Pada masa yang sama saya melihat calon UMNO seorang tok guru pondok Baba Ee Eil (Haji Mad Radzi) yang mendirikan pondok dengan wang dia dan derma orang ramai di Kelantan. Entah kenapa saya teringat kesah perjuangan ulama pondok Ulama Kedah, Ulama Kelantan.
Gambar -gambar ini saya ambil dari posting sahabat fb saya Yuseri Yusof
"Bukan nak kempen tapi nak cerita - Pondok Simpangan dibina atas tanah yang diwakafkan oleh Haji Mat Razi selepas permintaan ibu bapa yang mahu anak mereka mendalami ilmu agama. (Tentunya yang Islam ASWJ Ashariayah Wal Matudriyah)
Bangunan konkrit dua tingkat dibina dengan kos RM30k atas keluasan tanah 2,400 kaki persegi menempatkan 40 pelajar & mengamalkan sistem pengajian kitab seperti pondok lain.
Ramai tak tahu bahawa Haji Mat Razi berkali-kali menolak permintaan PM sebelum bersetuju untuk bertanding sebagai calon BN Pengkalan Kubor.
Jika ada yang frust kerana gagal menjadi calon patut malu dengan sikap Haji Mat Razi."
Kenapa ibu bapa minta sekolah pondok dan mengaji kitab Turath di Kelantan? |
Di Kelantan Sekolah Pondok mengekalkan pengajian ugama Islam ASWJ Asyariah Wal Matudriayah dan bukannya Wahhabi seperti yang disokong Kerajaan PAS Kelantan |
Pondok Simpangan yang ditadbir urus Baba Ee Eil
INSTITUSI PONDOK MELAHIRKAN PARA ULAMA’ NUSANTARA
Sebagai sebuah institusi yang menjadi keikhlasan, dan pengorbanan pada agama sebagai simbol dan teras perjuangan, Pondok banyak melahirkan ramai Ulama’-ulama’ yang berkaliber. Ini adalah kerana mereka berpegang dengan KONSEP BERTALAQQI dalam pengambilan Ilmu Agama dengan orang yang Tsiqah (Ahlu “Ilmu) secara bersanad seperti mana yang diamalkan oleh ulama’ salaf mahupun khalaf. Ini adalah kerana menyahut saranan Rasullullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه "
Yang bermaksud ;
“ Barangsiapa yang dikehendaki Allah Ta’ala akan kebaikan pada dirinya nescaya diberi kepahaman dan kefaqihan di dalam agama, kerana sesungguhnya Ilmu pengetahuan [agama] itu mestila diperolehi dengan bertalaqqi dan ilmu feqah itu diperolehi juga dengan talaqqi [talaqqi dengan orang yang pakar dan tsiqah dalam bidang itu]"[2]. Dan juga beramal dengan kata-kata Al-Hafidz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdady, salah seorang pakar hadis yang agung ;
قال الحافظ أبو بكر الخطيب البغدادي أحد كبار المحدثين:" لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء ".
Yang bermaksud ;
“ Jangan sekali-kali kalian mengambil ilmu [agama] melainkan ilmu agama yang diajar oleh para ulama’ [bertalaqqi]”.
Begitu hebat Ulama Pondok Kelantan melahirkan ulama ulama nusantara. Namun kini Pengajian Pondok di Kelantan dibayangi bahaya Wahhabi. Lihat sahaja kisah mengwahabikan pondok pondok di Kelantan dengan memaksa mereka di bawah KIAS. Rujuk petikan di bawah atau link Pondok Kandis vs Wahhabi Kelantan
Jadi dimanakah peranan kerajaan negeri Kelantan sampai hari ini yang masih bisu tanpa sebarang maklumbalas?, Dalam masa yang sama mereka mendakwa, mereka tidak meluluskan permohonan ini kerana pihak pondok moden bukan swasta, tetapi kemudian berusaha pula menswastakan kami dengan meletakkan kami dibawah KIAS yang dibebani hutang yang banyak serta dengan dasar pendidikan yang cenderung kepada fahaman wahabi (isu wahabi ni, boleh selidiknya, dan ketua eksekutif KIAS adalah Johari Mat, siapa Johari Mat? boleh selidiknya fikrah wahhabi nya ).. Hal ini hanyalah "permainan" daripada Nik Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang) dalam agenda "mewahabikan" rakyat kelantan, KIAS dia iktiraf bahkan KIAS adalah institusi swasta, tetapi untuk UM ditolak usulnya bagi menaikkan taraf sijil pondok di persada pengajian tinggi... Sedangkan buat pengetahuan semua, kami berdaftar dengan JPN untuk persijilan STAM dan SPM tanpa bantuan daripada YIK bahkan diiktiraf keberadaan pondok kami (recognise), tetapi Nik Amar yang pernah berbangga dengan musyrifnya di birmingham ada mengatakan kami adalah di taraf hanyalah SAR (sekolah agama rakyat) dan setaraf dengan PASTI sahaja..
Sewajarnya kini suara ulama pondok Kelantan yang ikhlas mempertahankan ugama Islam dibawa ke DUN Negeri Kelantan. Marilah kita sama sama berdoa agar pengundi DUN Pengkalan Kubor memilih Baba Ee Eil (Haji Mad Razi) . Kerana tugas tugas meninggikan syiar Islam dan menghapuskan pengaruh Wahhabi dapat diperkasakan
|
No comments:
Post a Comment