Showing posts with label CCTV. Show all posts
Showing posts with label CCTV. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Demo menyusahkan kami!

Kami penduduk  Putrajaya amat kesal dengan tindakan bebal beberapa mahasiswa yang berpolitik waktu maseh belajar.




Wajarpon mereka ditahan!    Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.



Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ. Laporan penuh di blog  GAP

Padanlah dari semalam ada  kawalan polis ke Jambatan Sri Perdana yang merupakan laluan utama ke Presint 7, 8, 9, 10 dan 11. Ramai penduduk Putrajaya terpaksa buat detour ke jalan dalam Presint 16 semata mata nak balik ke kawasan maseng maseng.

Hari ini mereka demo di  Dataran Putra yang menghadap masjid Putra dan kawasan komersil Selera Putra dan SOUQ. Sewajarnya peniaga di Selera Putra dan Souq di kawasan persisiran tasik yang kehilangan pelanggan  mohon gantirugi dari pelajar ini.

Jangan lupa Persatuan Travel and Tour (MATTA) yang bawa bas pelancong terkandas juga boleh minta gantirugi dari mahasiswa, ibu bapa serta parti politik dibelakang kerja yang bebal  ini.

Bagi saya tembelang GAMIS yang sebelum ini garang nak menyaman seorang ADUN BN hanya kerana menyatakan kebenaran penahanan  rakan mereka di Galas sudah terpecah belangnya. Inilah kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah kepada manusia yang tidak taat kepada pemimpin. Islam

Pesanan saya kepada Menteri Pengajian Tinggi- jangan telefon polis minta mahasiswa tidak bijak ini dilepaskan.

Semua kawasan di Putrajaya dikawal dengan CCTV kamera terutama kawasan strategik. Awas, muka anda telah dirakamkan. Dan ia adalah bahan bukti saheh  untuk anda didakwa di mahkamah!

P/S- Tuan KSU Kementerian Pengajian Tinggi bolehlah menjalankan tugas memastikan university terlibat membuang sahaja  pelajar ini di bawah AUKU. Tak guna simpan-Banyak lagi mereka yang nak masuk IPTA tak dapat kerana pelajar ini.