Monday, June 22, 2015

Solat Terawih

Penjelasan Mengenai Bilangan Rakaat Solat Tarawih oleh Prof Dr Ali Jumu'ah-MUfti Besar Mesir Bahagian 1

Soalan:

Orang ramai telah berselisih pendapat pada bulan Ramadhan Al Mubarak mengenai permasalahan solat tarawih. Apakah pendapat yang sohih mengenai bilangan rakaatnya?

Jawapan:

Kembali kita hidup dalam persengketaan tahunan didalam bulan Ramadhan Al Mubarak antara setengah golongan yang berkeras dengan pendapat mereka dan inginkan orang ramai menurut pendapat mazhab mereka dan orang awam yang kadangkala tidak menemui sesiapa yang mampun menyelematkan mereka dari golongan tersebut.

Sebab tercetusnya perselisihan ini ialah permasalahan bilangan rakaat solat tarawih. Maka golongan yang terpekik terlolong sewenang-wenangnya menyalahkan pendapat imam-imam(ulama) dan umat Islam yang menunaikannya(20 rakaat) semenjak sekian lama. Mereka juga mengingkarinya dengan seingkar-ingkarnya dan menuduh mereka yang mengamalkannya sebagai pelaku bid’ah. Mereka mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah tatkala mereka berkata, “Tidak boleh menambah lebih dari 8 rakaat dalam solat tarawih”.

Al Tarawih(التراويح) dari segi bahasa ialah lafaz jama’ bagi perkataan Al Tarwihah(الترويحة).
Ibnu Manzur berkata: Al Tarwihah(الترويحة) pada bulan Ramadhan dinamakan sedemikian kerana manusia berhenti rehat selepas setiap 4 rakaat. Didalam hadith, disebut solat tarawih kerana mereka beristirehat diantara selepas setiap dua salam.

Perkataan tarawih adalah kata jama’ bagi lafaz tarwihah(الترويحة) yang bermaksud satu kali rehat (الراحة) atas wazan(kata timbangan) taf’ilah(تفعيلة) sepertimana perkataan taslimah(تسليمة) daripada perkataan salam(السلام).(Ibnu Manzur, Lisan al ‘Arab; jilid 1 H: 615)

Dengan hanya meneliti pentakrifannya dari aspek bahasa, sudah dapat menjelaskan kepada kita bahawa bilangan rakaat solat tarawih ialah lebih dari 8 rakaat kerana satu tarwihah itu ialah selepas mengerjakan 4 rakaat solat. Jika melakukan dua kali tarwihah maka semestinya bilangan rakaat solat tarawih menjadi 12 rakaat

Pendapat yang tepat ialah umat Islam telah berijma’ bahawa solat tarawih ialah sebanyak 20 rakaat tidak termasuk witir, dan sebanyak 23 rakaat termasuk witir. Ia adalah perndapat muktamad disisi mazhab Feqah yang empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki disisi pendapat masyhur, Syafi’i dan Hanbali. Disana juga terdapat satu pendapat kurang masyhur yang dinaqalkan dari mazhab Maliki bahawa bilangan rakaatnya ialah sebanyak 36 rakaat.

Tidak pernah diketahui oleh umat ini pendapat yang menyatakan bilangan rakaat solat tarawih ialah 8 rakaat melainkan pada zaman ini. Sebab yang menjerumuskan mereka kepada kesilapan ini ialah kesalahfahaman mereka dalam memahami maksud yang dikehendaki oleh Sunnah Nabawiyyah, ketidakmampuan mereka menghimpunkan satu kefahaman antara pelbagai maksud hadith-hadith dan keengganan mereka menoleh atau memerhatikan Ijma’ Qauli dan Fe’li(persepakatan perbuatan dan perkataan) yang telah diputuskan semenjak zaman sahabat r.a sehinggalah ke hari ini. Justeru, mereka sekadar berdalilikan dan memetik hokum dari hadith yang diriwayatkan oleh A’isyah r.a yang berkata:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي“

Tidaklah Rasulullah SAW menambah pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain rakaat solat malam melebihi 11 rakaat. Baginda SAW mengerjakan solat malam empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai keelokan dan panjangnya solat tersebut. Kemudian Nabi SAW mengerjakan lagi solat empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai keelokan dan panjangnya solat tersebut, kemudian Nabi SAW mengerjakan solat tiga rakaat. A’isyah r.a berkata: 

Aku bertanya, Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan tidur sebelum mengerjakan solat witir? Rasulullah SAW menjawab, Wahai A’isyah! Sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur.”(Dikeluarkan oleh Al Bukhari didalam sohihnya, jilid 1 H: 385 dan Muslim didalam sohihnya, jilid 1 H:509)

Hadith ini menceritakan tentang petunjuk/pedoman yang diberikan oleh Nabi SAW mengenai solat sunat ketika Qiyamullail secara umum. Ia tidak dilafazkan bagi menerangkan tentang solat tarawih kerana solat tarawih adalah tatacara melakukan Qiyamullail yang dikhususkan pada bulan Ramadhan.

