Showing posts with label Rejimen ke 10. Show all posts
Showing posts with label Rejimen ke 10. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Unit Amal PAS terima latihan di Selatan Thailand

Kita tidak terkejut mendengar analisa Tun Hanif Omar , mantan Ketua Polis Negara berkenaan peranan komunis dibelakang BERSEH 3.0 baru baru ini. Tambahan lagi Tun Hanif adalah Ketua Polis Negara yang memerangi Komunis di zamannya.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata niat golongan itu mahu menimbulkan kekacauan di dalam negara seperti yang pernah dirancang pada awal tahun 1970-an.

"Kita perlu berjaga-jaga dan tidak memandang remeh terhadap individu pro-komunis ini memandangkan tak tahu apa agenda mereka sekarang," Tun Hanif


Pagi ini waktu saya melihat kembali tagging gambar  rakan FB, baru saya perasan bahawa  Unit Amal PAS mendapat latihan di Selatan Thailand. Untuk makluman, pusat latihan itu dikendalikan oleh Rejimen Ke 10 Komunis yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin Selatan Thailand. Rujuk bukti bergambar di bawah





Mat Amin-rakan FB yg memberi ucapan tahniah kepada Unit Amal PAS merusuh semasa BERSEH

Bukti   SINI dan lihat peranan mereka merempuh polis semasa BERSEH 28 April 2012




UNIT AMAL DIPERSALAHKAN KERANA MEREMPUH HALANGAN POLIS

Terdahulu lebih awal kekecohan turut dilaporkan berlaku di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, sekumpuIan Unit Amal PAS yang sepatutnya ditugaskan mengawal penunjuk perasaan dilihat merempuh hadangan polis diikuti ratusan lain di Jalan Ampang, menyebabkan 25 anggota keselamatan cedera.

Sekumpulan anggota Unit Amal PAS yang sepatutnya mengawal peserta demonstrasi dilihat memulakan rempuhan ke arah polis di hadapan KLCC. --foto THESTAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIS
— with Mat Dam Pdg Hiliran at http://mountdweller.blogspot.com/2012/04/ini-laporan-wartawan-mstar.html.

Sudah tiba masanya polis menyoal siasat dan mengharamkan Unit Amal PAS kerana cara gerak kerjanya dari laman tempur kepada strategi peperangan saraf menyerupai gerak kerja komunis -dan ini penting bagi menjaga ketenteraman negara kita.