Tuesday, June 24, 2014

ada rahsia pada senibina Melayu



Kenapa rumah Melayu beratap segi tiga berbentuk piramid?


Kenapa senibina masjid nusantara bertingkat tingkat dan berbentuk seperti piramid mendaki?


Kenapa tanjak orang Melayu berbentuk piramid?

Apakah kod rahsia yang cuma diwariskan oleh leluhur kita zaman dulu yang oerlu kita korek?

Seminar esok mungkin bakal menjawabnya. Ini mesej dari rakan fb saya :

Assalamualaikum sahabat2,

Armada Malaiu Malaysia di jemput pada hari Rabu, 25 Jun 2014, ke 
Seminar Tamadun Islam di Pejabat Agama Islam Hulu Langat di Bandar Baru Bangi anjuran JAIS Sepang. 

Tajuk  ceramah ialah :

1. Senibina Islam di Alam Melayu.

2. Permasalahan Senibina Masjid di Malaysia. 

Acara bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. 

Bagi hamba seminar ini sgt bagus utk kita mengetahui ttg konsep sbnr senibina Malaiu dan Islam.

Ceramah akan di sampaikan oleh Profesor Mastor Surat.
Beliau telah mendapat pengiktirafan dlm kajian dan penyelidikan ttg senibina Malaiu dan Islam. 

Di jemput sahabat2 agar dpt hadir dgn berbusana tradisional Malaiu utk melestarikan lagi penyampaian ceramah beliau. Malah beliau juga akan berbusana tradisional Malaiu semasa menyampaikan ceramah nanti.

Ayuh kita sokong perjuangan dlm memartabatkan warisan kita dari pelbagai ruang dan cara. 
- YDP Lang Indah -

1 comment:

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas usaha MULIA JAIS ini!

Betapa indahnya budaya PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU di BUMI ISLAM kita ni!

Makcik Sambal Belacan.