Tuesday, April 28, 2015

10 Jawapan ilmiah kepada Sang Mufti yang memandang serong dzikir sambil menari

Isu menari ketika dzikir, sebenarnya sudah lama selesai dibahas oleh para ulama, dan hal ini masih dalam urusan furu’iyyah yang sangat ditoleransi  oleh syare’at dalam perbezaan pendapat. Tidak sepatutnya menjadikannya isu yang berat dan diancam atau dikecam bagi yang memilih pendapat salah satunya. Entah kenapa, isu ini diangkat kembali oleh golongan ekstremis, sehingga membuat fitnah di kalangan kaum awamnya

Kami akan sedikit mengomentari catatan Dr Zulkifli di dalam memberikan hujjah atas isu ini yang ditulisnya di sini : http://goo.gl/puWf05

Dr Zulkifli :

Seterusnya mereka bersandarkan kepada ijma’ ulama’ yang melarang serta menganggap perbuatan tarian seperti itu adalah bid’ah yang ditegah. Antara tokoh yang tegas dengan pendapat ini adalah:
  • Imam Abu Bakar al-Turtusi
  • Imam Taqiyuddin al-Subki
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Imam al-Qurtubi
  • Imam Ibn Kathir
  • Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Hanafi dan lain-lain lagi.

Kesilapan Pertama : Menulis Tanpa Rujukan

Sepatutnya dalam penulisan akademik perlu diletakkan selengkapnya rujukan dan ibarat-ibarat, atau jika ia bukan sepenuhnya penulisan akademik sekurang-kurangnya tulislah rujukan secara umum dan ringkas, jika penulisan seperti diatas tertolak dalam dunia akademik, apatah lagi dalam artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti, perlulah sekurang-kurangnya letak rujukan secara umum jika tidak mahu secara terperinci. Mengapa tidak mahu menulis sumber rujukan?

Kami mencari di Internet pada awalnya terdapat penulisan terutama nama 6 ulama diatas hasilnya memeranjatkan iaitu penulisan Dr. zulkifli Bakri teramat sama dan mirip sekali dengan penulisan artikel website Wahhabi Indonesia di point yang kelima:
http://almanhaj.or.id/content/3633/slash/0/sufi-beribadah-dengan-menari-nari/

Cuma bezanya artikel website wahhabi itu meletakkan rujukan, dan disinilah kami mendapati  kemungkinan besar Dr. Zulkifli Bakri mengambil dari rujukan yang sama iaitu dari kitab Hukmu Mumarasatil Fanni, sebuah thesis master pelajar di university ummul qura, Saudi yang terkenal dengan fahaman wahhabinya.

Dalam thesis ini banyak kesalahan dalam menukil, salah konteks dan lain-lain kerana penulisnya tidak setanding Imam Ibn hajar Haitami, Imam Ar ramli, Syeikhul Islam Zakariya Ansari, Imam Suyuti dan banyak lagi ulama-ulama muktabar.

Oleh sebab itulah sepatutnya seorang Mufti merujuk terus kitab-kitab ulama muktabar jika mahu menulis dan menyebarkan penulisannya supaya tidak terjebak dengan kesilapan pelajar-pelajar atau sumber sekunder, apatah lagi jika ia datang dari penulisan Wahhabi yang tidak mempunyai disiplin ilmu yang jelas seperti mazhab-mazhab yang muktabar. Kesilapan seperti ini mengundang fitnah pada masyarakat awam kelak.

Akta pentadbiran undang-undang islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1993 Seksyen 39 (1) secara jelas memberi panduan bagi Mufti wilayah Persekutuan untuk berfatwa dengan qaul muktamad mazhab syafie, dan dalam artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dimana rujukan tulisan Dr. Zulkifli Bakri menggunakan kitab-kitab perbahasan qaul muktamad mazhab syafie? mengapa diabaikan?

Antara kesilapan-kesilapan yang nyata akan kami jelaskan selepas ini, Kami hanya menyatakan sepuluh kesilapan dalam artikel Dr. Zulkifli Bakri walupun sebenarnya ada banyak lagi terutama apabila menggunakan sumber rujukan yang kabur, adapun kesilapan yang lain kami tidak lanjutkan kerana pada kami sudah cukup penjelasan ini, melainkan jika ada yang mahu menjawab penulisan kami, kami akan memperincikan lagi jika perlu.

 Kesilapan Kedua : Menggunakan Istilah Ijma’ Tanpa Penjelasan Lanjut


Bagaimana boleh dikatakan sudah ijma’ padahal banyak ulama lain yang membolehkannya. Dr Zulkifli pun menyebutkan para ulama yang membolehkannya. Dikatakan satu perkara sudah ijma’ jika perkara itu sudah disepakati oleh semua para ulama dan tidak ada yang menentangnya dari ulama lainnya.

Ijma’ menurut istilah ushul adalah :

اتِّفَاقُ مُجْتَهِدِيْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ وَفَاتِهِ فِيْ عَصْرِ مِنَ العُصُوْرِ عَلَى أَمْرٍ مِنَ الأُمُوْرِ
 kesepakatan para mujtahid ummat Muhammad saw setelah beliau wafat dalam masa-masa tertentu dan terhadap perkara-perkara tertentu pula”. (lihat Irsyadul Fuhul: 71).

Jika masih banyak ulama yang berbeza pendapat, maka tidak boleh disebut ittifaq.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, sebenarnya pembahasan ini sudah dibahas tuntas oleh Imam al-Ghazali, beliau menyebutkan setiap dalil-dalil dari kelompok ulama yang pro dan kontranya, kemudian melakukan tarjih secara akurat dan ilmiyyah. Maka kita ketahui, bahwasanya persoalan ini adalah masih diperselisihkan para ulama, belum ijma’. Dan persolahan khilafiyyah ijtihadiyyah di antara ulama baik salaf maupun khalaf ini, semestinya tidak boleh ada pengingkaran. Untuk lebih jelasnya silahkan baca penjelasan kami soal ini di :
dan juga :

Maka Dr. Zulkifli Bakri harus menulis penjelasan seterusnya dengan menyatakan ijma’ itu tidak betul, atau tidak tepat atau apa-apa sahaja yang sesuai supaya pembaca tidak keliru kerana Dr. Zulkifli Bakri menulis dalam mode melakukan tarjih, apatah lagi dari 6 nama yang dipetik oleh Dr. Zulkifli Bakri diatas adakah BENAR keenam-enam ulama yang Dr. Zukkifli Bakri mengatakan mereka menyandarkan pendapat mereka kepada ijma’? kita akan lihat pada seksyen seterusnya.

