Showing posts with label sabotaj. Show all posts
Showing posts with label sabotaj. Show all posts

Friday, July 1, 2016

Orang mati tidak boleh berbicara

Saya imbas kembali nahas helikopter Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB yang membunuh Tan Sri Yahya Ahmad pada  8 Mac 1997

Tan Sri Yahaya diberitakan membawa 2 bag berisi dokumen penting semasa nahas. Dari laporan polis , di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas. 

Mungkin anda rasakan ia tak pelek kan? 

Namun laporan inques mengatakan mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Malam sebelum nahas udara tersebut, Tan Sri Yahaya menghadiri Majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Tan Sri Yahaya juga pengerusi Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga diberi tender award untuk Transportation Lembah Klang. 
 
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.


Hari ini setelah berbelas tahun kejadian helikopter terhempas, dan pelancaran LRT bersepadu di Lembah Klang  yang mana kajian blueprint transportation bersepadu di Lembah Klang  dah dibuat lebih 15 tahun dulu, saya terpanggil bertanya apa ada dalam 2 bag dokumennya . 

Apakah jika 2 bag dokumen tersebut dijumpai selamat maka masalah trasportation di Lembah Klang akan lebih baik? Jika benar helikopter tersebut disabotaj, siapa pula yang merasa Tan Sri Yahaya sebagai saingan hebatnya sehingga berlaku nahas udara yang mengerikan tersebut. Siapakah bekas pelajar MCKK yang terasa sangat tersaing dengan Allahyarham Tan Sri Yahaya?

Rujukan- sini ,  sini dan sini



Thursday, November 11, 2010

APABILA BEKALAN AIR DIPOLITIKKAN RAKYAT AKAN MEMBERONTAK-ADA AGENDA SABOTAJ DISINI?

SYABAS tiada pilihan lain kecuali menyaman  Kerajaan PR Selangor sebanyak RM471 juta!

Setiap rakyat mempunyai hak mendapatkan air bersih adalah satu hak yang termaktub dalam Perkara 5 - Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 dan Konvensyen PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.



Di Malaysia , tanggungjawab mengurus  air negeri maseh di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebab itu Singapura mengadakan perjanjian bekalan air dengan Johor sehingga 2011 dan Kedah membekalkan  air ke Pulau Pinang dengan harga yang amat murah atas dasar kerjasama.

Selain itu mengurus tadbir sumber sumber aset negeri dan prasarana berkaitan bekalan air juga menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. atau agensi Kerajaan Negeri yang diswastakan kini iaitu SYABAS.

Mengelak Berulangnya Krisis Air

Sejarah krisis air di Lembah Klang bermula pada tahun 1997-1998 bila kawasan tadahan air kering kerana masalah berikut-

1- Kemarau panjang kerana gelombang El Nino
2- Monsoon Timur Laut dan Monsoon Barat Daya yang membawa
     hujan ke kawasan lain
3- pembalakan dan
4- pembangunan kawasan perumahan , termasuk kawasan
    setinggan  di kawasan tadahan air semulajadi.

Bagi mengelakkan berulangnya krisis air di kawasan Lembah Klang yang berkepadatan tinggi, maka Lembaga Urus Air Selangor  atau PUAS  (sekarang diswastakan di bawah SYABAS) ditubuhkan pada 24 Mac 1999. PUAS telah ditugaskan untuk menyediakan prasarana berikut-

Projek pemindahan air dari Sungai Selangor ke Empangan Sungai Tinggi (RM75.6 juta), projek pengindahan air dari tasik ke Empangan Semenyih dan Loji Sungai Langat (RM80 juta) serta projek pengurangan air tidak berhasil (RM17.1 juta). Selain itu kerja kerja pengambilalihan tanah bagi kegunaan  projek juga dijalankan.


