Perhimpunan UMNO akan diadakan bermula Selasa ini. Isi SMS ini saya terima luahan hati akar umbi UMNO yang kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang.
Nampaknya para blogger dan fb user yang banyak menolong menerangkan polisi Kerajaan kepada umum. Jadi tiba masanya bloggers berkempen supaya mereka yang beri liabiliti kepada UMNO di "rehatkan"
Saya lihat trend sejak PRU12, kategori pemimpin lembik UMNO mempunyai kriteria berikut: 1-pemimpin UMNO yang tiada jatidiri almaklum lahir dalam keluarga kaya raya atau berketurunan bangsawan 2- banyak menghabiskan waktu remaja di luar negara dan lemah jatidirinya sebagai orang Melayu 3- pemimpin yang masuk politik untuk menjadi social climber...mereka inilah yang banyak membawa liabiliti kepada UMNO.
Kes 1-Cium keris minta maaf?
Pemimpin ini tidak ada jatidiri Melayu. Sejak jadi Menteri Amaran isu kalimah Allah, penghinaan Namawee gagal ditangani. Tapi jika melibatkan orang Melayu cepat pulak mereka dihadapkan ke mahkamah!Tambah geram bila cium keris boleh minta maaf. Maaf saya katakan elok sahaja balik rumah dan belajar bersilat dan hunus keris seperti lelaki gagah.
Kes 2- Al Menantunya Si Kitol Moden
Saya tak tahu asalnya dari Rembau NS atau dari Oxford London cuma bernasib baik diangkat jadi Al Menantunya selepas peristiwa accident melanggar kereta anak Mantan Perdana Menteri.. Tapi jika diikutkan Harpers Magazine, mungkin asalnya seorang model lelaki.... Tindak tanduknya selari dengan tindak tanduk pembangkang...nak musnahkan bangsa Melayu dan umat Islam. Siapa tak boleh lupa peranan terbesarnya meruntuhkan dominasi BN dari mendapat 2/3 majoriti dalam parlimen semasa PRU12. Cuma 2/3 hari ini baik sikit dan baru nak bangkitkan agenda Melayu. Ikut adat Sultan zaman dulu, si pengkhianat elok disula keluar dari jadi virus dalam Pemuda UMNO dan tapak istana serta khadam-khadamnya dihumban ke laut sahaja.
Kes 3-Tukang salak dari padang yang merengas
Saya tak faham seorang menteri tak berfotfolio yang tugasnya hanya menyalak dalam Parlimen.
Dulu semasa TDM memberi amaran kepada mantan Perdana Menteri, dialah tukang salak terhebat. Sekarang langkahnya sama dengan Si Kitol dan gaya hidup anak anaknya boleh dijadikan bahan kempen murahan pembangkang. Kepada tukang salak...masa awak telah tamat
4 comments:
Secara terus terang walau saya tidak berparti tetapi saya amat menyayangi perjuangan UMNO..kenapa saya tidak berparti??..sebab dua kali borang permohanan saya telah dihilangkan atau sengaja di tong sampahkan..semenjak itu saya bertekad tidak akan memohonnya lagi tapi memberi teguran dari luar,saya sekarang menjadi pengundi berhaluan tengah yg hanya menyokong pemimpin2 yg boleh membuat kerja bukan memangkah hanya kerana dia dari UMNO..ketika PRU12 saya tidak keluar mengundi kerana kecewa dgn pentadbiran Pak Lah dan meluat melihat Al menantunya yg berlagak spt pemimpin num 1.Saya sebenarnya menyahut sahutan TDM ketika beliau meminta org melayu berfikir jika mahu membuang undi ketika itu..kerana masih sayangkan kerajaan yang sedia ada sy tidak mengundi pembangkang cuma sy tidak keluar mengundi..
Setelah dua tahun berlalu lain pula ceritanya..MELAYU menjadi semakin lemah kerana tidak mempunyai pemimpin2 yg kuat spt zaman TDM..lembik dan tidak bersemangat spt lembu dicucuk hidung..ada yg lantang spt Nazri tapi BODOH setiap kata2nya menambahkan parah bukan membawa kebaikan..namun begitu dibawah pentadbiran DSN sudah ada angin perubahan tp bila melibatkan MELAYU DSN nampaknya kurang bermaya..sy sebagai orang MELAYU sebenarnya jauh hati dgn pemimpin2 UMNO sekarang kerana MENIKUS bercakap berdegar tp habuk pun tarak (bkn semua)...Ketua Pemuda yang ada langsung tiada kredibiliti hanya kerana dia menantu Pak Lah nasibnya baik yg selebihnya hanya AUTA..tiada gerak kerja MANTAP utk memperkukuhkan Pemuda diperingkat cawangan dan bahagian....Malang sungguh nasibmu MELAYU jika dari sekarang tiada kesedaran kuat dari pemimpin UMNO yang sudah ME'LAYU....sekadar mencatat apa yg terbuku dihati sy..maaf jika ada yg menyakitkan hati..
Najib tu pun nampak lembik juga. Beliau kelihatan tidak ada pendirian. Elok tolak Najib sekali. Perjuangannya macam selari dengan Anwar Ibrahim. Rasanya, dia mahu menyaingi Anwar dengan bertindak cara Anwar.
Salam, adakalanya yang lembut dan lembik pun kena ada baru seimbang bro, cuma yang lembut dan lembit dalam UMNO dapat jawatan TETAPI dalam PKR dapat batang.
salam ddin bunga..hehe tulisan saudara ada betulnya...selagi sy masih berfikiran waras tidak sekali2 utk sy menyokong DSAI kerana beliaulah pengkhianat dan penghancur bangsa MELAYU..sy sebenarnya sudah acap kali diajak oleh teman2 utk menjadi ahli PAS namun begitu kasih sy masih pada umno kerana jasa2 yg ditaburkan oleh TDM.Pernah sy katakan pada teman2 jika mereka dapat memberikan sy 3 perkara pokok yg mengatakan TDM tidak berjasa pada orang MELAYU dan mengkhianati perjuangan datuk nenek kita sy sedia menyertai mereka dalam PAS..sampai sekarang mereka tidak dapat memberi jawapannya..itulah TDM seorang pejuang bangsa MELAYU hati sy bagai dirobek2 bila ada dikalangan pemimpin umno yg memburuk2kan beliau ketika zaman Pak Lah dan menantunya berkuasa...Penghinaan yg diberi spt TDM tidak ada membuat jasa langsung...salah satu sebab org ramai tak keluar mengundi sbb mereka sakit hati TDM diperlakukan sedemikian dan salah seorangnya adalah saya..
Post a Comment