Kesilapan Ketiga: Menganggap Imam Ibnu Katsir Menolak Tegas Zikir Sambil Menari

Al Imam Al Hafizh Ibnu Katsir dalam kitab Al Bidayah wan Nihayah TIDAK MENGINGKARI TARIAN DAN SIMA’ (MENDENGAR NYANYIAN) DARI PARA SHUFI :

“Malik Muzhaffaruddin mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al- Jauzi bahwa dalam peringatan tersebut Malik Muzhaffaruddin mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama fiqh, ulama hadits, ulama kalam, ulama ushul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga hari sebelum hari pelaksanaan beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ia menyembelih 15.000 ekor Kambing, 10.000 ekor Ayam, 100 Kuda, menyediakan 100 ribu keju, 30 ribu manisan untuk hidangan para tamu yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Setiap tahunnya perayaan ini menghabiskan 300.000 Dinar. Perayaan ini diisi oleh ulama-ulama serta TOKOH-TOKOH SUFI YANG DIPERSILAHAKAN SIMA’ (MENDENGARKAN NYANYIAN) mulai dari mulai Dzuhur sampe Subuh dengan ceramah-ceramah dan TARIAN-TARIAN SUFI, dimana MEREKA BERADA DISITU DAN MALIK MUZHAFFAR PUN  IKUT SERTA MENARI. Segenap para ulama saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh raja Al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menghargai dan menganggap baik perayaan Maulid Nabi yang digelar besar-besaran itu.”

Ini Ibaratnya :

البداية والنهاية – (ج 13 / ص 160)
قال السبط: حكى بعض من حضر سماط المظفر في بعض الموالد كان يمد في ذلك السماط خمسة آلاف رأس مشوي، وعشرة آلاف دجاجة، ومائة ألف زبدية، وثلاثين ألف صحن حلوى، قال: وكان يحضر عنده في المولد أعيان العلماء والصوفية فيخلع عليهم ويطلق لهم ويعمل للصوفية سماعا من الظهر إلى الفجر، ويرقص بنفسه معهم


Imam Ibnu Katsir menulis biografi Malik Mudzaffar dengan banyak sekali pujian :

احد الاجواد الكبراء والملوك الامجاد له آثر حسنة

Salah seorang diantara para dermawan yg agung dan raja-raja yg mulia, Beliau mempunyaiATSAR YANG BAIK…. !!!

Terus sampai ibarat ini :

وكان مع ذلك شهما شجاعا فاتكا بطلا عالما عادلا رحمه الله واكرم مثواه

Beliau Cerdas, pemberani, PENGHANCUR SEGALA KEBATILAN, Alim, Adil. Semoga Allah merahmati beliau dan memuliakan tempat tinggalnya…!!!

kemudian beliau mengundang para ulama dan para sufi, menyediakan sima’ dan menggelar tarian shufi mulai dari Zuhur sampai Fajr, bahkan :

ويرقص بنفسه معهم

“Beliau juga menari bersama mereka”

Kesilapan Keempat: Menganggap Imam Ibn Hajar Al-Haithami Menolak Tegas Zikir Sambil Menari

Dan sangkaan Dr Zulkifli mengenai Ibnu Hajar al-Haitami yang katanya mengharamkan tarian zikir ini dan tanpa menyebutkan nashnya, juga tidaklah benar. Justru beliau dalam kitabnya sendiri telah menjawab salah satu pertanyaan soal ini sebagai berikut :

(وسئل) نفع الله به عن رقص الصوفية عند تواجدهم هل له أصل (فأجاب) بقوله نعم له أصل فقد روى في الحديث أن جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه رقص بين يدي النبي – صلى الله عليه وسلم – لما قال له أشبهت خلقي وخلقي وذلك من لذة هذا الخطاب ولم ينكر عليه – صلى الله عليه وسلم – وقد صح القيام والرقص في مجالس الذكر والسماع عن جماعة من كبار الأئمة منهم عز الدين شيخ الإسلام ابن عبد السلام 


Terjemahan Disertai komentar Bebas:

Al-Imam ibn Hajar al-Haitami ditanya mengenai tarian sufi ketika mereka dalam keadaan ekstase, apakah ada sandaran dalilnya? Beliau menjawab dengan jawaban ya, ada dalilnya. Sungguh telah diriwayatkan dalam hadis bahwa Ja’far bin Abi Thalib Rodhiyallahu ‘anhu menari di hadapan Nabi Shollallahu ‘alaihi wa sallam tatkala beliau berkata kepadanya Engkau mirip dengan rupaku dan juga perilakuku. Karena luarbiasa gembiranya ungkapan ini, Ja’far pun menari, dan beliau shollallahu ‘alaihi wasallam tidak mengingkari kepadanya. Dan sungguh Ulama dari kelompok Imam-imam yang Agung semisal ‘Izzuddin Syaikhul Islam bin ‘Abdissalam membenarkan berdiri dan menari di Majelis dzikir dan sama’(pengajian). nya “.[1]

Lihatlah bagaimana Imam Ibn Hajar Haitami menjawab soalan dari penyoal, adakah ia kelihatan Imam Ibn Hajar menolak tegas zikir sambil menari? Imam Ibn Hajar menguatkan kenyataan beliau dengan menukil juga perbuatan Imam Al- Izz. Jadi disini kita lihat kesilapan fatal Dr. Zulkifli Bakri kerana menggunakan nama Imam Ibn Hajar apatah lagi mengatakan ia tegas menolaknya.

Kesilapan Kelima: Menganggap Sulthan Ulama al-Izz bin Abdussalam Menolak Zikir Menari Secara Total

Adapun sangkaan Dr Zulkifli tentang sulthan ulama al-Izz bin Abdussalam yang katanya melarang tarian zikir, tidaklah benar sama sekali. Justru beliau al-Izz pernah melakukannya :

Imam Adz-Dzahabi pernah menceritakan bahwa sulthan ulama al-Izz bin Abdussalam menghadiri majlis as-Sima’ dan ikut melakukan ar-Raqsh (tarian shufi), disebutkan dengan jelas di kitab adz-Dzahabi; al-‘Ubar fi Kkhobar Man Ghobar : 3/299. Oleh sebab itu al-Yafi’i menjadikan perbuatan al-Izz sebagai hujjah kebolehan ar-Raqsh semacam itu saat itu, beliau mengatakan :
رقص وسماع سلطان العلماء  العز بن عبد السلام دليلا على جواز ذلك؛ لأن فعله حجة فهو من كبار العلماء
“ Tarian dan sima’ sulthan ulama al-Izz bin Abdussalam adalah dalil atas kebolehan hal itu, karena perbuatannya adalah hujjah dan beliau termasuk kibar ulama “.[2]

