Thursday, April 11, 2013

kesesatan yang nyata-petikan dari ceramah PAS

Berikut adalah beberapa kesesatan yang dipetik dari siri ceramah PAS -sama ada kenyataan Nik Aziz atau Ustaz Budak (anak didik PAS)
 
 
 
 
1) Bertentangan dengan mis"fatwa" Nik Aziz dan PAS  "undi PAS masuk syurga"- Syurga dan neraka adalah HAK Allah. Manusia masuk ke dalam syurga ataupon neraka semata mata dengan RAHMAT Allah jua. Tiada party politik layak menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.
 
2) Bertentangan dengan ceramah Ustaz Budak , terdapat 25 Rasul yang namanya ada tercatat dalam Al Quran, Nama Nabi telah ditakdirkan sejak azali . Tiada Nabi setelah Rasul dan Nabi terakhir iaitu penghulu segala Nabi Saidina Mustafa Rasulullah SAW. Oleh itu dakwaan Ustaz Budak bahawa Nik Aziz adalah Nabi adalah PALSU .
 
3) Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
  • Syarat-syarat sah sembahyang adalah seperti berikut:
  • 1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
    2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

    3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
    4. Menutup aurat.
    5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
     
    Berkenaan amal ibadah yang diterima pula ialah bergantung kepada rahmat Allah. Sebab itu para murabbi pada zaman dulu berdoa walaupon setelah 6 bulan tamat Ramadhan atau ibadah Haji dan umrah agar amal ibadah mereka diterima. Manusia biasa tiada HAK untuk memaklumkan bahawa amal ibadah segolongan manusia Islam lain tidak diterima kerana itu adalah HAK Allah semata mata. 

No comments: