyeramkan yang melibatkan umat Islam di beberapa penjuru dunia yang berbeza- iaitu usaha meminggirkan umat Islam melalui penempatan haram bagi meneruskan Agenda Tersembunyi. Rujuk link artikel terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/ramalan-para-wali.html atau rujuk makluman dari rakan blogger di sini http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/09/konspirasi-dunia-codex-alimentarius.html dan di sini http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/09/zaman-kegelapan-islam-dan-ketibaan-era.html
Di wilayah yang dijajah Zionist, pemerintah telah bercadang untuk membina penempatan baru bagi kaum pendatang Yahudi di Tebing Barat. Walaupun telah mendapat tentangan masyarakat antarabangsa, pemerintah zionist berkeras mahu membina penempatan haram itu.
Di Malaysia, belumpun menang majoriti di parlimen, proxy mereka dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sudah berura ura hendak memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23 juga, walaupun mendapat bantahan penduduk majoriti Islam di Shah Alam.
Soalnya, kenapa Seksyen 23 yang menjadi pilihan? Umum melihat penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional tempohari adalah yang terbaik. Penyelesaian itu melibatkan memindahkan kuil yang telah menceroboh tapak tanah surau yang diwakafkan di Seksyen 19 ke Seksyen 22.
BAGAIKAN ADA AGENDA TERSEMBUNYI, KERAJAAN BARISAN NASIONAL KALAH DALAM PRU 12 DI SELANGOR. KESEMPATAN INI DIGUNAKAN OLEH EXCO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGUBAH KEPUTUSAN YANG DI BUAT DENGAN MENEMPATKAN KUIL TERSEBUT DI KAWASAN MAJORITI MELAYU -ISLAM!
Malah setelah mendapat bantahan keras dari penduduk, MB Khalid masih berkeras untuk meletakkan asas kuil di Seksyen 23. Rujuk berita lanjut di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Sudah jatuh ditimpa tangga, penduduk kawasan perumahan yang terlibat dalam demonstrasi " kepala lembu" tempoh hari akan dikenakan saman menurut Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail.
Wahai pemimpin Malaysia yang dihormati. Lihatlah isu utama di dalam perkara ini. Isu pokok ialah penempatan kuil di Seksyen 23. Kenapa seksyen tersebut dipilih? tidak bolehkan dibuat penyelesaian terdahulu yang mana asalnya telah dipersetujui oleh pentadbiran kuil untuk menepatkan kuil tersebut di Sekseyn 22?
Kenapakah tindakan yang diambil berat sebelah? Jika tindakan di ambil keatas penduduk Seksyen 23, kenapa tindakan yang serupa tidak diambil ke atas Nizar & The Gang yang terang menghasut rakyat Malaysia membenci Sultan Perak? Malah jelas ada gambar dan e mail cercaan rakyat sebagai bukti! Apakah ceramah politik dan cercaan dalam masjid dalam bulan puasa oleh Nizar & The Gang di Tambun,Ipoh tak cukup jadi bukti pendakwaan? Kenapa tidak ambil tindakan lebih tegas di atas AKTA HASUTAN ke atas bekas Speaker Kerajaan PR Perak Sivakumar yang terus terusan menghina Sultan Perak dengan menganjurkan Sidang Dewan Tanpa Perkenan DYMM Sultan Perak?
Apakah Seksyen (4)(1) Akta Hasutan hanya boleh digunapakai jika ugama lain yang dicerca, tapi didiamkan jika ugama Islam yang dihina?
Kenapa tidak ambil tindakan ke atas orang kuat di belakang Pakatan Rakyat yang menganjurkan seminar memeluk Islam anjuran Majlis Peguam? Malah jika nak bukti ada gambar dan itenerary program sebagai bukti!
Pada hari ini umat Islam di Malaysia sesungguhnya terpaksa menerima realiti pahit kerana perpaduan umat Islam telah pecah. Akibatnya satu satunya penentu kuasa politik Islam di MALAYSIA telah dilemahkan oleh DAP dengan liciknya, dari dalam UMNO diserang bertubi tubi dengan krisis demi krisis dalam MCA mahupun MIC-seolah oleh telah di synchronised oleh pihak tertentu. Di luar pula PAS tidak berdaya menangani isu yang kecil seperti rasuah, arak , karaoke dan penempatan kuil di Selangor, arak, karaoke, pemberhentian pekerja kilang di Pulau Pinang, isu balak, babi dan perempuan simpanan (keruntuhan moral pemimpin PR) di Kedah dan isu sosial, kemiskinan tegar, penularan fahaman Wahhabi di Kelantan! Fahaman Wahhabi inilah yang menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah akibat tuduhan kafir mengkafir kerana berbeda pendapat dengan mereka?
Sebenarnya pemimpin UMNO pada tahap ini sudah mencapai kemenangan moral berbanding pemimpin DAP, PKR dan PAS . Bagaimanapun untuk ADIL, sila ambil tindakan atas AKTA HASUTAN yang sama ke atas mereka yang telah menghina orang Melayu dan umat Islam, jelas bukti terlalu banyak untuk didiamkan!. Saya sayangkan UMNO, UMNO MESTI BERTINDAK WAJAR DAN ADIL BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA! Saya tidak mahu kehilangan kepimpinan UMNO dan BN dalam PRU13 jika isu ini tidak ditangani segera.
No comments:
Post a Comment