Thursday, October 7, 2010

Siapa bersalah dalam kes kematian 2 bayi di taska di Putrajaya


Jabatan Kebajikan Masyarakat dah berlepas diri dari diberikan tanggungjawab dalam kes kematian bayi, bukan sekali tapi 2 kali di Putrajaya (rujuk petikan di bawah)

Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah sebuah bandar terancang. Maksudnya segala kemudahan termasuk kemudahan penjagaan bayi dan kanak kanak telah dirancang. Semua kemudahan tersebut telah ada diperingkat perancangan namun dari segi pelaksanaan maseh banyak taska untuk tujuan komuniti belum dibina.

Setakat ini telah ada 3 taska untuk komuniti dibina oleh pemaju, beroperasi secara berlesen. Namun  sebab taska ini ditender oleh pemaju maka kos yang dikenakan pegusaha agak mahal bagi golongan berpendapatan sederhana di Putrajaya. Perkara ini diseimbangkan dengan wujudnya pusat asuhan dan taska di semua jabatan kerajaan yang mengenakan bayaran minima bagi kos penjagaan bayi dan kanak kanak.

Kewujudan taska dan pusat asuhan di kawasan perumahan di Putrajaya tidak pernah dirancang dalam Pelan Awal Putrajaya. Pun begitu kerana desakan pengusaha taska (yang merupakan masyarakat peniaga) dan juga kekangan taska dan pusat asuhan untuk komuniti yang kurang dan lambat dibina pemaju, maka Perbadanan Putarajaya selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan kebenaran sementara /langkah interim. Dengan itu pengeluaran lesen bagi taska dibuat dibawah Undang undang Kecil Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya 1999). Pon begitu, sepertimana PBT lain di Lembah Kelang, Perbadanan Putrajaya menetapkan Undang-undang dan Syarat seperti berikut :


Operasi pusat-pusat ini adalah tertakluk kepada pematuhan beberapa undang-undang yang berkuatkuasa di Putrajaya dan di Malaysia. Antaranya :


i. Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.

ii. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi Tadika yang mengguna pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

iii. Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi Taska.

Kebenaran bersyarat yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya ke atas Taska antara lainnya memerlukan pengusaha taska perlu  mematuhi  SYARAT DAN GARIS PANDUAN seperti berikut:

a- Pengusaha perlu mendapatkan sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengesahkan bahawa ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh jabatan tersebut telah dipatuhi.

b- Mempunyai lesen pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Perniagaan atau Syarikat.

c- Didaftarkan di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Seksyen 4.

d- Mematuhi syarat dan terma yang digariskan di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan.

e- Mendapatkan kebenaran (jika perlu) dari penghuni-penghuni rumah berhampiran jika premis yang dicadangkan untuk dijadikan pusat asuhan adalah dari jenis rumah berangkai.

f- Tidak dibenarkan membuat perubahan pada warna rumah atau premis bagi pengusaha yang menjadikan rumah persendirian atau kedai sebagai pusat asuhan.

g- Tidak dibenarkan mempamer apa-apa iklan perniagaan tanpa lesen iklan. Jika lesen iklan diberikan, syarat-syarat lesen hendaklah dipatuhi.

h - Membenarkan mana-mana pegawai Perbadanan Putrajaya yang diberi kuasa untuk memasuki premis perniagaan merika bagi tujuan pemeriksaan.

i - Mematuhi peruntukan Seksyen 78 dan dibaca bersama Seksyen 79 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berhubung kapasiti penghuni rumah.

j- Memastikan tidak berlaku kacau ganggu ke atas jiran terdekat. Kacau ganggu yang dimaksudkan termasuklah bunyi bising, kotoran dan sampah sarap dan halangan-halangan kepada lalulintas.

Kesemua syarat tersebut menjadi garispanduan kepada pelesenan tadika dan taska di Putrajaya melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan tahun 2006 dan diwartakan oleh Perbadanan Putrajaya dalam Rancangan Struktur (Bagi Kerajaan Tempatan Putrajaya) pada tahun 2009 (Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa).

Dari segi perancangan dan peruntukan perundangan, PBT sebagai agensi penguatkuasa boleh menutup taska dan mengarahkan ianya dipindahkan ke tempat lain jika didapti kawasan yang dipilih kurang sesuai dan menimbulkan kacauganggu kepada jiran /atau gagal mematuhi mana mana syarat dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.

