Monday, May 13, 2013

Kabinet "wish list" pengundi Barisan Nasional

Setelah memberikan undi kepada Barisan Nasional di saat setiap satu undi sangat berharga, tiada apa yang ingin diminta oleh pengundi Bumiputera dan India yang maseh setia kepada Barisan Nasioanl kecuali Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
 
CEKAP
 
Bercakap pasal CEKAP ramai tak mahu Datuk Hishamuddin mengetuai Kementerian Dalam Negeri. Malah TS Musa Hassan pernah meluahkan perasaan kecewanya kerana beberapa tindakan PDRM disekat oleh KDN. Sudah tiba masanya KDN diberikan kepada orang yang mempunyai Technical Expertise dan tidak memegang kerusi Parlimen Seorang MP akan tertekan kerana kehendak pengundinya dan akan menyebabkan pembuatan keputusan yang  lembik. Pada masa kritikal ini calon paling layak menerajui KDN ialah TS Musa Hassan atau TS Rahim Noor.
 
Datuk Anifah Aman telah menjalankan tugas sebagai Menteri Luar dengan sangat cekap. Kekalkan Datuk Anifah Aman di Kementerian Luar Negeri.
 
 
 DS Najib , saya bersetuju dengan cadangan blogger Another Brick On The Wall agar Neo Liberals tinggalan Jurassic Pak Lah yang ada dalam machinery Datuk Seri ditamatkan  Rujuk dont-blew-it-this-time-najib -  Sewajarnya perkara yang boleh dibuat oleh EPU diberikan kembali kepada mereka. Di akhir hari  owner program dan projek ialah DS Najib dan Barisan Nasional bukan CON Sultan tersebut. Rakyat tak faham angka, tapi rakyat dapat melihat perubahan dengan personal touch agensi Kerajaan yang DS Najib pimpin .

BERSIH
 
DS Najib, rakyat tidak menyukai kronisme. Apatahlagi jika kali ini  DS Najib mengambil Nazir Tun Razak, adik Datuk sendiri  sebagai Menteri Kewangan. Seeloknya Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Husni sekarang dikekalkan. Jawatan Menteri Kewangan ini juga seeloknya diberikan kepada Teknokrat dan calon paling layak ialah Tan Sri Zeti Aktar Aziz yang telah menerajui Bank Negara selama 13 tahun  serta telahpon mendapat pengiktirafan antara bangsa.
 
DS Najib kita bercakap berkenaan BERSIH dari segi rohani juga. Seeloknya bawalah kembali PAS ke pangkuan UMNO ...Lantiklah Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri Ugama yang menerajui Kementerian Ugama dan secara tak langsung sebagai jambatan antara UMNO-PAS. Dialah satu satunya calon yang layak kerana akidahnya Islam ASWJ dan jelas berjuang ke arah perpaduan Ummah.


 

AMANAH
 
DS Najib  telah diberikan amanah oleh Bumiputera Semenanjung, Sabah , Sarawak dan kaum India. Sewajarnya bukan sahaja  amanah ini dibalas dengan melebihkan representasi kelompok ini dalam Kabinet baru tapi DS Najib perlu memperkasakan program usahawan,  memperbanyakkan lagi pinjaman Mikro TEKUN dan menambah quota biasiswa kepada golongan ini. Bukankah satu sebab kenapa UiTM dan Sekolah berasrama Penuh dibina bagi memberi kemudahan kepada golongan rakyat marhaen ini. DS Najib perlu kembali kepada asas perjuangan ayahanda DS Najib supaya keseimbangan dan kekayaan negara dapat diberikan secara adil dan saksama kepada rakyat mengikut keperluan.
 
Isu Ugama dan  Kontrak Sosial Antara Kaum
 
DS Najib, MCA dan Gerakan tegas tidak mahu representasi mereka di dalam kabinet. Kita menghormati keputusan ini. MCA yang telah berusaha keras dalam kebajikan komuniti Cina dan kaum lain telah ditolak dengan politik partisan dan perkauman oleh majoriti orang Cina
 
Seolah olah satu USAHA sedang dilakukan utk DAP menganggotai kerajaan DS Najib.
 
DS perlu ingat salah satu punca UMNO maseh memegang kuasa ialah kerana sokongan GOLONGAN PONDOK. Tanpa usaha TG Abdullah Sammah menerangkan penyelwengan akidah Nik Aziz  dan sebahagian besar kepimpinan PAS di Kedah, negeri tersebut takkan mudah kembali ke tangan Barisan!


              TG Abdullah menerangkan kenapa DAP adalah Kafir Harbi!
 
 
GOLONGAN PONDOK terang terangan menolak sebarang kerjasama dengan kafir harbi DAP . Sebaiknya DS Najib jika maseh mahukan representasi Cina ambillah dari golongan profesional yang TAK BERPOLITIK dan tak mewakili DAP
 
Saya cadangkan supaya Profesor Madya Dr Khoo Kay Khim, DS Michael Chong, Datuk Theng Book  (Ketua Biro Bantuan MCA) mengetuai repsresentasi kaum Cina dalam kabinet DS Najib.
 
Sebarang usaha membawa orang DAP dalam Kabinet akan memberi mesej bawa undi Cina kepada DAP tidak membawa kesan....ingat lagi kata kata Tun Mahathir- If you whisper (Choose MCA) I will listen, but if you shout (choose DAP) I will be deaf and close my eyes. Tekanan haruslah diberikan kepada kaum Cina supaya mereka belajar menghormati Kontrak Sosial di Malaysia demi kesejahteraan dan mengekalkan keharmonian antara kaum yang kita nikmati selama ini.







6 comments:

Anonymous said...

sangat setuju dengan ulasan Tuan.

Nadine said...

Datuk ahmad husni ialah bekas menteri kew 2, bukan timbalan. So boleh la lantik dia sorang saja jg mof tak perlu pm sbg mof pertama

Anonymous said...

Dato Husni? Apa kelebihan dia, selama ni banyak tak buat kerja pun?...

Anakbukitgantang said...

komen berkenaan ekonomi perlu profesional berdasarakan ratings agensi rating antarabangsa yang diiktiraf..sebarang komen yg berhasad dengki atau bersifat assobiyah kepartian dan tidak bersandarkan fakta akan dibuang-harap maklum

Anonymous said...

Ya tikam belakang umno bila Najib nak ambil tindakan? Rakyat di Dahulukan atau Bini d dahulukan? Bngkai era paklah elok d humban dalam jamban dan di pam terus..if not sakit unmo..

Anonymous said...

DS Najib...

"ojo dhadhi kayak wong goblok arek mhodhar"

U better study and watchout allert!