Imam Suyuthi juga mengatakan :
وقد صح القيام والرقص في مجالس الذكر والسماع عن جماعة من كبار الأئمة منهم شيخ الإسلام عز الدين بن عبد السلام
“ Telah sahih berdiri dan menari di majlis-majlis dzikir dan sima’ yang dilakukan oleh para ulama besar di antaranya syaikh Islam al-‘Izz bin Abdussalam “.[3]

Imam Ibn hajar al-Haitami juga mengakuinya :

(وسئل) نفع الله به عن رقص الصوفية عند تواجدهم هل له أصل (فأجاب) بقوله نعم له أصل فقد روى في الحديث أن جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه رقص بين يدي النبي – صلى الله عليه وسلم – لما قال له أشبهت خلقي وخلقي وذلك من لذة هذا الخطاب ولم ينكر عليه – صلى الله عليه وسلم – وقد صح القيام والرقص في مجالس الذكر والسماع عن جماعة من كبار الأئمة منهم عز الدين شيخ الإسلام ابن عبد السلام 


Terjemahan Disertai komentar Bebas:

Al-Imam ibn Hajar al-Haitami ditanya mengenai tarian sufi ketika mereka dalam keadaan ekstase, apakah ada sandaran dalilnya? Beliau menjawab dengan jawaban ya, ada dalilnya. Sungguh telah diriwayatkan dalam hadis bahwa Ja’far bin Abi Thalib Rodhiyallahu ‘anhu menari di hadapan Nabi Shollallahu ‘alaihi wa sallam tatkala beliau berkata kepadanya Engkau mirip dengan rupaku dan juga perilakuku. Karena luarbiasa gembiranya ungkapan ini, Ja’far pun menari, dan beliau shollallahu ‘alaihi wasallam tidak mengingkari kepadanya. Dan sungguh Ulama dari kelompok Imam-imam yang Agung semisal ‘Izzuddin Syaikhul Islam bin ‘Abdissalam membenarkan berdiri dan menari di Majelis dzikir dan sama’(pengajian). nya “.[4]

Kesaksian para ulama muktabar di atas sebenarnya menjadi hujjah bahwa syaikh al-Izz bin Abdussalam membolehkan tarian ketika dzikir. Atau adakah kita mahu katakana mereka tidak menyedari adanya larangan dari Imam Al-izz? Lantas apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Izz dalam Qawaid al Ahkam dimana beliau dilihat mengharamkan zikir menari dan tepukan? Jawapannya ada dalam ibarat yang Dr. Zulkifli bakri lampirkan iaitu:
kebodohan menyerupai gerakan perempuan

Memang benar apa sahaja tarian yang menyerupai wanita tidak dibenarkan dan disisi Al-Izz beliau sedang mengomentari dari sudut menyerupai wanita, bukanlah mutlak dipukul rata kepada semua jenis tarian, ini dapat kita lihat dari fatwa ulama syafieyah yang lain selari dengan Imam Al-Izz iaitu tarian jika menyerupai wanita maka hukumnya haram yang kami telah tulis panjang lebar pernyataan Imam Ramli, Imam Ibn Hajar, Syeikhul Islam Zakariya Al Ansari dan Imam Ghazali disini:


Kesilapan Keenam: Tidak Memahami Kaedah Fiqh Mengikut Ulama Fiqh

Dr Zulkifli :
Antara kaedah yang masyhur digunakan ialah:
الأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْحَظَرُ أَوِ التَّوَقُّفُ
Maksudnya: Asal pada ibadat adalah haram atau tawaqquf
Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram.
Kesalahan analisis :
Kurang tepat menggunakan kaidah itu dalam isu ini.
Jawaban :

Kaidah di atas berkenaan ibadah mahdah yakni ibadah yang bersifat vertikal, ibadah yang telah ditetapkan Allah dan Rasul akan tingkat, tata cara dan perincian-perinciannya, seperti sholat, wudhu’, tayammum, mandi hadats, puasa, haji dan umroh. Ibadah macam ini Keberadaannya harus berdasarkan adanya dalil perintah, baik dari al-Quran maupun al- Sunnah, jadi merupakan otoritas wahyu, tidak boleh ditetapkan oleh akal atau logika. Dan tatacaranya harus berpola kepada apa yang telah dicontohkan Rasulullah  Shallallahu alaihi wa sallam.

Kaidah tersebut tidak termasuk dalam ibadah muthlaqah atau ibadah ghairu mahdhah. Yakni ibadah yang Allah idzinkan dan tidak terkait sifat atau tata cara tertentu, seperti sholawat kepada Nabi, doa, dzikir dan semisalnya.

Asy-Syathibi pernah menyebutkan satu kaidah :

  كل عبادة مطلقة ثبتت في الشرع بدليل عام؛ فإن تقييد إطلاق هذه العبادة بزمان أو مكان معين أو نحوهما بحيث يوهم هذا التقييد أنه مقصود شرعًا من غير أن يدلّ الدليل العام على هذا التقييد فهو بدعة
“Semua bentuk ibadah yang sifatnya mutlak dan terdapat dalam syariat berdasarkan dalil umum, maka membatasi setiap ibadah yang sifatnya mutlak ini dengan waktu, tempat, atau batasan tertentu lainnya, dimana akan muncul sangkaan bahwa batasan ini merupakan bagian ajaran syariat, sementara dalil umum tidak menunjukkan hal ini maka batasan ini termasuk bentuk bid’ah.” ( Al-I’tishaam : 1/229-231, 249-252, 345, 346; 2/11 dan Qowa’id Ma’rifatil Bida’, Muhammad bin Husain al-Jizani hal. 52)

Ibadah dzikir adalah termasuk ibadah yang muthlaq, banyak dalil yang menyebutkannya secara dalil umum, meskipun ada pula dzikir-dzikir yang datang secara khusus. Maka melakukan dengan cara apa dan bagaimana pun yang baik, tidaklah terlarang, karena ianya bersifat umum kecuali dzikir-dzikir yang datang secara khusus.

