Friday, June 13, 2014

Rang Undang Undang Perpaduan ditegur Tun M

PETALING JAYA: Cadangan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perpaduan yang baharu akan meminggirkan segelintir kaum dan golongan misikin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dr Mahathir merujuk kepada Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, Perpaduan Nasional dan Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional, atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perpaduan yang dijangka menggantikan Akta Hasutan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu akan menghapuskan kelebihan berdasarkan bangsa, agama, keturunan, tempat lahir, jantina atau mereka yang tidak berkemampuan.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa. Kita kekalkan bangsa asal kita, bahasa dan budaya kita,” kata Dr Mahathir menerusi laman blognya, Chedet.cc.

Beliau berkata, pengasingan dan pencapaian berbeza antara kaum tidak boleh mewujudkan penyatuan dan keharmonian di kalangan mereka.
Dr Mahathir berkata, Dasar Eknomi Baru (DEB) dibentuk bertujuan untuk mengurangkan jurang dari segi pencapaian ekonomi, tetapi dibawah rang undang-undang baharu itu dasar itu tidak boleh digunapakai lagi.

“Jika ia dilaksanakan, golongan miskin, tidak berpeluang atau tidak memiliki persekitaran untuk belajar, pergi ke sekolah swasta yang baik dengan yuran tinggi, tidak cukup makan, kurang sihat, terlantar di rumah sekejap-sekejap, kaum ini tidak dapat memenuhi syarat, tidak memiliki merit untuk mendapat apa-apa,” katanya.

Jelas beliau, dibawah sistem merit baharu itu, golongan miskin akan terus miskin dan yang kaya akan lebih kaya.

“Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama-sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada,” katanya.

Untuk justifikasi pemikiran Tun M, mari kita lihat Laporan  Unit Ekonomi Jabatan Perdana Menteri tentang "Incident of Poverty by Ethicity, Strata and State Malaysia  1970-2012 sumber Household income and poverty


1 comment:

Anonymous said...

Apa jadah nya nak buat RUU ini? Jangan kerana syok-syok sendiri dengan pelbagai theory dan paradigm social management western. Malaysia mempunyai formula sendiri yang tested throughout the 60+years. Don't ignore the special nature and composition peculiar to our country.