Monday, April 22, 2013

kekuatan muslimah pada keimanan, kesepakatan dan kesopanan

Ada yang mengeluh kerana krisis yang melanda Wanita UMNO tatkala PRU13.
 
Katanya:
 
Tan Sri Aishah Ghani telah pergi
 
Datin Paduka Rafidah Aziz tidak bertanding dan berada diluar gelanggang
 
Datuk Sharizat tidak mahu bertanding dan melepaskan segala jawatan
 
Kamilia pula sudah jadi calon Bebas.
 
Maka Wanita Muslimah UMNO terasa hilang pegangan kerana kehilangan ketua
 
Sebenarnya faktor yang dilupai ialah kekuatan  wanita muslimah UMNO terletak kepada diri sendiri. Percayalah perjuanganmu untuk mempertahankan ugama Islam dan negara adalah perjuangan yang mulia. Percayalah bahawa Allah akan sentiasa memudahkan setiap perjuangan yang IKHLAS dan berlaku AMANAH bila diberikan AMANAH.
 
Kejayaan wanita muslimah UMNO dari dulu ialah berkempen dari rumah ke rumah. Setiap orang akan membawa 6 orang pengikut. Kaedah  ala Multi Level Marketing  ini telah lama dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.
 
Maka teruskan perjuanganmu wahai wanita muslimah UMNO. Jagalah tata susila mu tatkala keluar rumah. Taatlah pada suamimu dan elak fitnah.  Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan berhemah dan bersopan santun. Mubaligh Arab yang berdakwah dan mengIslamkan pendudk Nusantara juga dari golongan mereka yang berhemah. Maka wanita muslimah UMNO juga boleh berdakwah, berhemah  sambil berkempen.
 
KEKALKAN TATASUSILA KITA SEBAGAI MUSLIMAH PILIHAN ALLAH. Title Muslimah bukan hakmilik ekslusif PAS -tapi title muslimah adalah hakmilik wanita Islam yang beriman dan menjaga tatasusila dan adab adab kesopanan Islam dan budaya timur.
 
 Semoga Allah memudahkan tugasmu. Aaamiin.


No comments: