Friday, January 20, 2012

4 tahun Pakatan di Selangor- lesen rumah urut karaoke, kedai arak mencecah 10,000!

Sebelum PRU12, modal utama PAS ialah menutup kilang Carlsberg di Shah Alam. Setelah 4 tahun memerintah bukan sahaja kilang bertambah besar, malah arak yg dahulunya tak boleh dijual kepada khalayak umum di Shah Alam kerana majoriti penduduknya Islam mulai dijual di kedai Serbaguna 7 Eleven. Malah Majlis Bandaraya Shah Alam  (MBSA) yang melaksanakan tugasnya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta yang diamanahkan dan diwartakan oleh Almarhum Sultan Selangor terpaksa mengembalikan  bebebrapa peti arak yang dirampas dari kedai tersebut.

Perancangan Bandaraya Shah Alam sebenarnya tidak membenarkan arak dan sebarang pusat hiburan dibina di bandaraya tersebut di bawah Pelan Struktur dan Pelan Perancangan Bandaraya Shah Alam yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pimpinan UMNO dan diwartakan dengan perkenan Almarhum Sultan. Sebab itu MBSA berani merampas arak tersebut dari dijual di kedai 7 Eleven,

Kronologi rampasan arak di Shah Alam di gerakan-anti-pkr.blogspot.

Berdasarkan Pelan Struktur dan Akta yang ada, MBSA telah mengadakan mesyuarat dan keputusan menghadkan penjualan arak telah lama dilaksanakan sejak  tahun 2008!

4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-



(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.

(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)

(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)




Setelah kontroversi rampasan arak, dan MBSA terpaksa memulangkan arak kepada 7Eleven,  PAS pandai bermuka dan memutar berita kononnya mereka yang "menghadkan" penjualan arak di Shah Alam  .malaysiakini

Ikuti lagi pendedahan mengejutkan dari mantan Menteri Besar Selangor mengenai jumlah lesen arak, judi, karaoke dan pusat hiburan -Kalau dulu sebelum PRU12 (2008)  jumlahnya DIHADKAN hanya sekitar 400 sekarang sudah mencecah 10,000 pada bancian terkini.

"Dalam tidak sampai empat tahun memerintah, Selangor kini dipenuhi oleh hampir 10, 000 rumah urut. Hampir 80 peratus daripadanya terutama di bandar-bandar utama Selangor, menawarkan khidmat urut berunsurkan seks.



Dalam masa pemerintahan Pas bersama sekutunya juga, jumlah kelab malam dan pusat hiburan bertambah berkali ganda serta tidak lagi tertakluk kepada peraturan operasi sehingga jam 1 pagi.


Dalam keadaan ini, sememangnya pemimpin Pas di peringkat bawahan tidak lagi mampu mengangkat muka kerana dakwaan mereka memperjuangkan pemerintahan Islam dan negeri ini sebagai "Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur" sejak pemerintahan Pakatan hanya meenjadi jenaka rakyat.


Jadi untuk mengelakkan ia menjadi bebanan politik dalam pilihan raya akan datang, Pas akan ke seluruh ceruk desa dan kampung menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerusi mereka kecil dan tidak lagi memegang potfolio agama. Dengan cara ini mereka akan cuba menyucikan diri mereka di kalangan pengundi Islam dan menggesa lebih banyak kerusi diberikan kepada mereka agar mereka lebih berkuasa daripada DAP dan PKR.


Kemungkinan kedua ialah Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak mahu EXCO yang menjaga hal ehwal Islam cuba menjadi wira orang Islam dengan mengadakan pemeriksaan dan serbuan ke atas premis-premis yang membabitkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya menimbulkan kemarahan kumpulan tertentu yang memberi sokongan kuat kepada DAP dan sebahagian calon PKR dalam pilihan raya lalu.




Saya tidak pasti sejauh mana benar, namun difahamkan sokongan kumpulan yang pro kepada rumah urut dan pusat hiburan lewat malam ini penting kepada DAP dan PKR dalam memenuhi tuntutan dana pilihan raya mereka dan juga rangkaian propaganda mereka di kalangan orang bukan Islam. Justeru perlantikan seorang lagi wakil Pas dalam menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini mungkin akan menimbulkan masalah seperti mana semasa Dr. Hasan Ali berada di dalam barisan EXCO


Dari sudut politik menjelang pilihan raya, nyatalah keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim ini menguntungkan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pas boleh cuci tangan mengatakan ia tidak mempunyai kuasa,dan jika benar seperti gosip politik mengenai hubungan DAP dengan tauke-tauke tertentu, maka DAP boleh terus bermaharajalela"-Dr. Khir Toyo drkhir.





No comments: