Wednesday, May 1, 2013

Jalan mana yang kita pilih? Keamanan atau pertumpahan darah


 
 
 Dari Abu Musa ra dari Nabi Muhammad SAW Baginda bersabda- "siapa yang menghadapkan senjata kepada kita (orang muslim) orang itu bukan termasuk golongan kita"- Hadis Sahih Bukhari 1865 m/s 128
 
Dari Ibnu Umar ra bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda " sepeninggalanku janganlah kamu kembali menjadi kafit: yang satu memenggal leher yang lain" Hadis Sahih Bukhari no 1869 m/s 129
 
Dari Abu Hurairah ra katanya- Rasulullah SAW bersabda " nanti akan berlaku fitnah (kekacauan). Orang yang duduk dalam menghadapai fitnah itu lebih baik dari berdiri. Orang yang berdiri  lebih baik dari berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Siapa yang kemuka hadapan semasa kekacauan, nescaya akan dimurkakan Allah. Maka siapa yang memperolehi tempat berlindung, hendaklah dia berlindung" Hadis Sahih Bukari no 1871 m/s 130
 
 
 
 
 

8 comments:

Anonymous said...

Salam tuan

boleh bg pencerahan bg paragraph 3?
tq

AFTERDARK said...

bagus sungguh hadis ke-3 tu.. maknanya Rasulullah juga telah menasihatkan kita agar menjadi preppers di akhir zaman

enrike said...

hmm... yang ni pun bagus juga

Hadis Sahih Bukhari No. 1874 Jilid 4 Topik adalah Kacau 1874,

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Nanti akan datang (dekat) masanya, di mana harta yang paling baik bagi seorang Muslim ialah kambing (ternak) yang diikutinya ke puncak bukit dan lembah. Dia berangkat untuk memelihara agamanya dari fitnah (kekacauan dan penindasan)."

enrike said...

Hadis ni mungkin boleh dijadikan panduan untuk PRU13

Hadis Sahih Bukhari No. 1873 Jilid 4 Topik adalah Kacau

Dari Huzaifah bin Yaman r.a. katanya: Orang banyak biasanya menanyakan kepada Rasulullah saw. tentang kebaikan, tetapi saya menanyakan kepada beliau tentang keburukan (bahaya), kerana takut akan ditimpanya.

Saya bertanya: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami dahulu dalam masa jahiliyah dan keburukan, lalu didatangkan Allah kepada kami kebaikan. Adakah sesudah kebaikan ini akan terjadi keburukan?"

Jawab Nabi: "Ya!" Saya bertanya: " Adakah sesudah keburukan itu ada kebaikan?" Jawab Nabi: "Ya, tetapi ada yang merosaknya." Saya bertanya: "Apakah perosak itu?"

Jawab Nabi: "Sekumpulan orang yang memimpin bukan menurut jalan yang benar. Sebahagian tindakan mereka ada yang engkau pandang baik dan ada yang tidak." --> Mungkin merujuk zaman selepas khalifah yang empat(Abu Bakar RA, Umar RA, Uthman RA, Ali KWJ) <--

Saya bertanya: "Apakah sesudah kebaikan itu terjadi lagi keburukan?" Jawab Nabi: "Ya! Orang-orang yang memanggil dipintu neraka. Siapa yang memperkenankan panggilannya, mereka dilemparkannya ke dalam neraka. --> Zaman demokrasi. Memanggil mungkin bermaksud peraih undi yang datang rumah kerumah untuk meraih undi atau panggilan ke ceramah politik <--

" Saya bertanya: "Ya Rasulullah! Terangkanlah kepada kami keadaan mereka!" Jawab Nabi: "Kulit mereka sama dengan kulit kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita. --> Rakyat diperintah oleh bangsa mereka sendiri selepas penjajahan <--

"Saya bertanya: "Apakah yang engkau perintahkan kepada saya, kalau seandainya saya mendapati hal yang demikian?" --> Pemerintahan demokrasi di dunia - Malaysia (UMNO/BN)<--

Jawab Nabi: "Hendaklah engkau tetap dalam jemaah (persatuan) kaum Muslimin dan mengikuti Imam (pemimpin) mereka. -->Persatuan disini adalah UMNO/BN yang nampak lebih bersatu. Jadi mesti tetap bersama UMNO/BN<--

" Saya bertanya: "Bagaimana kalau mereka tidak mempunyai jemaah (persatuan) dan tidak mempunyai Imam (pemimpin"?" -->Ini jelas dalam PR. Ia tidak mempunyai persatuan dan pemimpin yang jelas <--

Jawab Nabi: "Jauhilah semua kumpulan biarpun kerana itu engkau sampai menggigit (mengunyah) urat-urat kayu, sehingga engkau meninggal dunia dalam keadaan serupa itu." Jika PR menang PRU 13 kita hendaklah menjauhi mereka

Anakbukitgantang said...

Anon May 2, 2 am- maksudnya jika berlaku FITNAH antara 2 kumpulan Muslim mereia yg tak terlibat adalah lebih baik

Anakbukitgantang said...

Afterdark-memang benar- Ustaz pesan seeloknya kita bersiap siaga dan kalau boleh ada kebun sendiri/self sufficient economically dan tak mengharap dunia luar supaya iman kita terpelihara

Anakbukitgantang said...

enrike- benar-terima kaseh atas perkongsian Hadis Sahuh Bukhari.....maknanya umat Islam digalak ada self contained community atau self sufficient economy supaya kita tak bergantung kepada musuh ugama kita dalam mencari rezeki

Anakbukitgantang said...

enrike..benar sekali..jika kita melihat matlamat mereka -memang nak hancurkan Islam dan Pemerintah Islam..kita mungkin tak berpolitik tapi kena prihatin dan bijak melihat percaturan suoaya tak tersalah memilih kumpulan-spt artikel Afterdark ,waktu ini-sementara menunggu kedatanagn IM dan PBT elok jika kita menggunakan sistem yg ada bagi meastikan kesejahteraan umat Islam dan ugama Islam terjamin....