Hak Rakyat Mendapat Bekalan Air Yang DiRawat Ditidakkan oleh Perubahan Landskap Politik Selangor

Konflik bermula bila pentadbiran negeri diambil alih pembangkang pasca  PRU12 (8 Mac 2008). SYABAS yang ditugaskan menyiapkan Phasa Akhir bagi projek tadahan air bagi bekalan air sudah dirawat ke lembah Klang menjelang 2014 diganggu oleh polisi PR Selangor WATER CRISIS 2014

Malah Kerajaan PKR Negeri Selangor mengganggu keberlangsungan projek dengan tidak bekerjasama dalam isu  pengambilan  alihan tanah bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi merawat air mentah yang disalurkan dari  Sungai Pahang    PROJEK AIR MENTAH 2014 untuk kegunaan penduduk lembah Klang (KL, Selangor dan Putrajaya ) . Projek ini   berkepentingan nasional, jadi dengan menidakkan   bagi tujuan mengganggu gugat ketenteraman awam di kawasan terlibat iaitu Selangor, KL dan Putrajaya!.

In the following excerpt The Minister Of Energy  Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin, saying Selangor is due for a water crisis by 2014 if the current state government under the Pakatan Rakyat continues to delay land approval for the Langat 2 treatment plant to be built. This plant is meant to treat raw water from Pahang.


Under the project which was approved by the federal government, the plant, costing RM8.65 billion, is to ensure supply for increasing water demand in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya until 2025. In a later statement, Chin said water usage was projected to grow by 2% to 3.5% annually, according to research by the Economic Planning Unit. He said demand for clean treated water would begin exceeding supply by the end of 2010. (Source: Delay in Langat plant: KL, Selangor, Putrajaya face water woes, -Bernama as quoted in The Star, 13 July 2010"

Siapa untung bila berlaku rusuhan ? 


Bila rakyat ditidakkan hak mendapat air yang telah dirawat maka ianya melanggar Perkara 5 - Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 dan Konvensyen PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.

Malah rakyat yang kecewa akan mencetuskan huru hara, keamanan negara terancam dan memberi peluang musuh negara masuk dalam politik negara. Perasaan kecewa rakyat akan meluap kerana pada masa yang sama Kerajaan PR  Negeri Selangor boleh pula meluluskan sejumlah 337.09 ekar hektar tanah untuk Projek Ladang Babi Mega, NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12),NO MTES : 2/18/2009  DOKUMEN LADANG BABI MEGA di Kuala Langat !

Artikel Utusan keluaran Ogos 2010 menjelaskan bahawa bila SYABAS dan Kerajaan Pusat dilihat "gagal"  menangani masalah penting, walaupon ia sebenarnya kerana mainan politik Kerajaan Negeri PR seperti artikel BERNAMA/Star 13 Julai 2010,  maka lebih banyak lagi dana, tenaga, masa dan  sumber yang perlu digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk melawan persepsi negatif sehingga akhirnya kerajaan yang ada tumbang dan di ganti proksi kuasa asing PSYCH OPS

Sewajarnya mereka yang mengganggu projek bekalan air berseh ke atas penduduk Malaysia di cop sebagai pengkhianat negara dan disumbatkan di bawah Akta ISA.  KRISIS AIR SUNGAI SEMENYIH


Bagi mengelakkan Pengurusan Air dan Tanah  yang selama ini  di bawah urustadbir Kerajaan Negeri dan telah dimanipulasikan demi tujuan  politik oleh Pembangkang, wajar ianya diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Air Kebangsaan ditubuhkan.

Berita penuh SYABAS saman Kerajaan Selangor RM471 juta di sini



KUALA LUMPUR 10 Nov. - Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.


Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama

Rujukan

- Utusan  Malaysia-Projek Air Mentah 2014 , 10 Nov 2010,     PROJEK AIR MENTAH 2014    
-Krisis Air Sungai Semenyih, http://smeh.tripod.com/gesungai.htm, oleh Abd Malek Abd Hanif  malekhanif@yahoo.com
-BERNAMA/STAR 13 Julai 2010
-UTUSAN- 10 Nov 2010
-Utusan PSYCH OPS   Ogos 2010
-http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/06/dokumen-ladang-babi-mega-selangor.html