Bagaimana pula dari segi penguatkuasaan taska dan memastikan semua taska yang beroperasi di Putrajaya mematuhi kesemua syarat di atas? Pemantauan berjadual oleh PBT  dulunya sering dilakukan. Tapi tak tahulah sekarang sebab lain padang lain belalang, lain dulu lain sekarang.

p/s Harap selepas ini jangan ada Timbalan Pengarah Perbadanan Putrajaya yang dikambing hitamkan sebab Pengarah berkenaan nak selamatkan diri . Sewajarnya kesemua komplen dan keresahan masyarakat peniaga di Putrajaya dijawab dan tindakan sama rata diberikan. Kejadian malang ini takkan berlaku jika tindakan dan pemantauan/penguatkuasaan dibuat atas dasar sama rata dan bukan pilih kaseh- Begitu juga pemberian lesen! Dengarnya peniaga kecil dari luar Putrajaya diutamakan dalam pemberian lesen penjaja sementara.....

---------------------------------------------------------------------------
"PUTRAJAYA 6 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.

Meme berkata, JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan.

"Oleh itu ibu bapa perlu lebih prihatin dan peka dengan memastikan menghantar anak-anak di Taska berdaftar bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ini memandangkan sejumlah 2,077 Taska di seluruh negara dikesan masih gagal untuk mendaftar tetapi masih mendapat perhatian daripada ibu bapa. – Bernama "







































1 comment:

abu mohsein said...

gensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kuala Lumpur, Abdul Ghani Syamsudin Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia berkata, "Republik Islam Iran hari ini adalah wakil negara-negara Islam yang berada di barisan hadapan memerangi Zionis dan mustakbirin".

Syamsudin hari ini dalam wawancara dengan Agensi Berita Iran (IRNA) menyanjung pendirian Iran tentang Zionis dan kuasa besar beliau berkata, "Iran bertanggungjawab menjadi wakil seluruh negara-negara Islam dalam memerangi penjajah baru dan kuasa besar".

Beliau menegaskan betapa pentingnya semua parti politik negara-negara Islam berdiri mempertahankan Iran yang sedang menghadapi barat.

Mengenai Majlis Ulama Indonesia yang mempertahankan program nuklear Iran, Abdul Ghani Syamsudin memaklumkan, "Menuntut pengetahuan nuklear adalah hak bangsa Iran dan tidak ada siapa pun boleh menghalang hak bangsa ini".

Beliau menyifatkan pengetahuan nuklear sebagai ilmu baru yang boleh dimanfaatkan untuk membantu kehidupan manusia dalam berbagai bidang. Tambah beliau lagi, "Mempolitikkan pengetahuan nuklear jelas menghalang manusia memperolehi ilmu baru dan menunjukkan kemarahan penjajah barat".

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia ini menambah, "Iran berupaya melanjutkan program pembangunan tenaga nuklear hasil dari susah payah memperolehi haknya bersama tentangan dan ancaman barat".

Tokoh Malaysia ini mengulas bahawa kekuatan Republik Islam Iran yang gagah di mata dunia dan berkata, "Kuasa dan penghormatan ini diiktiraf oleh banyak negara dan bangsa di dunia hasil dari jerih payah negara ini berdepan dengan mustakbirin".

Beliau mengisyaratkan loji nuklear Zionis sebagai ancaman kepada manusia di seluruh dunia dan berkata, "Israel mempunyai senjata pembunuh yang besar. Aksi-aksi rajim ini dari zaman ia berdiri hingga kini menjadi ancaman terbesar buat seluruh lautan dan daratan negara Islam di rantau itu".

Abdul Ghani Syamsudin menambah, "Kepungan terhadap Ghaza dan pencerobohan di Lubnan adalah contoh kecil dari perseteruan politik rejim ini di rantau itu, namun tidak pernah aksi aggresif regim Israel ini mendapat kritikan Amerika".

Beliau menyifatkan pembentukan Israel sangat aneh dan berkata, "Matlamat pengasasan negara Israel ialah menguasai seluruh sumber negara Islam dan semua matlamat tindakan regim ini berlangsung sejak zaman berzaman hingga sekarang. Oleh itu sokongan seluruh parti politik Amerika yang menentang Iran dikeranakan khuatir ia akan menjadi ancaman besar kepada Israel".