Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Tadbir tak lurus Kelantan- Tak habis dengan skandal Thames water sekarang Rowstead pulak

Kita alu alukan Kerajaan Negeri Kelantan membina prasarana kepada rakyat.
Jajaran Lebuh raya akan melalui hutan simpan Hutan Lipur Bukit Barau. Kayu balak dalam hutan tersebut hanya dapat ditebang jika ada projek yang boleh memanfaat rakyat. Soalnya rakyat yang dapat manfaat atau ahli politik???
Cuma nak tanya kalau kerajaan negeri boleh bagi RM65,000 buat wat Siam kenapa tak bagi RM 65,000 untuk Pondok Berangan naiktaraf perigi air berlumut dan kemudahan lain-sementelah bantuan Kerajaan Pusat yang dijanjikan TS Muhyideen dipaksa tolak atas sebab politik tempoh hari? Baca anakbukitgantang  SINI
Kalau mengambil konsep negara Baldatun Toyyibatun iaitu negara yang aman dan barkah sepatutnya pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan harus ada sifat sifat kepimpinan Rasulullah SAW iaitu:
1- SIDDIQ (benar dan tidak menipu),
2-TABLIGH (menyampaikan dakwah Islamiyah) ,
3-AMANAH (boleh dipercayai)  dan
4-FATONAH  (Bijaksana)  dalam menjalankan pentadbiran Islamnya!.
Kerajaan PAS Kelantan maseh belum berjaya menjawab ke mana perginya wang RM 600 juta yang dipinjamkan kepada Kelantan untuk naiktaraf projek bekalan air paip. Kegagalan projek bekalan air Kelantan dan syarikat Thames yang terlibat boleh dirujuk di Utusan  SINI
Keseluruhan hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat ialah 1.112 Billion sejak tahun 2006-2010. Rujuk jadual 4.33 di Kickdefella  SINI   atau jadual yang sama di bawah:
Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

 

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999
.


Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri a.k.a Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.






Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan. Rujuk berita lanjut di Antara Pos  SINI   


Projek Lebuhraya Rakyat untuk rakyat sepatutnya tak membebankan rakyat kalau mengikut konsep Baldatun Toyyibatun. Pemimpin sesebuah negeri yang mengkredit diri mereka sebagai pemimpin Islam sewajarnya SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH dan FATONAH!

Atas sebab itu UMNO yang menerajui negara ini menjalankan ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni iaitu mengutamakan pentadbiran yang CEKAP bagi memastikan negara berkebajikan kepada rakyatnya-itu salah satu syarat untuk menuju Baldatun Toyyibatun! Baca anakbukitgantang  Ijtihad    dan Baldatun Toyyibatun 

Monday, January 9, 2012

Kes tanah wakaf Madrasah Salihiah - macam kes penipuan tanah Adorna vs. Bonsom Bonyanid

Bonsom Bonyanid seorang warga Thailand dan tuan punya tanah di Pulau Pinang ditipu bila tandatangannya ditiru seolah sudi menjual tanahnya kepada Adorna Property Sdn Bhd.

Penghakiman sebelumnya  yang menyebabkan KONTROVERSI  membenarkan Adorna menyimpan tanah tersebut atas alasan tanah dibeli dari si penipu atas dasar good faith.

Bagaimanapon 9 tahun kemudian, pada 21 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa YAA Hakim telah terkhilaf semasa menyebelahi Adorna yakni pihak ketiga membeli tanah atas dasar  good faith.  Dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka tanah tersebut kembali ke waris Bonsom Bonyanid (Bonsom mati setelah mengetahui tanahnya dijual secara penipuan)  


Kes tersebut akhirnya dijadikan asas untuk membuat amendment ke atas loop hole di Seksyen 340 dalam National Land  Code (1965) Rujukan lanjut kes di raslanloong

Penipuan jualbeli tanah wakaf dalam kes Madrasah Salihiah

Dalam kes Tanah Wakaf Madrasah Salihiah, waris tanah wakaf khas maseh wujud. Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) hanyalah pemegang amanah TANAH WAKAF KHAS  dan bukan pentadbir tanah tersebut.

Menurut KedahTimes

"  Kini MAIK yang bukan merupakan tuan tanah wakaf khas berkenaan namun bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada kerajaan negeri melalui agensinya PKNK yang kemudiaan menjualkannya semula kepda Sony Ho untuk pembangunan semula PLAZA TUNKU YAAKOB kian gelisah dan menyedari kesilapan merekaJika MAIK bukannya tuan tanah MAIK yang bukan merupakan tuan tanah wakaf khas berkenaan namun bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada kerajaan negeri melalui agensinya PKNK yang kemudiaan menjualkannya semula kepada Sony Ho untuk pembangunan semula PLAZA dan hanya berperanan sebagai pengelola dan pengurus tanah wakaf berkenaan, mengapa MAIK sanggup menerima wang jual beli tanah berkenaan berjumlah RM1.48 juta dan disimpan dalam akaun MAIK? Rujuk KedahTimes   


Oleh itu isu tanah wakaf Madrasah Salihiah ini dari segi perundangan ialah kes PENIPUAN PENJUALAN TANAH oleh pihak kedua yang tidak ada hak ke atas tanah tersebut.

Maka pada  602 (6hb februari 2012), jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Alor Setar, proses 'hearing' writ saman ke atas MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan akan bermula.

Dimanakan sifat AMANAH seorang pemimpin dan party yang kononnya memperjuangkan ISLAM??


Rujukan
raslanloong.
KedahTimes