Asal pensyariatannya dari Sunnah Nabi SAW, manakala kaifiyatnya diambil dari perintah Sayyiduna Umar r.a.
Maknanya, umat Islam telah melakukan solat tarawih berdasarkan apa yang dipelopori oleh Sayyiduna Umar ibn Al Khattab r.a menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat secara berjemaah pada setiap malam Ramadhan dan berdasarkan bilangan rakaat ketika beliau menghimpunkan manusia solat berjemaah dibelakang Ubai ibn Ka’ab r.a.
Dalam hal ini, Nabi SAW pernah bsersabda:
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang memberi pedoman dan petunjuk. Berpeganglah kalian dengannya dengan pegangan yang teguh.”(Dikeluarkan oleh Ahmad didalam Musnadnya, jilid 4 H: 126 dan Al Tirmizi didalam Sunannya, jilid 5 H: 44)

Jika umat Islam(dikatakan) tidak bersandar kepada perbuatan Sayyiduna Umar r.a ini, mengapa pula mereka menunaikan solat tarawih secara berjemaah didalam masjid dibelakang seorang imam? Seolah-olah mereka yang ingkar ini memakai sunnah Sayyiduna Umar r.a dalam bab menghimpunkan manusia dibelakang satu imam sepanjang bulan Ramadhan, dan ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tetapi meninggalkan bilangan rakaat yang ditetapkan oleh Sayyiduna Umar r.a atas alasan dan dakwaan mempraktikkan Sunnah Nabi SAW

Sekiranya cara yang kalian praktikkan ini adalah sohih dan kalian tidak mahu menoleh kepada perbuatan Sayyiduna Umar r.a, maka wajiblah ke atas kalian mengerjakan solat tarawih dirumah dan meninggalkan manusia mempraktikkan suruhan agama Allah seperti mana yang mereka warisi. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kurniaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

Dalil-dalil yang menunjukkan perkara sedemikian merupakan perbuatan Sayyiduna Umar r.a ialah seperti yang telah diriwayatkan oleh Abdur Rahman ibn Abdul Qaari r.a bahawa beliau berkata:
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَرَانِي لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ فَقَالَ عُمَرُ نِعْمَتِ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي تَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي تَقُومُونَ يَعْنِي آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

“Pada satu malam dalam bulan Ramadhan, aku keluar ke masjid bersama Umar ibn Al Khattab r.a. ketika itu, orang ramai mengerjakan solat tarawih dalam beberapa jemaah berasingan; terdapat seorang lelaki sembahyang bersendirian, dan ada seorang lelaki yang solat diikuti oleh sejumlah 3 hingga 7 orang. Maka Umar r.a berkata: Aku berpendapat sekiranya aku himpunkan mereka semua dibelakang seorang imam, maka ia adalah lebih praktikal. Umar r.a bertekad untuk melakukannya lalu menghimpunkan mereka berjemaah dibelakang Ubai ibn Ka’ab r.a. setelah hari itu, aku keluar lagi bersamanya pada malam yang lain dan manusia mengerjakan solat dibelakang seorang imam. Umar r.a berkata, Sebaik-baik bid’ah adalah ini. Sesiapa yang mendirikan awal malam kemudian dia tidur selepasnya adalah lebih utama daripada mereka yang tidur kemudian bangun mengerjakannya pada akhir malam.”

Maksudnya ialah afdhal mengerjakannya pada awal malam dan manusia ketika itu terus mengerjakannya pada akhir malam.(Dikeluarkan oleh Al Bukhari didalam sohihnya, jilid 2 H: 707, Al Baihaqi didalam Sunan Al Kubra, jilid 2 H: 492 dan Malik didalam Muwatta’, jilid 1 H: 114)

Solat yang diperintahkan oleh Umar r.a dikerjakan secara berjemaah itu ialah solat tarawih, dan ia sebanyak 20 rakaat.
Perkara ini turut ditunjukkan oleh beberapa hadith yang lain. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Al Saib ibn Yazid r.a, beliau berkata:
كانوا يقومون على عهد عمر بن الخطاب رضى الله عنها في شهر رمضان بعشرين ركعة قال وكانوا يقرؤن بالمئين وكانوا يتوكؤن على عصيهم في عهد عثمان بن عفان رضى الله عنه من شدة القيام
“Mereka mendirikan solat Tarawih pada bulan Ramadhan secara berjemaah pada zaman pemerintahan Umar ibn Al Khattab r.a sebanyak 20 rakaat. Beliau berkata: Mereka yang menjadi imam membaca sebanyak 200 ayat dalam satu rakaat. Mereka yang menjadi ma’mum bersolat dalam keadaan bertupang dengan tongkat mereka pada zaman Uthman ibn Affan r.a kerana keletihan disebabkan terlalu lama berdiri.”(Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra, jilid 2 H: 492 dan Malik didalam Al Muwatta’, jilid 1 H: 114)

