Tuesday, November 13, 2012

Cubaan Pluralisme ugama Nurul Izzah - MUAFAKAT menjawab

Usaha pluralisme makin rancak sejak PRU12. Kemenangan Pakatan di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan (22 tahun) sebenarnya telah  menyenangkan kerja mempluralisme ugama melalui penguasaan masjid dan influx paderi Kristian kedalam masjid. Malangnya umat Islam berbelah bahagi kerana dikaburi pandangan politik kepartian. Sebenarnya usaha menjadikan umat Islam MURTAD  bermula dengan menidakkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan -senanglah nanti umat Islam dimurtadkan bila ugama Islam sudah "samataraf dengan ugama lain" (Pluralisme).
 
Nurul Izzah adalah puncak segala kemelut cubaan mempluralkan ugama Islam supaya samataraf dengan ugama lain di Malaysia!
 
 
 
 

MUAFAKAT  cuba menjawab persoalan Kedudukan Islam dalam negara dan pluralisme ugama melalui barisan pembentang yang arif dan pakar tentang undang undang.

MUAFAKAT berusaha  mendepani PLURALISME ugama yang cuba disemai Pakatan sejak PRU12. Seminar SEMAIAN mengupas kemelut umat Islam dewasa ini – Senarai Pembentang Kertas Kerja seperti dibawah:


Tarikh:
16hb Disember 2012 (Ahad)
Masa:
8:00 pagi – 5:30 petang
Tempat:
Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

 
Ucap Utama oleh:
YAA Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mantan Ketua Hakim Negara
bertajuk:
Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara
 
Lain-lain tajuk dan pembentang:
 
Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Oleh: YA Dato Mohd Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan
 
Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Agama Negara
Oleh: Haji Mahamad Naser Disa, Pengarah Kanan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 
Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan
Oleh: Prof. Madya Shamrahayu Abdul Aziz, Kulliyyah Undang-undang Profesor Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
Islam Agama Negara: Antara Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan
Oleh: En. Azril Mohd Amin, Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia


Penyertaan dibuka kepada semua.
Pendaftaran adalah PERCUMA
Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/
atau hubungi kami melalui:
emel: muafakat_malaysia@yahoo.com
Tel: +603 4107-1025

2 comments:

Neutronboy said...

Saya ada baca kenyataan daripada YB Nurul Izzah, yang beliau ada menyaman akhbar Utusan Malaysia....

Katanya, akhbar tersebut telah memutar belit perkataan beliau.

Apa yang diputar belit nya tu?

Anakbukitgantang said...

Utusan hanya melaporkan. Jika Nurul Izzah nak saman dia boleh saman Malaysiakini juga yg melaporkan berita yg sama

Apa yg dia buat semata mata nak menahan Utusan dari terus melaprkan berita tersebut

Terkini Datuk Zulkifli Nordin mengumumkan dia akan membela Utusan Malaysia