Menari satu benda yang berbeza dan zikir juga satu benda yang berbeza. Menari itu sendiri dihukumi harus (boleh) oleh para ulama dari empat mazhab yang telah kami sebutkan dalam artikel sebelumnya. Demikian juga jika melakukan zikir dengan menari, iapun tidak ada masalah, sebab keduanya benda yang diperbolehkan mayoritas ulama dari empat mazhab, meskipun ada sebagian ulama yang berbeza pandangan. Imam ash-Shawi sangat bijak dalam mengomentari kes ini :

Imam ash-Shawi mengatakan :

وأما الرقص فاختلف فيه الفقهاء ، فذهبت طائفة إلى الكراهة ، وطائفة إلى الإباحة ، وطائفة إلى التفريق بين أرباب الأحوال وغيرهم فيجوز لأرباب الأحوال ، ويكره لغيرهم ، وهذا القول هو المرتضى ، وعليه أكثر الفقهاء المسوغين لسماع الغناء ، وهو مذهب السادة الصوفية ، قال الإمام عز الدين بن عبد السلام : من ارتكب أمرا فيه خلاف لا يعزر لقوله عليه الصلاة والسلام : { ادرءوا الحدود بالشبهات } ، وقال صلى الله عليه وسلم : { بعثت بالحنيفية السمحة } ، وقال الله تعالى : { وما جعل عليكم في الدين من حرج } أي ضيق
“ Adapun ar-Raqsh, maka para ulama fiqih berbeda pendapat; sekelompok ulama menghukuminya makruh, sekelompok lainnya menghukumi mubah dan sekelompok ulama lainnya membedakannya di Antara orang-orang yeng memiliki ahwal dan selainnya, maka hukumnya boleh bagi orang-orang yang memiliki ahwal dan makruh bagi selainnya. Inilah ucapan yang diridhai dan atas pendapat ini mayoritas ulama fiqih yang membolehkan nyanyian, dan inilah madzhab para sadah shufiyyah. Imam Izzuddin bin Abdissalam berkata, “ Barangsiapa yang melakukan suatu perkara yang masih ada perbedaan pendapat di Antara ulama, maka tidak boleh dita’zir, karena Nabi bersabda, “ Hindarilah menghukum dengan perkara yang masih syubhat “, Allah juga berfirman, “ Allah tidak menjadikan kesempitan dalam agama “. [5]

Imam an-Nawawi pernah mengatakan :

لا الرقص، إلا أن يكون فيه تكسر كفعل المخنث
“ (Dan tidak haram) ar-Raqhs (tarian) kecuali jika ada goyangan patahnya seperti perilaku bencong “.[6]

Beliau dan kalangan syafi’iyyah lainnya membolehkan tarian asal ia tidak dilakukan seperti gerakan wanita.

Atau jika mahukan lagi contoh lain dan contoh bagaimana ulama fiqh menggunakan kaedah ini Dr. Zulkifli Bakri boleh merujuk tulisan sahabat kami Ustaz Ayman Al-Akiti disini:


Jika Dr Zulkifli mengatakan : “ Hadith yang digunakan untuk mengharuskan zikir dalam keadaan menari lebih bersifat menggambarkan berita gembira yang diperolehi daripada Rasulullah SAW, bukannya mereka berzikir semasa itu. Ini adalah dua keadaan yang berbeza “.

Maka bagaimana ia menanggapi komentar Imam Ahmad bin Hanbal yang masyhur dinukil dalam kitab-kitab hanabilah seperti berikut :

Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya tentang orang-orang shufi dan tarian mereka :

إنّ هؤلاء الصوفية جلسوا فى المساجد على التوكل بغير علم ” فقال الإمام أحمد ” العلم أقعدهم فى المساجد ” فقيل له ” إنّ همّتهم كبيرة ” قال أحمد ” لا أعلم قومًا على وجه الأرض أحسن من قوم همّتُهم كبيرة ” فقيل له ” إنّهم يقومون و يرقصون ” فقال أحمد “دعهم يفرحوا مع الله ساعة
“ Sesungguhnya mereka para shufi duduk di dalam masjid-masjid dengan tawakkal tanpa ilmu ?, maka imam Ahmad menjawab, “ Mereka pakai ilmu, duduklah bersama mereka di masjid-masjid “. Ada juga yang bertanya, “ Semangat mereka besar sekali “, imam Ahmad menjawab, “ Aku tidak mengetahui suatu kaum di muka bumi ini yang lebih baik dari kaum yang semangatnya besar “. Lalu ditanya lagi, “ Sesungguhnya mereka (para shufi) itu berdiri dan menari-nari “, maka imam Ahmad menjawab, “ Biarkan mereka bergembira sesaat bersama Allah “.[7]

Al-Imam Ghazali mengatakan :

وذلك يكون لفرحٍ أو شوق فحُكْمُهُ حُكم مُهيِّجه، إن كان فرحه محموداً والرقص يزيده ويؤكده فهو محمود، وإن كان مباحاً فهو مباح، وإن كان مذموما فهو مذموم
“ Demikian itu (tarian shufi) terwujud adakalanya karena rasa gembira atau kerinduan (kepada Allah), maka hukumnya bergantung kepada penggeraknya. Jika kegembiraanya bersifat terpuji dan tariannya menambahkannya dan menguatkannya, maka ini adalah terpuji. Dan jika kegembiraannya bersifat mubah, maka hukumnya mubah, jika kegembiraannya bersifat tecela, maka hukumnya tercela “.[8]  

Imam al-Baihaqi mengatakan :

حجل: أن يرفع رِجْلا ويقفز على الأخرى من الفرح، فإذا فعله الإنسان فرحا بما آتاه الله تعالى من معرفته أو سائر نعمه فلا بأس وما كان فيه تثن وتكسّر حتى يباين أخلاق الذكور فهو مكروه لما فيه من التشبه بالنساء
“ Hajila adalah mengangkat satu kaki dan bergerak dengan satu kaki lainnya karena rasa gembira. Jika seorang manusia melakukannya karena gembira dengan apa yang telah Allah berikan berupa makrifah atau semua nikmatnya, maka tidaklah mengapa. Adapun hajil (gerakan) yang disertai goyangan seperti bencong sehingga menghilangkan prilaku kelakiannya, maka itu hukumnya makruh, karena menyerupai dengan wanita “.[9]

Jelas dari keterangan al-Baihaqi bawasanya ar-Raqsh yang dimakruhkan  oleh beliau dan diharamkan oleh imam Muslim dan jumhur syafi’iyyah adalah ar-Raqsh (tarian) yang disertai adanya goyangan seperti goyangan wanita atau bencong. Sebagaimana penjelasan kami di awal.

Ibnul Qayyim mengatakan :

اختلف الناس في التواجد :هل يسلم لصاحبه؟ على قولين. فقالت طائفة: لا يسلم لصاحبه، لما فيه من التكلف وإظهار ما ليس عنده، وقوم قالوا: يُسلَّم للصادق الذي يرصد لوجدان المعاني الصحيحة. كما قال النبي عليه الصلاة والسلام: (ابكوا، فإن لم تبكوا فتباكوا). والتحقيق: أن صاحب التواجد إنْ تَكَلّفَهُ لِحَظٍّ وشهوة ونفس: لم يُسَلّم له. وإن تكلفه لاستجلاب حال، أو مقام مع الله: سُلِّمَ له. وهذا يُعرف من حال المتواجد، وشواهد صدقه وإخلاصه
“ Para ulama berbeda pendapat tentang tawajud (kesan yang mendalam di hati) apakah hal itu boleh dipercaya bagi pelakunya ? mereka ada dua pendapat. Berkata sebagian kelompok bahwa hal itu tidak dibenarkan karena bagi pelakunya karena yang demikian itu adalah pemaksaan perasaan dan menampakkan apa yang bukan ia rasakan. Kelompok lainnya mengatakan, hal itu dibenarkan bagi yang orang yang jujur yang mendapatkan dan merasakan wajd-nya makna-makna yang sahih, sebagaimana sbada Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam, “ Menangislah, jika tidak bias menangis, maka buatlah menangis “. Dan yang benar adalah sesungguhnya pelaku tawajud, jika dipaksa-paksakan dengan keuntungan nafsu dan syahwat, maka tidaklah dibenarkan. Dan jika dipakasakan karena adanya tarikan suatu keadaan atau maqam bersama Allah, maka hal itu dibenarkan. Dan ini bisa diketahi dari keadaan pelaku tawajud da nada kesaksian-kesaksian kejujuran dan keikhlasannya “.[10]

