Showing posts with label tahaluf siyasi UMNO vs PAS. Show all posts
Showing posts with label tahaluf siyasi UMNO vs PAS. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Tuan Guru Abdullah Samaah haramkan undi DAP



Dengar penerangan Tahaluf Siyasi (kerjasama dengan kafir zimmi) yang dibenarkan iaitu UMNO-MCA-MIC-GERAKAN-PBS-PBDS berbanding tahaluf Siyasi (kerjasama dengan kafir harbi) yang tak dibenarkan iaitu kerjasama PAS-DAP-PKR



Sunday, July 29, 2012

Abby Abady vs Tuan Guru Abdullah Samaah, Ustaz Zamihan dan Ustaz Kazim Elias

Dari Hadis Sahih Bukhari


Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;
1- Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.";- [Musnad Ahmad, 3/220].
2-Kesilapan Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Qari Yang Fasik;
- Daripada Anas r.a.

Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).

3- Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;-

Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad).

4-Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-

Rasulullah s.a.w. telah  bersabda;-
 "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Lihat dan nilaikan kefahaman Islam Abby di sini

Bezakan antara Artis beraksi di pentas di Gereja di Subang Jaya dan Artis beraksi di pentas politik di sini;-


 
Dengar pula analisis Video The Arrival Bahagian 12 mengenai Penguasaan Minda menggunakan golongan Artis;-
"Artis dianggap golongan yang  bodoh  dan mereka hanya melakonkan skrip yang dibuat oleh Agenda Tersembunyi Illuminati"



Kenapa saya kata jalan Islam yang dipilih Abby adalah salah? Rujuk Kitab Imam Syafie mengenai fikrah mereka yang menjisimkan Allah/Wahhabi  iaitu golongan yang dipuja Abby sekarang. 

1) rujuk syarah ugama dari Ustaz Kazim Elias  mengenai sokongan kepada Islam yang bagaimana yang akan selamatkan umat Islam di Malaysia http://youtu.be/lBmNzGC0DWI dan

2)  isu yang sama dalam konteks ugama bersama dalil yang nas dalam Tahaluf Siyasi UMNO vs Pakatan Rakyat oleh Tuan Guru Abdullah Sammah An Najmi http://youtu.be/AFKtaNSuDG8    dan

3) huraian  kesesatan fikrah Wahhabi oleh Ustaz Zamihan  http://youtu.be/umHVx9b_6aQ.