Showing posts with label pentadbiran Islam. Show all posts
Showing posts with label pentadbiran Islam. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Tadbir tak lurus Kelantan- Tak habis dengan skandal Thames water sekarang Rowstead pulak

Kita alu alukan Kerajaan Negeri Kelantan membina prasarana kepada rakyat.
Jajaran Lebuh raya akan melalui hutan simpan Hutan Lipur Bukit Barau. Kayu balak dalam hutan tersebut hanya dapat ditebang jika ada projek yang boleh memanfaat rakyat. Soalnya rakyat yang dapat manfaat atau ahli politik???
Cuma nak tanya kalau kerajaan negeri boleh bagi RM65,000 buat wat Siam kenapa tak bagi RM 65,000 untuk Pondok Berangan naiktaraf perigi air berlumut dan kemudahan lain-sementelah bantuan Kerajaan Pusat yang dijanjikan TS Muhyideen dipaksa tolak atas sebab politik tempoh hari? Baca anakbukitgantang  SINI
Kalau mengambil konsep negara Baldatun Toyyibatun iaitu negara yang aman dan barkah sepatutnya pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan harus ada sifat sifat kepimpinan Rasulullah SAW iaitu:
1- SIDDIQ (benar dan tidak menipu),
2-TABLIGH (menyampaikan dakwah Islamiyah) ,
3-AMANAH (boleh dipercayai)  dan
4-FATONAH  (Bijaksana)  dalam menjalankan pentadbiran Islamnya!.
Kerajaan PAS Kelantan maseh belum berjaya menjawab ke mana perginya wang RM 600 juta yang dipinjamkan kepada Kelantan untuk naiktaraf projek bekalan air paip. Kegagalan projek bekalan air Kelantan dan syarikat Thames yang terlibat boleh dirujuk di Utusan  SINI
Keseluruhan hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat ialah 1.112 Billion sejak tahun 2006-2010. Rujuk jadual 4.33 di Kickdefella  SINI   atau jadual yang sama di bawah:
Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

 

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999
.


Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri a.k.a Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.






Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan. Rujuk berita lanjut di Antara Pos  SINI   


Projek Lebuhraya Rakyat untuk rakyat sepatutnya tak membebankan rakyat kalau mengikut konsep Baldatun Toyyibatun. Pemimpin sesebuah negeri yang mengkredit diri mereka sebagai pemimpin Islam sewajarnya SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH dan FATONAH!

Atas sebab itu UMNO yang menerajui negara ini menjalankan ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni iaitu mengutamakan pentadbiran yang CEKAP bagi memastikan negara berkebajikan kepada rakyatnya-itu salah satu syarat untuk menuju Baldatun Toyyibatun! Baca anakbukitgantang  Ijtihad    dan Baldatun Toyyibatun 

Wednesday, June 23, 2010

wahabi oh wahabi

Dua minggu lamanya saya tidak update blog kerana menunaikan umrah. Dua minggu juga saya mencari ilham dan petunjuk Ya Rabbiul Alamin, Sang Khaliq, Pencipta Alam. Pun begitu saya maseh update Facebook saya dan maseh mengikuti perkembangan ugama-politik tanah air dari bumi Hijaz; Madinah dan Makkah.

Sesungguhnya masa rehat yang diberikan itu cukup untuk saya melihat pelbagai polemik dan isu melalui kacamata orang luar.

Sepanjang menunaikan umrah saya jejaki stesyen keretapi yang telah ditutup di Madinah di mana puluhan ribu tentera Turki Uthmaniyah dihantar mempertahankan bumi Hijaz dari puak Wahhabi. Ramai juga yang mati shahid menurut kawan saya yang berbangsa Turki. Juga saya dapat merasakan tekanan seorang Islam Ahlul Sunah Wal Jamaah apabila selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi tidak boleh dibuat dengan suara yang kuat kerana akan dituduh bida'ah oleh puak Wahhabi.

Begitu juga doa yang panjang-panjang di larang dibaca di Hijr Ismail atau belakang Maqam Nabi Ibrahim A.S kerana dikatakan cukup dengan solat, dan perbuatan berdoa itu suatu yang bida'ah. Banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan hati ini tersentak dan menangis kerana seolah-olah umat Islam tidak dibenarkan berselawat ke atas semulia-mulia manusia. Malah gua Tsur dimana Baginda Rasullullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar semasa perang di sekitar Madinah juga ditutup dengan konkrit bagi mengelakkan ada jemaah yang mengambil kesempatan bersolat dan berdoa didalamnya. Namun, bau harum keringat dan darah Baginda Rasulullah maseh tercium seharum kasturi oleh saya dari jarak 10 kaki dari mulut gua tersebut dan maseh terpahat dalam memori bau saya. Dan doa qunut tidak dibaca Imam sewaktu solat subuh...... Bumi Hijaz saya tinggalkan dengan hati yang hiba, dan pengorbanan Baginda Rasulullah serta para Sahabat dalam berdakwah mengembangkan Ugama Islam terpahat di hati ini......membuatkan saya membara untuk mempertahankan ugama Islam.
.............................