Dan apa yang diharamkan ulama tentang ar-Raqsh yang disertai adanya takassur yakni goyangan yang menyerupai goyangan wanita, maka jelas ini haram hukumnya sebagaimana telah kami jelaskan di awal. Maka jika ar-Raqsh tidak ada takassur dan alat-alat malahi, maka hukumnya boleh terlebih jika ar-Raqsh muncul tanpa adanya takalluf sebab datangnya al-wajd atau tawajud.

Kesilapan Ketujuh: Kedudukan Hadith Saidina Ali

Adapun dakwaan Dr Zulkifli, “Begitu juga kedudukan hadith seperti hadith Saidina Ali. Terdapat padanya dua illah. Hani’ bin Hani’ dianggap jahalah dari segi halnya tau keadaannya.Tadlis Ibn Ishaq al-Sabi’i.
Maka kami jawab :
Nashnya sebagai berikut :
Dalam Musnad imam Ahmad, beliau mengatakan :
 حَدَّثَنَا أَسْوَدُ يَعْنِي ابْنَ عَامِرٍ ، أخبرنا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ هَانِئِ بْنِ هَانِئٍ ، عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنا ، وَجَعْفَرٌ ، وَزَيْدٌ ، قَالَ : فَقَالَ لِزَيْدٍ : ” أَنْتَ مَوْلَايَ ” ، فَحَجَلَ ، قَالَ : وَقَالَ لِجَعْفَرٍ : ” أَنْتَ أَشْبَهْتَ خَلْقِي وَخُلُقِي ” ، قَالَ : فَحَجَلَ وَرَاءَ زَيْدٍ ، قَالَ : وَقَالَ لِي : ” أَنْتَ مِنِّي ، وَأَنَا مِنْكَ ” ، قَالَ : فَحَجَلْتُ وَرَاءَ جَعْفَرٍ
Telah menceritakan kepada kami Aswad bin ‘Aamir : Telah mengkhabarkan kepada kami Israaiil, dari Abu Ishaaq, dari Haani’ bin Haani’, dari ‘Aliy radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Aku, Ja’far, dan Zaid mendatangi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Beliaushallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Zaid : “Engkau adalah maulaku”. Lalu Zaid pun melompat-lompat karena gembira. Beliau berkata kepada Ja’far : “Engkau mirip denganku dan akhlaqku”. Maka ia (Ja’far) pun melompat-lompat di belakang Zaid. Dan beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku : “Engkau bagian dariku dan aku bagian darimu”. Lalu akupun melompat-lompat di belakang Ja’far [Diriwayatkan oleh Ahmad, 1/108].

Takhrij :

1. Aswad Ibnu ‘Amir asy-Saymi dinilai tisqah oleh semua ulama jarah wa ta’dil.
2. Israil bin Yunus as-Sabi’i dinilai tsiqah oleh jumhur ulama jarh wa ta’dil.
3. Abi Ishaq as-Sabi’i : Imam al-Baihaqi, an-Nasai, Ibnu Ma’i menilainya tsiqah. Al-‘ijli mengatakan, “  seorang Tabi’in dari Kuffah dan tsiqah “.
Abu Hatim mengatakan, “ Abu Ishaq tsiqah dan dia lebih hafal daripada Abu Ishaq asy-Syaibani, serupa dengan az-Zuhri dalam banyaknya periwayatan dan luasnya dalam ilmu rijal “.
Abu Ishaq disifati dengan dua sifat; ikhtilat (bercampur) dan tadlis (menyembunyikan cacat dalam sanad atau matan hadits).
1. Ikhtilath Abu ishaq. Imam Ahmad pernah ditanya, “ Manakah yang lebih engkau sukai Abu Ishaq atau as-Suda ? beliau menjawab, “ Abu Ishaq tsiqah, akan tetapi mereka yang membawakan darinya di akhirnya “. Ibnu Ma’in mengatakan, “ Ibnu Uyainah pernah mendengar darinya setelah berubah hafalannya “.Abu Hatim mengatakan, “ Sesungguhnya Zuhair mendengar dari Abu Ishaq di akhirnya dan Israil mendengar dari Abu Ishaq sejak dulu, dan Abu Ishaq di akhirnya mengalami kekacauan hafalan “. Sebagian ulama mengatakan bahwa Abu Ishaq kacau hafalannya dan ulama meninggalkannya jika bersama Ibnu Uyainah “. Adz-Dzahabi mengatakan bahwa itu adalah taghayyur bukan ikhtilath, dan beliau mengatakan, “ Abu Ishaq tsiqah tanpa perseteruan, dan ketika beliau beranjak tua, maka berubah hafalannya dan tidak ikhtilath “. Bahkan al-Alai menolak secara muthlaq adanya ikhtilath Abu Ishaq.

Dan imam Bukhari juga membawakan hadits yang di dalamnya ada Abu Ishaq dan Zuhair dalam sahihnya dalam bab Iman :
عمرو بن خالد ، قال : حدثنا زهير ، قال : حدثنا أبو إسحاق ، عن البراء بن عازب ، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده ، أو قال أخواله من الأنصار ، وأنه ” صلى قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا ، أو سبعة عشر شهرا ، وكان يعجبه أن تكون قبلته قبل البيت ، وأنه صلى أول صلاة صلاها صلاة العصر ، وصلى معه قوم ” فخرج رجل ممن صلى معه ، فمر على أهل مسجد وهم راكعون ، فقال : أشهد بالله لقد صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم قبل مكة ، فداروا كما هم قبل البيت ، وكانت اليهود قد أعجبهم إذ كان يصلي قبل بيت المقدس ، وأهل الكتاب ، فلما ولى وجهه قبل البيت ، أنكروا ذلك . قال زهير : حدثنا أبو إسحاق ، عن البراء في حديثه هذا : أنه مات على القبلة قبل أن تحول رجال وقتلوا ، فلم ندر ما نقول فيهم ، فأنزل الله تعالى : وما كان الله ليضيع إيمانكم 
Ini semakin membuktikan pendapat adz-Dzahabi dan al-Alai bahwa Abu Ishaq tidak mengalami ikhtilat tapi hanya taghayyur, sehingga haditsnya kuat dan boleh dibuat hujjah. Wa Allahu A’lam.