Daripada Yazid ibn Ruman r.a berkata:
كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ بِثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Manusia mendirikan solat tarawih dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar ibn Al Khattab r.a sebanyak 23 rakaat”.(Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra, jilid 2 H: 492 dan Malik didalam Al Muwatta’, jilid 1 H: 115).

Dipetik dari buku: Penjelasan Mengenai Bilangan Rakaat Solat Tarawih
Oleh: Prof. Dr. Ali Jumu’ah (Mufti Besar Mesir)
Dikeluarkan oleh: Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki..
Terbitan: SOFA Production.




3 comments:

Anonymous said...

Solat adalah ibadah, bukan ritual, bukan adat.
Dirikan dan sempurnakan dgn bersungguh sungguh, dgn tenang penuh kesedaran, penuh keinsafan.
Jgn asal buat, bagai melepas batuk di tangga.

amanasyanti said...

Mengapa solat tarawih dikira sunat. Sebab tiada nas dari AlQuran.
Mengapa cerita dari sahabat disebut sebagai hadis?
Mengapa tidak diketengahkan hadis Nabi yang menjelaskan Tarawih lebih elok dibuat sendirian dirumah?
Mengapa marah marah bila jemaah tarawih berkurangan dipenghujung Ramadan, seolah olah tarwih itu wajib?
Jawpapan: Terus mempertahankan adat nenek moyang dengan apa cara juga! Jadikan Ramadan satu pesta.
(Al-Baqarah:170)"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah." Mereka menjawab: "(Tidak), kami hanya mengikuti apa yang kami perolehi dari nenek moyang kami." Apakah akan mengikuti juga sekalipun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk?"
 Rasulullah (s) berkata: "Wahai manusia! Dirikan salat kamu di rumah-rumah kamu, kerana salat terbaik seseorang itu adalah apa yang dilakukan di rumahnya, melainkan salat (berjama’ah) wajib."
[Sahih al-Bukhari, jilid 9, buku 92, nomber 393]
[al-Nasa’i, Sunan, jilid 3, ms 161, ms 198]
 Suatu ketika Abdullah bin Mas’ud bertanya Rasulullah (s): "Mana lebih baik; salat di rumah saya atau di masjid?" Rasulullah (s) menjawab: "Tidakkah kamu lihat betapa dekatnya rumah saya ke masjid? Untuk salat di rumah lebih saya cintai dari salat di masjid melainkan salat-salat wajib."
[Ibn Majah, Sunan, jilid 1, ms 439, nomber 1378]
 Disampaikan oleh Zayd bin Thabit: Rasulullah (s) membuat sebuah bilek kecil (dari tikar daun palma). Baginda (s) keluar (dari rumahnya) dan salat di dalamnya. Beberapa orang datang dan bersama-sama salat dengan baginda. Kemudian sekali lagi pada esok malamnya mereka datang untuk salat, tetapi Rasulullah (s) terlambat dan tidak keluar kepada mereka. Maka mereka mula meninggikan suara dan mengetuk-getuk pintu dengan anak-anak batu (untuk mendapatkan perhatian). Baginda keluar kepada mereka dalam keadaan marah, sambil berkata, "Kamu masih mahu mendesak (dengan yang kamu lakukan) bahawa saya takut salat ini menjadi wajib pada kamu. Maka, Wahai kamu manusia! Dirikan salat ini dirumah-rumah kamu, kerana salat terbaik seseorang itu adalah apa yang dilakukan di rumahnya, melainkan salat (berjama’ah) wajib."
[Sahih al-Bukhari, jilid 8, buku 73, nomber 134]

Anonymous said...

Bg yg kuat imannya, tinggi ilmunya, baik bacaannya dan khusyuk solatnya secara sendirian, solat yg sunat sunat mmg elok secara sendirian di rumah.
Tp bg org yg biasa biasa, yg kalau tak berjamaah tak buat, lebih baiklah tarawih tu secara berjamaah, juga bg meraikan malam malam Ramadhan dgn iktikaf di surau surau dan di masjid masjid. Tp para imam imam solat, solatlah dgn tenang, jgn tergesa gesa.