Saya belek berita dari Malaysia dan terkejut dengan pengumuman satu cawangan UMNO di ibukota bahawa Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mengumumkan kemasukan beliau dalam UMNO.

UMNO bukan partai yang tandus kepimpinan Islamnya, malah banyak tokoh Islam dan waris ulama besar Tanah Melayu dalam UMNO. Sayangnya UMNO tidak mengetengahkan mereka sebagai Tokoh Islam. Contohnya Tan Sri Muhyidin Yassin. Selain itu banyak juga pemimpin akar umbi di Kelantan dari waris keturunan ulama pndo terbilang...sayang, permata yang ada tidak digilap, kaca pula yang nak ditempa....

Membawa Dr. MAZA masuk ke dalam UMNO seperti memberikan suntikan toksin kepada pemulihan UMNO. Dr. MAZA yang pernah didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Selangor oleh JAIS berfahaman Wahhabi dan ini adalah liabiliti kepada UMNO. Islam. Kesan kemusnahan umat Islam yang berpunca dari Wahhabi juga dirasai di Malaysia di mana PAS yang ditubuhkan oleh golongan muda/salafi kini berfahaman Wahhabi. Sifat Wahhabi menuduh orang lain kafir hanya kerana perkara yang furuk/perbedaan cabang kecil dalam ugama yang tak menjejaskan Tauhid, menyamakan  Allah dengan sifat makhluk dan menyatakan Allah bertempat dan berjisim adalah salah dari segi akidah.


KAUM MUJASSIMAH
Tambahan lagi tatkala ini kemusnahan yang dibuat oleh Wahhabi di Palestine amat teruk -perpecahan di kalangan umat Islam

Tambahan lagi fatwa terbaharu University Al Azhar yang berpendapat bahawa Wahhabi bukan Salafi tapi mujassimah, oleh itu memusnahkan Islam dan dikira KAFIR!

Kaum Mujassimah atau kaum yang "menyerupakan" menisbah sifat Allah dengan sifat makhluk. Kuam Mujassimah juga dikatakan kaum yang "menghinakan" kerana mereka suka menghina-hina pandangan umat Islam yang lain. Sifat yang mnerosakkan Islam dari dalam ini sebenarnya mainan Yahudi dalam penubuhan asal fahaman Wahhabiyah. Di Malaysia, jelas sifat ini banyak didapati di kalangan Wahhabi dan penyokong parti PAS. Rujukan kaum Mujassimah ini di sini http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/22/sejarah-ringkas-kaum-musyabbihahmujassimah/

FATWA AL AZHAR

Fatwa Al Azhar mengenai Wahhabi dan sifatnya yang bersifat mujassimah dan dianggap kafir ada dalam sedutan blog Aqidatul Tanzih di sini

FATWA RASMI AL-AZHAR TERBARU BERKAITAN AGAMA WAHHABI DAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH YANG DIFATWAKAN SEBAGAI BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MEREKA BUKAN SALAF SEBENAR BAHKAN IBNU TAIMIAH DAN WAHHABI ADALAH MUJASSIMAH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MEMBAWA AKIDAH SESAT IAITU ALLAH DUDUK ATAS ARASH. AKIDAH ISLAM SEBENAR ADALAH ALLAH ADA TANPA TEMPAT TIDAK MEMERLUKAN ARAH DAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA. FATWA UNIVERSITI AL-AZHAR JUGA MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA WAHHABI BUKAN ISLAM BAHKAN MEMERANGI DAN MEMUSUHI ISLAM- FATWA RASMI AL-AZHAR MESIR MELALUI SYEIKHUL AKBAR TERBARU JAMIAH AL-AZHAR.




Bukti video ada di dalam blog berkenaan.



dan di sini


Ada di kalangan pembaca Fb dan penyokong tegar partai PAS membahaskan bahawa Syeikh Qadrawi menyokong Wahhabi dan Ibn Tamiyyah. Bukti ini disangkal oleh Syeikh Qadrawi di sini


Sewajarnya UMNO  kaji balik kemasukan Dr MAZA. UMNO sudah ada selling point terbaik dan boleh dijadikan differentiation dalam marketing politic sebenarnya. Sebaiknya terangkan kepada umat Islam bahawa UMNO adalah satu satunya partai yang mengikut Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan pelaksanaan Islam pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama ini adalah komitmen UMNO kepada umat Islam di Malaysia dan menjadi ikutan sedunia dalam  menarajui sisitem perbankan, Unit Amanah dan Insuran berasaskan Syariah (Syariah Compliance dan Syariah Friendly).