2. Tadlis Abu Ishaq. Ibnu Hibban menggolongkannya di tingkatan mudallis ketiga sebagaimana Qatadah, Yahya bin Abi Katsir, al-A’masy, Ibnu Juraijm Ibnu Ishaq, ast-Tsauri dan semisalnya. Tingkatan ini diterima jika ada shigat sama’ dari gurunya. Ya’qub bin Sufyan mengatakan, “ beliau juga mengatakan bahwasnya Abu Ishaq terkadang melakukan tadlis dari gurunya. Beliau juga mengtakan, “ Abu Ishaq, seorang Tabi’in dan termasuk orang yang dipegang riwayatnya dalam hadits seperti al-‘Amasy, kecuali mereka berdua dan Sufyan melakukan tadlis, dan tadlis dilakukan sejak dulu “.

Dari komentar para ulama jarh wa ta’dil di atas, memang Abu Ishaq diketauhui melakuan tadlis, akan tetapi apakah semua riwayatnya dengan shighat ‘an’anah ditolak ? Ibnu Hajar telah menjelaskan bahwasanya mudallis yang dalam tingkatan ketiga adalah dapat diterima riwayatnya jika menggunakan shighat jazm dengan sama’. Dan ada sebagian ulama yang menrimanya secara muthlaq sprti Abi az-Zubair al-Makki.

Jika melihat komentar Abu Hatim, maka dipahami bahwa beliau bukan perowi yang banyak melakukan tadlis tapi sedikit saja, oleh sebab itu Abu Hatim mengatakannya dengan ucapan, “ Terkadang “. Imam al-Baihaqi juga mengatakan :

وإن أبا إسحاق ربما دلس
“ Sesungguhnya Abu Ishaq terkadang melakukan tadlis “
Maka ada kemungkinan ittisal dalam sanad riwayat Abu Ishaq. Oleh sebab itu al-Baihaqi tidak menjazmkan (memastikannya dhaif) sebagaimana ucapan beliau :

فِي هَذَا إِنْ صَحَّ دَلالَةٌ عَلَى جَوَازِ الْحَجْلِ، وَهُوَ أَنْ يَرْفَعَ رِجْلا، وَيَقْفِزَ عَلَى الأُخْرَى مِنَ الْفَرَحِ، فَالرَّقْصُ الَّذِي يَكُونُ عَلَى مِثَالِهِ يَكُونُ مِثْلَهُ فِي الْجَوَازِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ
“ Dalam hadits ini, seandainya shahih, terdapat dalil diperbolehkannya Hajl, yaitu mengangkat kaki dan melompati kaki yang lain karena gembira. Dan raqsh dan yang semisalnya juga diperbolehkan. Wallaahu a’lam ”.

Oleh sebab itu pula, Ya’qub bin Sufyan mengatakan :

حديث سفيان وأبي إسحاق والأعمش ما لم يعلم أنه مدلس يقوم مقام الحجة.
“ Hadits Sufyan dan Abu Ishaq dan al-A’masy, jika tidak diketahui melakukan tadlis, maka dapat menduduki kedudukan hujah “.
Dan sebab itulah Syu’bah mengatakan :
كفيتكم تدليس ثلاثة: الأعمش وأبو إسحاق وقتادة
 Aku jamin (keamanannya) tadlis tiga orang ini; al-‘Amasy, Abu Ishaq dan Qatadah “.[11]

Syaikh Ahmad Syakir ketika mentahqiq hadits ini, beliau mengatakan : “ Isnaduhu sahih “.[12]

4.Hani bin Hani. Al-hafidz Ibnu Hajar mengatakan, bahwa Ibnu Sa’ad menggolongkannya ke dalam tingkatan yang pertama, dari ahli kufah, dan ia bertasayyu’. Ibnul Madini mngtakan ia majhul, Harmalah mengatakan bawasanya imam Syafi’i mengatakan, “ Hani bin Hani tidka dikenal, ulama hadits tidak menetapkan haditsnya karena ada jahalah hal nya “.[13]
Imam an-Nasai mengatakan : “ Tidak mengapa “. Ibnu Hibban mentautsiqnya dan memasukkannya ke dalam ats-tsiqatnya. Al-Ijli mengatakan :
هانئ بن هانئ كوفي تابعي ثقة
“ Hani bin Hani seorang dari Kufah, seorang tabiin yang tsiqah “
Dan ternyata Abu Ishaq dalam hadits syahidnya menggunakan shighat jazm (pasti) berikut :

قَالَ أَبُو إِسْحَاقَ وَحَدَّثَنِى هَانِئُ بْنُ هَانِئٍ وَهُبَيْرَةُ بْنُ يَرِيمَ عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ رضي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : فَاتَّبَعَتْهُمْ ابْنَةُ حَمْزَةَ تُنَادِى يَا عَمِّ يَا عَمِّ فَتَنَاوَلَهَا عَلِىٌّ رضي اللَّهُ عَنْهُ فَأَخَذَ بِيَدِهَا وَقَالَ لِفَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلاَمُ :« دُونَكِ ابْنَةَ عَمِّكِ ». فَحَمَلَتْهَا فَاخْتَصَمَ فِيهَا عَلِىٌّ وَزِيدُ بْنُ حَارِثَةَ وَجَعْفَرُ بْنُ أَبِى طَالِبٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَقَالَ عَلِىٌّ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ :« أَنَا أَخَذْتُهَا وَبِنْتُ عَمِّى ». وَقَالَ جَعْفَرٌ : بِنْتُ عَمِّى وَخَالَتُهَا عندي وَقَالَ زَيْدٌ : ابْنَةُ أَخِى. فَقَضَى بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِخَالَتِهَا وَقَالَ :« الْخَالَةُ بِمَنْزِلَةِ الأُمِّ
Telah berkata Abu Ishaaq : Dan telah menceritakan kepadaku Haani’ bin Haani’ dan Hubairah bin Yariim, dari ‘Aliy bin Abi Thaalibradliyallaahu ‘anhu,” ……lalu Beliau diikuti oleh putri dari Hamzah dgn berkata : Wahai paman, wahai paman. Maka ‘Ali bin Abu Tholib menarik anak itu & mengambilnya dgn tangannya lalu berkata kepada Fathimah ‘alaihas salam: Kamu jaga anak pamanmu ini. Maka Fathimah membawanya. Lalu ‘Ali, Zaid & Ja’far bertikai dalam persoalan anak itu. ‘Ali berkata: Aku yg paling berhak atas anak ini, karena dia adl putri pamanku. Sedangkan Ja’far berkata: ‘Dia putri dari pamanku & bibinya ada dalam tanggunganku. Adapun Zaid berkata, “ Dia putri dari saudaraku “. Kemudian Nabi memutuskan anak itu menjadi hak bibinya lalu bersabda:

Seorang bibi kedudukannya sama dgn ibu. Lalu Beliau bersabda kepada ‘Ali: Kamu dariku & aku darimu. Dan Kepada Ja’far: Beliau bersabda:Kamu serupa dgn rupa & akhlaqku Dan Beliau bersabda pula kepada Zaid: Kamu adl saudara kami & maula kami. [
HR. Bukhari No.2501].

