Dalam satu kejadian yang hampir menyerupai AMANAT HADI AWANG tahun 1960-an dulu seorang anak muda, keturunan ahlul bayt; As-Sayyid Faez Al 'Aydrus menyampaikan AMANAT. Kalau dulu AMANAT HADI AWANG merosakkan perpaduan ummah dan membawa kepada kebangkitan Wahhabi (melalui Kepimpinan Ulama) dalam PAS, kini bangkit seorang anak muda yang berani untuk menentang penyelewengan AKIDAH yang dibawa oleh Wahhabi yang menjadikan PAS sebagai paksi mereka meraih kuasa di Malaysia. Blog pendakwah muda ini kini saya pautkan ke blog anakbukitgantang.
Amanat Ustaz Syed Ahmad Faiz (USAF) ketika Ceramah Agama: Bongkar Aqidah Wahabi di KELANTAN DARUL NA'IM
“ Saudara-saudari sekelian percayalah,
Kita menentang WAHABI , bukan kerana nama dia WAHABI. Kita menentang MUJASSIMAH HANABILAH bukan kerana nama dia MUJASSIMAH HANABILAH . Kita menentang dia ialah kerana dia memecah belahkan AQIDAH ummah, membahayakan AQIDAH ummah , memecah belahkan KESATUAN ummah . Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba menasihati mereka.
Percayalah saudara-saudari sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, nasihat kita adalah jihad, kritikan kita adalah jihad . Bergantunglah kita kepada Allah dengan menghadapi puak-puak ini kerana kalau kita di pulau,di cerca, di hina, di fitnah tentu pahala dan redho dari ALLOH sentiasa untuk kita dan kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk ajaran hasan anak rimau, kita tidak perlu masuk ajaran ahmad laksamana, kita tidak perlu masuk ajaran ayah pin , kita tidak perlu minum arak atau berzina. Tapi kita menjadi Ahli Bid'ah Fasiq dan Kaki Maksiat dengan mengatakan " ALLOH bersila lendik tidak sama seperti makhluq dan Nabi Muhammad S.A.W itu seperti mamat di kampung sebelum terima wahyu".
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan " ALLOH bersila lendik sama seperti makhluq dan Nabi Muhammad S.A.W itu Kafir sebelum terima wahyu ''.
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة وسيدنا محمد أفضل المخلوق على اطلاق
”
Amanat Ustaz Syed Ahmad Faiz (USAF) ini ialah suatu sedutan ceramah beliau yang bertajuk "Selamatkan Aqidah Ummat , Bongkar Penyelewengan Akidah" yang disampaikan oleh beliau sendiri di Kampung Chap ,Bekelam, Tawang ,Bachok,Kelantan Darul Na'im pada 3 Nov 2012.
yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam
4 comments:
salam,
Tlg jelaskan lebih lanjut lagi apa makna 'bersila lendik' ; sya faham makna duduk bersila dengan tertibnya tapi ini adalah metafora..sya kabur dgn maksudnya..
bersetuju dgn ancaman wahabi di kalangan umat islam skrg; bukan setakat wahabi shj malah syiah dan pluralisme juga semakin menular.
Anon
Bersilo lendik tu bahasa Kelantan-palinng mahir mengucapkan perkataan ini dan ada bukti bervideo ialah Nik Aziz Nik Mat
Adapun pegangan orang ISLAM ASWJ -ALLAH ITU TIDAK BERJISIM
dan menurut Imam Syafie dan Imam Hanafi sapa yg menjisimkan Allah /Mujassimah/yak ni menyamakan sifat Allah sama spt makluk -atau ada yg kata Allah berjari r=tapi tak serupa jari manusia/hukumnya tetap mujassimah dan mereka dianggap SESAT
say no to wahabi...........
Post a Comment