Wednesday, June 17, 2009

SINDROM PUKUL ANAK SINDIR MENANTU DALAM PAS

Terkedu.....itulah reaksi pertama saya bila terbaca komen TGNA mengenai perpaduan umat Islam di Malaysia. Apatah lagi bila telah wujud tanda tanda positif Perpaduan Umat Islam dari kedua-dua pihak sama ada UMNO atau PAS , iaitu dua parti politik dominasi orang Melayu di Malaysia nak berpadu....., pengumuman DS Seri Najib dan kemenangan team Ulama semasa Muktamar PAS telah membuka semula harapan ke arah perpaduan umat Islam di Malaysia.


Bagaimanapun, di saat umat Islam mula bergerak ke arah perpaduan Ummah, ada pula kuasa yang menahan. Lebih mengejutkan kerana yang menahan itu bukannya ahli biasa PAS, tetapi Tuan Guru Nik Aziz! Impaknya umpama sebutir meteorit telah jatuh menimpa bumi.......maka bertanyalah orang-orang biasa, ada apa alasan untuk menahan sesuatu yang murni itu. Apakah sebabnya dan siapakah dalangnya ?


Pepatah Melayu ada mengatakan pukul anak sindir menantu...adakah ini yang berlaku bila Ustaz Nasharudin diminta keluar PAS dan masuk UMNO kerana menyokong PERPADUAN UMAT ISLAM.


Semua orang tahu, Timbalan Presiden PAS , Ustaz Nasharudin , ialah orang kuat Tuan Guru Haji Hadi. Adakah beliau telah dijadikan korban (sacrificial lamb) untuk melemahkan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi atau sabagai tanda amaran kepada UMNO bahawa perpaduan umat Islam tidak wajar dibuat? Tambahan lagi team Ulama yang menyarankan Perpaduan telah menang besar dalam Muktamar PAS baru-baru ini..... Apakah telah ada orang-oran yang rasa kedudukannya terancam dalam PAS, ataupun adakah rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat kurang senang dengan perkembangan terkini ini? Apa yang telah terjadi sebenarnya di dalam PAS?

Apakah yang terjadi ini juga disebabkan ahli-ahli PAS SUDAH MULAI DIBUAI KEMEWAHAN DUNIAWI...almaklum, kemenangan di beberapa buah negeri dalam PRU12 telah membuka era baru dalam PAS.....kesenangan, pangkat, darjat....

Maka mahu apa lagi untuk PAS bekerjasama dengan UMNO dalam isu perpaduan umat Islam yang melibatkan isu ugama, pendidikan, usaha atasi kemiskinan tegar yang paling banyak di kalangan umat Islam dan memastikan penguasaan kuasa penentu undi politik dari kalangan umat Islam......? Bukankah sudah cukup kesenangan, kemewahan dan kemenangan yang telah dikecapi sejak PRU12?

Maka jika inilah persepsi ahli PAS masa kini, dan ianya merefleksi apa yang sedang berlaku, PAS sebenarnya telah alpa dek kerana dibuai mimpi nan indah....


Fenomena ini nampak jelas bila ahli-ahli PAS dah mula pandai meminta -minta "upah", "penghargaan" dan imbuhan -imbuhan lain semasa PRK Bukit Gantang yang baru berlalu.

Jika benarlah telahan saya dan pergolakan yang berlaku dalam PAS disebabkan isu kesenangan instant, dan perpaduan umat Islam diketepikan demi kepentingan peribadi, maka ini adalah hari yang paling malang bagi umat Islam di Malaysia.

Kita telah kesuntukan masa, kerana satu-satunya kuasa yang masih tinggal, iaitu kuasa politik perlahan-lahan telah terhakis dengan wujudnya sifat tamak dan pentingkan diri sendiri demi mengejar kemewahan duniawi.


Oleh itu, saya ingin menyeru semua blogger yang menyokong perpaduan umat Islam untuk meletakkan slogan menyatakan sokongan ke atas perpaduan umat Islam di Malaysia.

Biarlah detik-detik perpaduan umat Islam itu dimulakan dari peringkat umbi dan merebak ke atas seperti bottom up management. .... kerana ianya lebih kukuh dan tahan lama. Biarlah kita mulakan dengan berbaik-baik sesama umat Islam tak kira apa pegangan politik di kampung-kampung, taman perumahan, institusi pengajian tinggi dan pergerakan NGO. Biarlah perpaduan umat Islam ditunjukkan dengan sependapat dalam isu penting umat Islam..sosial,politik,ekonomi!

Sebaiknya dalam memperjuangkan perpaduan ini, kedua-dua pihak hendaklah ikhlas, supaya usaha ini dipermudahkan Allah.

Salam ukhuwah dari saya kepada semua saudara seIslam.

http://www.anakbukitgantang.blogspot.com/







2 comments:

ISAC said...

Salam,

Adakah pemimpin2 & ahli2 Pas yang pro TGNA lebih rela membiarkan perpecahan Melayu/Islam di negara kita ini berpanjangan?

Mudah2an hati mereka terbuka untuk berdamai dan bersatu...Buangkan lah yang keruh dan ambillah yang jernih...

Kita tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang ibarat biduk lalu, kiambang bertaut. Ditambah pula dengan keimanan di dada perkara tersebut X mustahil...

Cuma sekarang semua pemimpin perlu berlapang dada...Perpaduan ini adalah baik untuk semua dan juga negara. Jestru itu jika selepas ini ada di antara tok2 menteri yang sediada, terpaksa digugurkan demi memberikan peluang tersebut kepada pemimpin2 dari parti Pas, terimalah dengan hati terbuka.

Contohilah persaudaraan yang dijalin sebegitu rupa oleh orang2 Ansar dan Muhajirin. Bukan sahaja harta yang sanggup mereka kongsikan bersama, tetapi bagi yang ada 2-3 isteri, mereka sanggup menceraikan satu dan dikahwinkan dengan saudara Muhajirin mereka.

Begitulah indahnya persaudaraan sesama Islam. Itulah sunnah Rasullullah s.a.w yang diajarkan kepada kita.

Allah Hu Akbar!!!!!!!!!

Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!

Anakbukitgantang said...

Sokong, umat Islam perlu bersatu!