Hadits sahih ini, selain membuktikan sima’nya Abu Ishaq kepada Hani bin Hani di atas, ia juga membuktikan bahwa Hani bin Hani tidak sendiri meriwayatkan hadits ini, akan tetapi ada mutabi’ lainnya yaitu Hubairah bin Yarim. Bahkan al-Baihaqi mengomentari hadits ini berikut :

ويحتمل أن تكون رواية أبى إسحاق عن البراء في قصة ابنة حمزة مختصرة كما روينا ثم رواها عنهما عن على رضي الله عنه أتم من ذلك كما روينا فقصة الحجل في روايتهما دون رواية البراء والله اعلم (وروينا) هذه القصة أيضاً عن محمد بن نافع بن عجير عن أبيه عن على بن أبى طالب رضي الله عنه
“ Dimungkinkan riwayat Abu Ishaq dari al-Barra dalam kisah puteri Hamzah secara ringkas, sebagaimana kami riwayatkan . kemudian telah meriwayatkan hadits tersbut dari keduanya dari Ali radhiallahu ‘anhu yang lebih sempurna dari itu, sebagaimana telah kami riwayatkan. Maka kisah al-Hajl ada pada riwayat keduanya bukan riwayat al-barra, wallahu A’lam. Dan kami telah meriwayatkan kisah ini juga dari Muhammad bin Nafi’ dari Ujair dari Ayahnya dari Ali bin Abu Thalib radhiallahu ‘anhu “[14]

Maka dengan penjelasan al-Baihaqi ini, menjelaskan bahwa hadits ini ada tiga isnad dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu.

Ini Takhrij hadis Ihya’ oleh Al Hafizh Al Iraqi tentang Hajl-nya Ja’far :

تخريج أحاديث الإحياء – (ج 5 / ص 216) 2216 – حديث : اختصم علي وجعفر وزيد بن حارثة رضي الله عنهم في ابنة حمزة فتحاشوا في تربيتها فقال صلى الله عليه وسلم لعلي ” أنت مني وأنا منك ” فحجل علي وقال لجعفر ” أشبهت خلقي وخلقي ” فحجل وراء حجل علي وقال لزيد ” أنت أخونا ومولانا ” فحجل زيد وراء حجل جعفر ، ثم قال عليه السلام ” هي لجعفر لأن خالتها تحته والخالة والدة ” ** أخرجه أبو داود من حديث علي بإسناد حسن وهو عند البخاري دون ” فحجل ” .

Beliau (Al Hafizh Al Iraqi) menilai hadis tersebut  ISNAD-nya HASAN !

Kesilapan Kelapan: Dr. Zulkifli Bakri dilihat tidak menghayati dengan Bersungguh-Sungguh AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 Seksyen 39 (1)

Berikut ialah petikannya:

Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandanganpandangan diterima (qaul muktamad) MazhabSyafie.

Nombor 2 dan nombor 3 boleh rujuk disini:
Kita dapat lihat dalam Seksyen ini jelas menulis bahawa Mufti Wilayah Persekutuan  perlu berfatwa dengan Qaul Muktamad Mazhab Syafie, walaupun ia tidak diwartakan, namun dengan tidak mengikuti seksyen 39 iaitu qaul muktamad mazhab Syafie akhirnya akan mengelirukan masyarakat awam kerana negara Malaysia secara umumnya bermazhab Syafie.

Qaul Muktamad secara ringkasnya dalam kitab I’anathut Tholibin sebagaimana berikut:
أن المعتمد في المذهب للحكم والفتوى ما اتفق عليه الشيخان، فما جزم به النووي فالرافعي فما رجحه الاكثر فالاعلم والاورع
Artinya: sesungguhnya yang dijadikan pedoman dalam madzhab (Syafi’i-red) ketika menentukan suatu hukum dan fatwa adalah (1) yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rofi’i, (2) yang ditetapkan oleh Imam Nawawi, (3) yang ditetapkan oleh imam Rofi’i (4) yang diunggulkan oleh majoriti ulama, (5) yang paling alim, (6) oleh orang-orang yang paling wara’. (I’anathut Tholibin)

Dalam perbahasan qaul muktamad mazhab Syafie biasanya akan menggunakan kitab-kitab karya Ibn hajar, Imam Romli, Imam Rofii, Syeikhul islam Al-Khotib, Ibn Qosim, Al-Mahali, Az-ziyadi, Syibramullisi, Ibn Ziyad Al-Yamani, Al-Qulyubi. (I’anathut Tholibin)

Dalam Artkel yang dikeluarkan dalam web mufti wilayah dan menggunakan jenama Pejabat Mufti Wilayah, Mufti Wilayah dilihat tidak membahaskan dahulu dengan terperinci pendapat-pendapat syeikhain, ashabun nuzzar dan para muhaqqiq kalangan mazhab syafie, malah amat kurang sekali kitab-kitab yang membahaskan qaul muktamad dalam Mazhab Syafie yang digunakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, ini jelas tidak menghayati undang-undang pentadbiran Islam Seksyen 39 (1).


Kesilapan Kesembilan: Memetik Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah JAKIM Tanpa Menyemak Kesahihannya.

Dr. Zulkifli Bakri menulis dalam artikelnya:
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

Apabila kami semak disini pada Majlis Fatwa Kebangsaan  3 April 2000

Fatwa tersebut LANGSUNG TIDAK MEMBINCANGKAN ZIKIR MENARI tetapi ia hanya membincangkan tentang tareqat Naqsyahbandiah Haqqani. Disini kesilapan yang dilakukan oleh Mufti wilayah yang tidak sepatutnya dilakukan. Malah kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan disini:

Kesilapan Kesepuluh: Tidak Meraikan Khilaf dalam Isu Zikir Menari

Dr. Zulkifli Bakri Menulis:

Sekali lagi kami tegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali.

Kemudian selang beberapa perenggan beliau menyambung:

Tarian zikir yang dilakukan oleh sebahagian manusia penuh dengan keadaan yang kurang baik. Sementelahan lagi, ia membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) kepada penganut agama lain atau wanita dan kanak-kanak yang kecil 

Jawapan kami:

Setelah pembaca membaca analisis kami terhadap tulsian Dr. Zulkifli Bakri dari kesilapan Pertama hingga Kesilapan Kesembilan, adalah sangat tidak patut berkeras dengan amalan zikir sambil menari ini dengan mengatakan ia tasyabuh pada agama lain apatah lagi Dr. Zulkifli Bakri tidak menukil pandangan-pandangan ulama syafieyah yang muktamad yang mengharuskan zikri sambil menari dan Dr. Zulkifli Bakri sendiri tersilap menukil beberapa pendapat-pendapat ulama fiqh dan status hadith.

Isu ini memang menjadi perbezaan pendapat di antara ulama sejak lama, mereka memiliki hujjah masing-masing. Dan perkara ini masih dalam lingkup furu’iyyah yang masih ditoleransi oleh Syare’at dalam perbezaannya. Sehingga tidak patut mengingkari orang yang melakukan atau mengamalkan salah satu dua kubu pendapat itu. Imam Sufyan ats-Tsauri pernah mengatakan :

إذا رأيت الرجل يعمل العمل الذي قد اختلف فيه وأنت ترى غيره فلا تنهه
“ Jika kamu melihat seseorang yang mengamalkan satu amalan yang masih diperseselisihkan para ulama, dan kamu memilih pendapat yang berbeda dari orang itu, maka kamu tidak boleh melarang dan mencegahnya “.[15]

Imam an-Nawawi juga pernah mengatakan :

العلماء إنما ينكرون ما أجمع عليه الأمة،أما المختلف فيه فلا إنكار فيه
“ Para ulama hanya mengingkari perkara yang sudah ijma’ (maksudnya mengingkari orang yang melanggar ijma’), adapun perkara yang masih diperdebatkan, maka tidak boleh diingkari (bagi pelakunya) “.[16]

Sulthan ulama al-‘Izz bin Abdussalam juga pernah mengatakan :

الإنكار مُتَعَلِّقٌ بما أُجْمِعَ على إيجابه أو تحريمه ، فمن ترك ما اختلف في وجوبه ، أو فعل ما اختُلِف في تحريمه ؛ فإن قلَّد بعض العلماء في ذلك فلا إنكار عليه 
“ Pengingkaran itu berkaitan dengan perkara yang sudah diijma’kan dalam hal kewajibannya atau keharamannya. Maka barangsiapa yang meninggalkan perkara yang diperselisihkan kewajibannya atau melakukan perkara yang masih dieperselisihkan keharamannya, jika ia mengikutinya sebagian pendapat ulama dalam hal itu, maka tidaklah boleh diingkari “.[17]



Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor
Ustaz Ibn Abdillah Al-Katibiy
Ustaz Dodi El Hasyimi
Kredit:
Ustaz Nur Hasyim
 Rujukan
(1) Al-Fatawa al-Haditsiyyah, Ibn Hajar al-Haitami : 1/212
[2] Miraah al-Jinan : 4/118
[3] Al-Hawi lil Fatawa, as-Suyuthi : 2/222
[4] Al-Fatawa al-Haditsiyyah, Ibn Hajar al-Haitami : 1/212
[5] Hasyiah ash-Shawi : 2/503
[6] Minhaj ath-Thalibin wa Umdah al-Muftin, an-Nawawi : 141
[7] Al-Hadaiq : 165. Dinaqal oleh imam as-Safaraini al-Hanbali dari Ibrahim bin Abdullah al-Qalanisi.
[8] Ihya Ulumuddin bab as-Sima’.
[9] Al-Adaab lil Baihaqi : 422
[10] Madarij as-Salikin, Ibnul Qayyim : 3/324
[11] Lihat rujukan semua keterangan di atas dalam : al-Ma’rifa wa at-Tarikh : 2/633. Tarikh Abu Zur’ah : 1212. ‘Ilalul Hadits, Ibnu Abi Hatim : 279. Al-Majruhin : 1/92. Sunan al-Kubra, al-Baihaqi : 1/201. Siyar A’lam an-Nubala : 5/394. Tahdzib at-Tahdzib : 6/172. At-Taqrib : 739. Ta’rif Ahli at-Taqdis : 42.
[12] Musnad Ahmad JUZ 1 / 537, Hadis Nomor 857
[13] Tahdzib at-Tahdzib : 11/22
[14] Sunan al-Baihaqi : 10/227
[15] Hilyah al-Aulia : 6/368
[16] Syarh Muslim : 2/23
[17] Syajarah al-Ahwaal wa al-Ma’aarif : 379


8 comments:

Anonymous said...

TK dan jazakAllah khairan kathiran atas maklumat dan ilmunya yg sgt bermanfaat.

Anonymous said...

Nabi saw tak buat Sahabat r.anhum. tak buat, tak jadi haram jika tiada larangan yg khusus.
Jgn sampai kita melebihi Allah swt dan RasulNya saw mengharamkan sesuatu yg harus.

Anonymous said...

maaf..tnye skit. adakah nenari jg dikira ibadah? sye keliru sbb yg sye ingat DIA ingatkan kita spya zikir masa bdiri, duduk n baring wlu di mne berada. hrp bole bg tau sye. tkaseh

Anonymous said...

Dalam Hadis kita dibolehkan mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan baring. Ini bermakna, jika menari , driving, memasak tapi dalam hati tetap berdizir ia dibolehkan.

Anonymous said...

ooh..tk

Anonymous said...

klu tk keberatan, bole tk bg tau mcmne perasaan yg dialami masa berzikir sambil menari. adakah sama mcm
berzikir sambil duduk diam dan tenang. dan adakah bole di buat zikir sambil menari secara sendirian..maaf byk tanye.

Anonymous said...

Yg imam imam kita kata harus, atau boleh tu bukan maknanya ianya digalakkan, cuma imam imam kita tak kata haram, takut takut mengharamkan perkara yg harus, sbb tu yg diketahui, imam imam yg mengharuskannya tu pun mrk sendiri tidak melakukannya.
Soal berpahala atau tidak, terserah kpd Allah swt.

Anonymous said...

Zikir menari,
Zikir sambil menari,
Menari sambil berzikir.
Zahirnya nmpk sama, niatnya lain lain.
Nak kata sunnah, Nabi saw tak buat, nak kata haram, Nabi saw tak larang, kalau was was elok tinggalkan.
Tp bg aku, kalau sambil bersenam, sambil berjogging atau sambil berkerja, atau even sambil menari dlm batasan yg diharuskan syariat, atau sambil santai santai bersiar siar, atau sambil berjalan jalan membeli belah kita boleh berzikir, alangkah baiknya.