Showing posts with label Undang Undang Tubuh Negeri.. Show all posts
Showing posts with label Undang Undang Tubuh Negeri.. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Sultan Johor ada hak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

“Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.


Baca seterusnya : http://www.penaminang.com/2014/06/jangan-komen-kalau-jahil-prof-datuk-dr.html#ixzz349O4YIMg 

Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook